SEPETANG DI ONEMUSIC LIVE SESSION BERSAMA FABULOUS FAZURA


Nur Fazura binti Sharifuddin atau sinonim dengan panggilan Fazura. Seorang bintang yang tidak memerlukan sebarang pengenalan bagi pengikut hiburan di Malaysia. Walaupun diawal pembabitan beliau dalam industri mendapat kritikan, namun beliau tidak mudah melatah. Berkat usaha keras, akhirnya trofi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke-27 dalam genggamannya. Ini semua hasil lakonan mantap beliau dalam membawakan watak dalam Filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.

Menurut beliau, walaupun seni lakonan menjadi platform utama beliau dalam industri ini, namun sejak kecil lagi beliau mengimpikan untuk menjadi seorang penyanyi. Atas impian itu, akhirnya ianya tercapai.

Bagi yang mengikuti perkembangan bidang nyanyian Fazura, pasti tahu akan kelahiran album sulung beliau yang sudah berada di pasaran sejak November 2017. Album yang mengandungi 9 buah lagu itu mendapat sambutan diluar jangkaan. Bayangkan sehingga kini, album tersebut telah terjual lebih 6 ribu salinan dan lebih 5 juta kali didengar menerusi penstriman digital. Ini satu rekod yang cukup membanggakan!

Atas sebab itu, bagi menghargai jasa dan sokongan peminat, satu showcase khas yang diberi nama ONEMUSIC LIVE SESSION FAZURA telah diadakan di Clarke Ballroom Le Meridien Kuala Lumpur baru-baru ini. Showcase ini telah dianjurkan oleh OneMusic Malaysia bersama Universal Music Malaysia serta disokong oleh XOX Mobile, Hot FM, Le Meridien KL dan CRAP TV.





Kehadiran saya di acara ini adalah hasil kemenangan satu peraduan yang saya sertai anjuran ONEMUSIC MALAYSIA. Terima kasih kepada ONEMUSIC MALAYSIA atas hadiah ini. Mana lah tahu di masa depan pihak ONEMUSIC MALAYSIA ingin mengundang saya ke sebarang acara sebagai media pula. Amin!







Pada showcase ONEMUSIC LIVE SESSION FAZURA, kumpulan Back2Basixx telah diberi penghormatan untuk menjadi pembuka tirai dengan menyampaikan dua buah lagu mereka. Kumpulan yang harus diberi perhatian pada 2018!


Usai persembahan pembukaan, Fazura lantas muncul dengan membawakan lagu Sayangi Dirimu. Lagu inilah yang menjadi sandaran pertama beliau untuk memikat hati penggemar muzik Malaysia. Honestly, I love this song! Muzik yang segar dan lirik yang cukup memberi inspirasi. Hampir satu jam beliau membuat persembahan dengan seleksi lagu beliau antaranya Lalu, Bisa Apa, Bangun termasuk mengundang Aizat Amdan untuk berduet lagu CInta Langka. Beliau turut mengundang kembali kumpulan Back2Basixx untuk mengalunkan bersama lagu Nothing Like Pag-Ibig.






 




















Majlis terus dihangatkan lagi dengan kemunculan istimewa suami tercinta, Fattah Amin di atas pentas menyampaikan lagu duet Hero Seorang Cinderella. Pada awalnya, tidak dinyatakan akan kehadiran Fattah Amin namun saya sudah dapat mengagak gimik ini dari awal. Sorry Faz!


Secara peribadi, showcase ONEMUSIC LIVE SESSION FAZURA dianggap berjaya. Walaupun saya harus akur Fazura harus memperbaiki lagi teknik vokal, namun showcase ini secara keseluruhannya berjaya menghiburkan tetamu yang hadir. Penonton yang hadir dianggarkan lebih 400 orang. Penuh dewan. Karisma dan pesona tatkala di atas pentas tidak perlu dipertikaikan. She is truly adorable and amazing. Kepada peminat di luar Kuala Lumpur, jangan risau kerana Fazura merancang mengadakah jelajah Malaysia nanti.







Ramai juga yang bertanya saya minat sangat ke dengan Fazura? Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya dapat bertentang mata dengan Malaysia Sweetheart ini. Kali pertama adalah ketika saya menyertai program #KasiChance anjuran Wrigley's dimana ketika itu, Fazura merupakan juri jemputan. Kali kedua pula semasa acara syarikat telefon pintar Neffos.

Back to soalan kenapa saya minat dengan Fazura. Jawapan cliché adalah lakonan beliau sampai ke hati saya. Terus terang, saya nampak perubahan ketara lakonan beliau sejak dari filem pertamanya Bicara Hati (2004). Filem Pisau Cukur membuka mata saya terhadap lakonan Fazura dan sejak itu saya sentiasa mengikuti filem-filem yang dibintanginya. Antaranya Kami Histeria, J Revolusi, Gol & Gincu, Langit Cinta, Qaisy & Laila, Senario XX, Kayangan, Selamat Pagi Cinta, Lagenda Budak Setan dan banyak lagi.







Perkara yang benar-benar membuat saya kagum akan Fazura adalah keramahan beliau. Tidak dibuat-buat. Beliau melayan peminat seperti satu keluarga. Malah setiap kali saya bertemu, beliau tidak sombong langsung. That is why peminat beliau cukup menganjungi dan menyayangi seorang yang bernama Fazura.

Kepada Fazura, semoga ada terus sukses dan mencapai impian dalam hidup. Saya doakan semoga karier yang anda ceburi tidak kira dalam bidang hiburan mahupun perniagaan akan terus mekar. Teruskan menjadi inspirasi kepada masyarakat diluar sana.

Love, Reef from Wrigley's #KASICHANCE !

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #FATTZURA #ONEMUSICXFAZURA

0 Comments