Kota keriangan ini tidak memerlukan sebarang pengenalan. Berada di ketinggian 6000 kaki dari aras laut, Resort World Genting adalah pusat liburan terbaik didunia untuk seisi keluarga. Antara yang menjadi tarikan di sini adalah SkyAvenue Mall yang bukan sahaja syurga membeli belah dan makanan, malah ia merupakan pusat hiburan untuk semua pengunjung tidak mengira peringkat umur. Panjankan langkah anda ke aras 4 kerana disini, anda boleh merasai keseronokan sebenar dengan pelbagai tarikan baru yang pastinya mampu memberi pengalaman berbeza kepada kunjungan anda di Resorts World Genting. Antara tarikan yang harus anda cuba adalah:
SENI BERDIMENSI DI ALIVE MUSEUM
Resorts World Genting sentiasa menjanjikan keseronokan berganda tatkala berkunjung di kota keriangan ini. Antara yang menjadi tarikan terbaru adalah hasil kreatif lukisan yang diterjemah dalam bentuk 2 dan 3 dimensi, ALIVE MUSUEM.
Museum seni unik ini terletak di aras 4, SkyAvenue telah dibawakan khas dari Korea Selatan. Terdapat pelbagai hasi seni yang telah dihasilkan oleh pelukis yang dibawakan khas dari negara Kpop ini. Antara seni 3 dimenis yang boleh anda dapati disini adalah adiwira bersujud, naga, Superman dan banyak lagi.
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
JURASSIC RESEARCH CENTER
Ini merupakan salah satu tarikan yang harus anda kunjungi jika ke sini. Anda akan terpesona dengan pelbagai jenis hidupan prasejarah yang terdapat sini. Bukan itu sahaja, anda akan menemui pelbagai informasi berguna di makmal fossil disini. Jangan lupa untuk merasai pengalaman dalam bentuk 4D kerana anda akan terasa seperti berada di zaman dinosaur.
ZOMBIE OUTBREAK
Jika anda lemah semangat atau takut hantu, ini bukan tempat anda! Tarikan yang paling menggerunkan ini bisa membuat anda menggigil ketakutan. Bagi saya ini adalah tarikan yang paling saya sukai kerana saya boleh merasai pengalaman berjalan didalam bangunan usang serta diganggu oleh mayat hidup. Teruskan berjalan untuk mencari jalan keluar kerana mayat hidup ini bakal menghantui hidup anda.
PLAYTIME! VIDEO GAMES PARK
Pusat permainan interaktif ini cukup berbeza dengan apa yang pernah saya cuba di tempat lain. Daripada permainan lumba kereta, lumba motorsikal, hingga ke permainan Virtual Reality antara tarikan yang harus anda cuba jika ke sini. Saya sendiri mencuba beberapa permainan seperti permainan menembak zombie berbentuk 3D, permainan interaktif Danz Base, bermain bola keranjang dan juga PACMAN Battle Royale.
Anda hanya perlu ke kaunter tiket untuk mendapatkan kad isi semula eZiCash dan leretkan untuk terus bermain. Isi pada kad hanya bertahan dalam masa 72 jam sahaja jadi pastikan anda main sepuas hati. Jika isi kad sudah habis nilai, simpan sahaja kad itu untuk kunjungan akan datang.
HEALING TOUCH SPA
Selesai bercanda, jangan lupa untuk memanjakan diri di pusat spa HEALING TOUCH. Anda boleh memilih samada untuk melakukan urutan refleksologi atau urutan badan. Kembalikan tenaga setelah penat berjalan dan meneroka tarikan di Resorts World Genting dengan mencuba servis urutan disini. Saya mencuba urutan refleksologi dan boleh saya katakan pekerja disini cukup cekap dalam urutan. Thank you John kerana saya suka cara anda mengurut tapak kaki saya. Saya rasa segar! Di Healing Touch juga turut menyediakan servis Fish Spa, salon rambut, rawatan muka, terapi tubuh, manicure dan pedicure.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai keseronokan di aras 4 SkyAvenue. Dibuka kepada umum dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Harga untuk setiap tarikan boleh dibeli secara berasingan atau secara kombo. Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 6101 1118 atau layari www.rwgenting.com .
Ikuti laman media sosial RIPLEY’S BELIEVE IT OR NOT! ADVENTURELAND untuk informasi terkini!
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SKYAVENUE #RESORTSWORLDGENTING #COMEONUP #REDISCOVERGENTING
0 Comments