RESEPI IKAN BAKAR PORTUGIS OLEH DATO' CHEF WAN

RESEPI, UNCLE ALI THE FISHMONGER

Acara FRESH SEAFOOD 101 WITH DATUK CHEF WAN yang telah dianjurkan oleh restoran dan pasar hidupan laut, UNCLE ALI THE FISHMONGER berlangsung dengan meriah baru-baru ini. Keletah dan aura Prof Dr Dato' Chef Wan memang tidak perlu dipertikaikan. Pengalaman luas dalam bidang masakan menjadikan beliau disegani di seluruh dunia. Pada majlis yang sama, beliau sempat berkongsi dua resepi berasaskan hidupan laut kepada tetamu yang hadir. Resepi pertama adalah Gulai Udang Nenas Nyonya yang telah saya kongsikan pada entri terdahulu. Kini saya akan berkongsi pula resepi kedua iaitu IKAN BAKAR PORTUGIS

Sudah siap sedia para penjuang di dapur? Ayuh kita mulakan.

BAHAN-BAHAN: 

Ikan bawal, 600g
Minyak masak, 4 sudu besar
Perahan limau, 1/2 biji
Soya sos pekat, 1/2 sudu besar
Gula dan Garam secukup rasa
Daun pisang dan aluminium foil untuk membungkus ikan


BAHAN KISAR:

4 tangkai cili merah
4 tangkai Cili merah
8 biji bawang merah kecil
4 buah keras
1 batang serai dikupas
1/2 sudu besar belacan 
1 sudu serbuk cili 
2 helai daun limau purut

CARA PENYEDIAAN:
  • Kisarkan kesmua bahan kisar untuk dijadikan pes ikan bakar ini. Kisar hingga halus.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar tadi menggunakan api yang perlahan hingga naik bau.
  • Tambah perahan limau, sos soya, gula dan garam. 
  • Selesai menumis, lumurkan pes ini pada ikan dan bungkus menggunakan daun pisang dan alimunium foil.
  • Bakar di dalam ketuhar selama 20 minit dengan kepanasan 180 darjah Celsius. Boleh juga dibakar menggunakan dapur arang.
  • Sedia untuk dihdang bersama nasi putih.




RESEPI, UNCLE ALI THE FISHMONGER

RESEPI, UNCLE ALI THE FISHMONGER

RESEPI, UNCLE ALI THE FISHMONGER

RESEPI, UNCLE ALI THE FISHMONGER

RESEPI, UNCLE ALI THE FISHMONGER

RESEPI, UNCLE ALI THE FISHMONGER

RESEPI, UNCLE ALI THE FISHMONGER






Saya sempat merasa masakan Ikan Bakar Portugis hasil air tangan Dato' Chef Wan dan memang sedap. Ikan yang digunakan juga segar kerana Uncle Ali The Fishmonger memang mementingkan kualiti pada setiap hidupan laut yang dijual di premisnya. Uncle Ali sanggup membeli hidupan laut terus dari jeti nelayan. Anda boleh berkunjung ke restoran Uncle Ali The Fishmonger yang terletak di Bukit Jelutong untuk merasai sendiri kesegaran hidupan laut yang dijual disini. Selamat mencuba resepi ini!

RESEPI, UNCLE ALI THE FISHMONGER





LOKASI UNCLE ALI THE FISHMONGER
NO.21, TRIVO JELUTONG,
BUKIT JELUTONG,
SEKSYEN U8, DE,
JALAN BAZAR P U8/P,
40150 SHAH ALAM,
SELANGOR.

WAKTU OPERASI
11 PAGI – 10 MALAM (TUTUP ISNIN)

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #UNCLEALITHEFISHMONGER #FOODIE

1 Comments

  1. Wow! I should really try out your recipe 😍 It looks great! Don't forget to have a look at my special recipe at http://resepiikanbakar.blogspot.com/

    ReplyDelete