Terdapat beberapa jenis artritis namun yang paling umum dihidapi adalah osteoartritis (OA).
Osteoarthritis
Osteoarthritis mempengaruhi lapisan tulang rawan sendi yang akan menyebabkan rasa sakit dan menjadi masalah untuk bergerak bagi pesakit ini. Dalam kondisi lebih kronik, kehilangan tulang rawan dapat menyebabkan tulang saling bergeseran, mengubah bentuk sendi dan memaksa tulang keluar dari posisi asal. Osteoarthritis sering menyerang di bahagian sendi tangan, tulang belakang, lutut, pinggul. Jenis arthritis ini biasanya berlaku kepada golongan berusia lewat 40-an.
Jika anda seorang yang berduit, pembedahan merupakan pilihan namun ia tidak menjamin masalah sendi anda pulih sepenuhnya. Bagi kebanyakan orang, ubat penahan sakit menjadi alternatif kepada sakit sendi. Namun tahu kah anda bahawa pengambilan ubat penahan sakit boleh mengakibatkan risiko kepada penyakit usus, ginjal dan jantung? Kesan sakit sendi juga boleh mempengaruhi mental dan fizikal anda seperti tekanan perasaan.
Menurut kajian, pengambilan ubat tahan sakit seperti NSAID (ibuprofen, naproxen, celecoxib, etoricoxib) atau Anti-Radang Tanpa Steroid mampu mempercepatkan perkembangan artritis dan memberi kesan sampingan lain seperti kegagalan ginjal, pendarahan gastrik dan serangan jantung. Malah pada tahun 2006, Osteoarthritis Research Society International (OARSI) telah melakukan kajian dan mendapati pengambilan jenis ubatan ini menjadikan fungsi sendi semakin merosot dan peningkatan keperluan penggantian pinggul dan lutut pada pesakit osteoarthritis. Jawatankuasa ini telah menasihatkan untuk tidak menggunakan NSAID untuk rawatan jangkamasa panjang.
Bertitik tolak daripada itu, Datin Swanee Teh, Pengurus Unit Perniagaan Nuvanta Sdn Bhd telah berkerjasama dengan Enovate Biolife dari India menghasilkan formulasi herba untuk pesakit sendi yang dikenali sebagai NuvaLanconone. Satu majlis khas telah diadakan baru-baru ini bagi memperkenalkan produk ini kepada umum serta merungkai isu yang dihadapi berkaitan sakit ini.
DATIN SWANEE TEH |
Lanconone® merupakan produk herba yang telah dikaji secara klinikal. Malah produk ini telah diuji keberkesanannya berbanding ubat tahan sakit NSAID ibuprofen (menurut jurnal Trials 2016) dan hasil ujian mendapati ubat herba ini berfungsi dengan cepat melegakan sakit dan menyokong pemulihan sendi selepas 12 minggu. Ia diperbuat daripada gabungan 7 herba Ayurvedik menjadi satu formula. Produk ini mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ekstrak bahan mentahnya diimport dari India dan dikilangkan di sebuah kilang OEM di Kuala Lumpur.
7 JENIS HERBA TERSEBUT ADALAH:
- Commiphora mukul
- Pluchea lanceolata
- Boswella serrata
- Withania somnifera
- Oroxylum indicum
- Smilax china
- Zingiber officinale
- MUDAH LARUT AIR
- BEBAS GLUTEN
- BEBAS RACUN PEROSAK
- NON-IRRADIATED
- NON-GMO (GENETICALLY MODIFIED ORGANISMS)
- CALIFORNIA PROP 65 COMPLIANT
- ISO 22000 BUREAU VERITAS CERTIFICATION
- HALAL
- INTERNATIONAL KOSHER COUNCIL
- CERTIFIED VEGAN BY AMERICAN VEGETARIAN ASSOCIATION
Pengambilan 2 biji pil kapsul Lanconone® setiap hari selepas makan akan melegakan kesakitan sendi. Ianya selamat dan terbukti efektif serta ia berupaya menyokong penyembuhan sendi anda. Produk Lanconone ini disarankan diambil oleh sesiapa sahaja yang mengalami masalah sakit sendi, mereka yang allergi kepada ubat tahan sakit NSAID, pesakit sendi yang mempunyai masalah sakit usus, jantung, buah pinggang dan hati. Malah bagi mereka yang sedang mengambil ubat diabetis, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, gastrik juga boleh mengambil ubat herba Lanconone® ini.
Turut hadir pada majlis ini adalah Amol Pathak, Pengarah Bersekutu Enovate Biolife dan penyelidik produk Lanconone, Dr Shalini Srivastava yang diterbangkan khas dari India. Amol Pathak yang juga seorang ahli farmasi berdaftar telah memperjuangkan produk asli India selama hampir dua dekad di hampir 40 buah negara. Beliau yang menjadi sebahagian evolusi produk Ayurvedik dalam pelbagai produk kesihatan.
MR AMOL PATHAK |
DR SHALINI SRIVASTAVA |
Bagi Dr Shalini, beliau telah mendedikasikan sebahagian masanya untuk kajian ini. Pemegang ijazah pasca siswazah dalam Penyelidikan Klinikal (MSc) daripada Cranfield University, UK mempunyai pengalaman selama 17 tahun dalam bidang ini. Beliau juga pernah menerima latihan kedoktoran dari Universiti Perubatan Negeri Rusia, Moscow dan juga menjadi ahli aktif Kolej Perubatan Amerika.
SESI Q & A BERSAMA MEDIA DAN TETAMU |
Turut hadir pada majlis ini adalah selebriti Serena C bersama bapanya serta aktor Hafidz Roshdi dan datuknya. Kehadiran mereka bagi berkongsi kesan pengambilan produk Lanconone® ini.
Encik Mohd Jabar @ Ibrahim, datuk kepada Hafidz Roshdi dahulu mempunyai kesukaran untuk melakukan aktiviti seharian. Pada usia 72 tahun, beliau menghadapi masalah sakit sendi hampir 3 tahun. Apabila diperkenalkan produk Lanconone® ini, Alhamdulillah sakit sendi semakin berkurangan dan ia memudahkan urusan solat dan aktiviti harian.
Encik Eddie Choong, bapa kepada Serena juga berhadapan dengan masalah sakit belakang hampir 1 tahun dan ini menyukarkan beliau terutamanya ketika hendak bangun dari katil. Setelah mencuba produk ini, sakit belakang yang dialami beransur baik.
NuvaLanconone sudah berada dalam pasaran Malaysia sejak Januari 2018 dan dijual dengan harga RM160 sebotol (50 kapsul). Ia boleh didapati di semua rangkaian farmasi terkemuka di seluruh Malaysia. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi +603-56363758 atau email pharmacist@nuvanta.com .
DARI KIRI: SERENA C, ENCIK EDDIE CHOONG, ENCIK MOHD JABAR @ IBRAHIM, HAFIDZ ROSHDI |
PRODUK HERBA YANG DIPATENKAN PENYELAMAT KEPADA MASALAH SENDI |
ME AND HAFIDZ ROSHDI |
NuvaLanconone sudah berada dalam pasaran Malaysia sejak Januari 2018 dan dijual dengan harga RM160 sebotol (50 kapsul). Ia boleh didapati di semua rangkaian farmasi terkemuka di seluruh Malaysia. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi +603-56363758 atau email pharmacist@nuvanta.com .
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NUVALANCONONE #LANCONONE #NUVACEUTICALS
1 Comments
Saya berumor 54 tahun ...baru baru ni saya terjatuh atas mozaik pejaln kaki tidak rata..ada rasa terseliuh di bahu kiri doktor check ex -ray tulang tiada patah..doktor bagi enjection ..masok kini dah 9 hari..guna kan terapi urut mandi air suam taroh air panas dlm botol urut tempat yg sakit dan senaman minum air suam ..alhamdullilah berkesan ..ubat doktor pun mkn juga ..pada saya artikal ini bagus utk tulang sendi yg lain2 ..sejak akhir2 ini turun tangga naik tangga ada rasa sendi lutut sakit..jadi saya nak cuba try dgn ubat ini..TERIMAKASIH DI ATAS INFO YG BERGUNA INI..👍
ReplyDelete