Saya harus akui bahawa sukan bola sepak merupakan acara sukan yang paling diminati diseluruh dunia. Bahkan sukan ini mampu menyatukan manusia menerusi sorakan padu pembakar semangat kepada pasukan yang diminati. Tahukah anda bahawa acara sukan bola sepak terbesar dunia, FIFA Piala Dunia 2018 bakal berlangsung tidak lama lagi? Kali ini, negara Rusia diberi mandat menjadi tuan rumah bagi penganjuran acara kali ini.
Bagi menyemarakkan lagi kedatangan FIFA Piala Dunia 2018 yang dijadualkan pada Jun ini, pihak Resorts World Genting turut menganjurkan sambutan yang beri nama GENTING FOOTBALL FEVER 2018. Kemeriahan berganda sempena acara ini dimana pihak Resorts World Genting bakal menerbangkan bekas penyerang pasukan Liverpool, Real Madrid, Manchester United iaitu si kacak Michael Owen untuk sama-sama meraikan upacara pembukaan FIFA Piala Dunia 2018 pada 14-16 Jun 2018 nanti.
Bukan itu sahaja, Robbie Fowler (bekas penyerang Liverpool dan England) dan Paul Scholes (bekas pemain tengah Manchester United dan England) akan turut hadir di Resorts Worlg Genting pada 13-15 Julai untuk sama-sama menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 nanti. Mereka dijadualkan akan muncul dalam sesi ramah mesra bersama peminat nanti. Jangan lepaskan peluang! Jersi khas bertandatangan mungkin menjadi milik anda.
ENCIK KEVIN TANN TUNJUK SKILL MAIN BOLA PADA MR GAVIN |
Menurut Kevin Tann selaku Timbalan Presiden Bahagian Promosi dan Hiburan Resorts World Genting, Piala Dunia adalah tentang keseronokan dan siapa juara. Sambutan Genting Football Fever 2018 ini bertujuan bagi memastikan setiap pengunjung merasai kemeriahan dan kehangatan acara sukan ini. Jadi bagi merealisasikan impian, pihak Resorts World Genting bakal menerbangkan 10 pemenang bertuah ke Moscow, Rusia untuk menyaksikan sendiri secara langsung upacara pembukaan FIFA Piala Dunia 2018.
Turut hadir pada perasmian Genting Football Fever 2018 adalah Ketua Pegawai Pemasaran Football Focus Asia Group, Gavin O’Luanaigh. Kata beliau, Resort World Genting sentiasa membawakan yang terbaik dengan menjemput 3 orang pemain handalan dunia ke sini. Malah beliau optimis bahawa kemeriahan sambutan Piala Dunia 2018 pada kali ini disini setanding dengan di lokasi sebenar iaitu di Rusia. Majlis turut diserikan dengan pemberian jersi bertandatangan Steven Gerard kepada Encik Kevin Tann sebagai tanda penghargaan.
MR GAVIN MEMBERI BINGKAI JERSI BERTANDATANGAN STEVEN GERARD KEPADA ENCIK KEVIN TAN |
Khas kepada pemegang kad ganjaran Genting (GRC), sempena dengan Genting Football Fever 2018 ini, pihak Resorts World Genting menyediakan hadiah bernilai lebih RM 1 juta termasuk pakej ke Rusia kepada 10 pemenang. Hadiah terbahagi untuk dua kategori iaitu SPEND & WIN dan SHOP & DINE.
KATEGORI SPEND & WIN
Pemegang kad GRC yang berbelanja minimum RM500 dalam satu resit di kedai first party Resorts World Genting yang mengambil bahagian bermula 1 Mac hingga 30 April 2018 layak untuk menyertai cabutan bertuah bagi hadiah PAKEJ RUSIA (tiket untuk 2 orang). Lengkapkan borang penyertaan dan kepilkan bersama bukti resit pembelian di kotak peraduan yang terletak di Kaunter Informasi SkyAvenue aras 1.
Antara premis yang mengambil bahagian dalam kategori ini adalah 33 buah premis kepunyaan RWG termasuk Burger & Lobster, Café Richard, Motorino, La Fiesta, The Olive, LTITUDE, Genting Palace, Coffee Terrace, Imperial Rama, Malaysian Food Street, Food Factory, Arena of Stars and Genting International Showroom.
KATEGORI SHOP & DINE
Pemegang kad GRC yang berbelanja minimum RM500 dalam satu resit di kedai third party yang mengambil bahagian. Hadiah berupa PAKEJ RUSIA (untuk 1 orang) serta sebuah kereta SUV TOYOTA C-HR 1.8 bakal menanti pemenang bertuah.
Sila rujuk pada paparan di premis pihak ketiga yang terlibat dalam kempen ini.
HADIAH PAKEJ KE RUSIA GENTING FOOTBALL FEVER 2018 termasuk:
Kemeriahan sambutan Genting Football Fever 2018 akan dapat dirasai disetiap sudut Resorts World Genting dengan tarikan dekorasi bertemakan Piala Dunia. Selain itu, Arena Courtyard bakal mengadakan Perkampungan Bola Sepak Interaktif bermula 17 Mei sehingga 15 Julai 2018 dimana semua pemegang kad GRC yang sah boleh menyertai setiap aktiviti dan permainan yang disediakan.
Jangan lepaskan peluang merasai kehangatan dan bahang FIFA Piala Dunia 2018 di Resorts World Genting. Layari www.rwgenting.com atau telefon +603-61011118 untuk maklumat lanjut.
• Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi-balik Kuala Lumpur- Moscow termasuk cukai (penerbangan pada 11 Jun 2018)
• Penginapan hotel untuk 4 malam termasuk sarapan (twin sharing basis)
• Return airport transfers
• Return stadium transfers
• Half-day city tour (with lunch)
• Welcome dinner
• Fully escorted guide
• 1 x FIFA Club ticket for the 2018 World Cup Opening Ceremony
Kemeriahan sambutan Genting Football Fever 2018 akan dapat dirasai disetiap sudut Resorts World Genting dengan tarikan dekorasi bertemakan Piala Dunia. Selain itu, Arena Courtyard bakal mengadakan Perkampungan Bola Sepak Interaktif bermula 17 Mei sehingga 15 Julai 2018 dimana semua pemegang kad GRC yang sah boleh menyertai setiap aktiviti dan permainan yang disediakan.
Jangan lepaskan peluang merasai kehangatan dan bahang FIFA Piala Dunia 2018 di Resorts World Genting. Layari www.rwgenting.com atau telefon +603-61011118 untuk maklumat lanjut.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RESORTSWORLDGENTING #FIFAWORLDCUP2018
1 Comments
WoW!!! Sangat menarik... Boleh try lah Spend & Win tuh... Dapat 2 tiket ke Moscow.. hehe..
ReplyDelete