Saya pernah mempunyai angan-angan untuk menjadi DJ radio dan pengacara TV dulu. Namun bila dah meningkat dewasa angan-angan itu macam susah nak dicapai. Barangkali belum rezeki saya. Dahulu selalu berangan cakap seorang diri dalam bilik ala-ala punya talk show sendiri. Bila fikir balik rasa malu dan kelakar pun ada.
Namun apabila teman blogger Suzai daripada blog www.sizzlingsuzai.com membuka tawaran untuk menjadi pasangan beliau dalam podcast Ais Kacang, saya berfikir banyak kali. Patut aku cuba atau tidak? Suara memang tak sesedap Halim Othman mahupun Linda Onn. Lama juga berfikir dan sempat juga menyuarakan impian pada Suzai. Suzai kata hantar sahaja demo suara. Layak tak layak kemudian cerita. Bila tarikh tutup hampir tiba, saya masih lagi berfikir. Akhirnya, di dalam kamar mandi saya rakamkan 1 minit demo suara dan terus hantar kepada Suzai untuk penilaian. Hahaha.
INILAH SIZZLING SUZAI! |
Selang beberapa minggu, saya menerima mesej daripada Suzai bahawa saya dipilih! Masa itu saya hanya mampu memanjatkan rasa syukur. Satu pengalaman baru bakal saya tempuhi. Dalam hati berkata, lets do it! Kalau tak sesuai pun sekurang-kurangnya saya telah mencuba.
Bagi anda yang kurang tahu akan apa itu podcast Ais Kacang, mari saya terangkan serba sedikit. Podcast ini merupakan satu online audio. Seperti radio cuma podcast lebih kepada rakaman sesebuah segmen yang mempunyai banyak episod. Saya akui rakyat Malaysia masih ramai yang tidak tahu akan podcast. Podcast Ais Kacang adalah milik Media Prima. Dalam podcast Ais Kacang ada banyak segmen yang terbahagi kepada bahasa Malaysia, Cina dan Inggeris. Senang cerita macam-macam topik lah anda boleh dengar dalam podcast Ais Kacang ini termasuklah segmen untuk kaki travel, Geng Kembara. Segmen Kembara memberikan anda informasi serta kisah pengalaman kami ketika travel. Segmen yang informatif dan santai. Kami turut membincangkan isu-isu yang sering di alami oleh kaki travel diluar sana.
ANTARA EPISOD YANG TELAH KE UDARA:
Episode 16 - Travel bersama Senior Citizen
Episode 17 - Hotel VS Hostel
Episode 18 - Lost and Found
Episode 19 - Traveler VS Tourist?
Episode 20 - Why ASEAN?
Episode 21 - Tiada duit tapi nak travel ?
Episode 22 - Do & don’t semasa travel!
Episode 23 - Festival di seluruh dunia!
Ramai yang tanya kenapa mula dengan episod 16? Ada gimik tertentu ke? Sebab saya dan Suzai menyambung tugas yang pernah digalas oleh team sebelum ini dimana mereka telah merakamkan 15 episod sebelum kami.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Suzai kerana memilih saya untuk bergandingan dengan anda. Walaupun saya akui pada awal saya agak janggal namun kini saya cukup selesa bekerjasama dengan anda. Selain itu penghargaan kepada team segmen Geng Kembara terutamanya saudara Aliff yang memberi 100% kebebasan kepada kami untuk mengemudi segmen ini.
Jangan lupa untuk dengarkan segmen Geng Kembara menerusi www.aiskacang.com.my atau muat turun aplikasi Ais Kacang di App Store atau Google Play. Enjoy Listening!
LAMAN FACEBOOK RASMI PODCAST AISKACANG
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #GENGKEMBARA #AISKACANG
0 Comments