BIO-OIL MALAYSIA PERKASA WANITA MENERUSI KEMPEN #MAKEYOURMARK


Bio-Oil adalah produk pakar penjagaan kulit yang sangat digemari kerana keberkesanannya untuk membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit, seperti parut, tanda regangan dan tona kulit yang tidak sekata. Rumusannya yang unik mengandungi PurCellin Oil ™ yang berfungsi secara sinergi dengan gabungan mujarab vitamin A & E dan minyak tumbuhan semulajadi - lavender, kalendula, rosemary dan kamomil untuk menjana semula dan menyuburkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. Keberkesanan produk Bio-Oil dalam membantu mengurangkan kesan regangan pada kulit diakui ramai pengguna terutama wanita hamil.

Ini meletakkan jenama produk Bio-Oil sebagai produk yang diyakini. Buktinya, Bio-Oil telah menerima 223 anugerah yang diterima dan berada di kedudukan No.1 di 24 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Terbaru, Bio-Oil Malaysia menganjurkan kempen #MAKEYOURMARK sebagai penghormatan kepada para wanita Malaysia yang luar biasa. Kempen #MAKEYOURMARK merupakan kempen pertama dijalankan dibawah kempen #IAMREMARKABLE. Sebagai informasi, kempen #IAMREMARKABLE meraikan setiap detik perjalanan wanita dalam mencapai impian dan kejayaan dalam masa sama membantu penjagaan kulit agar bebas dari cela.

Kempen Bio-Oil #MAKEYOURMARK ini bertujuan memperkasakan wanita diluar sana agar yakin dan selesa dengan diri. Ini kerana masyarakat masakini mempunyai persepsi yang tidak realistik mengenai badan yang sempurna sehingga menyebabkan rasa tidak yakin serta mempunyai imej negatif terhadap diri sendiri. Justeru, kempen Bio-Oil #MAKEYOURMARK menggesa golongan wanita untuk menghargai tubuh mereka sebagai bukti perjalanan yang telah mereka hadapi dalam kehidupan serta berusaha untuk menjadi lebih baik. Ini semua memberi suntikan aura positif dalam diri wanita untuk terus mengejar impian.

"Di Bio-Oil, kami memahami perjuangan seorang wanita. Kadang-kadang, rasanya seperti kita diharap untuk melakukan semuanya dan tetap kelihatan cantik! Apabila anda berfikir dengan teliti, ia sebenarnya bukan satu pencapaian yang mudah. Oleh demikian, kami berada di sini untuk mengingatkan wanita bahawa mereka semuanya cantik dalam cara tersendiri, bahawa mereka semua kuat dan luar biasa; dan mampu menjadi yang terbaik. Dan dalam perjalanan kehidupan diri, anda boleh bergantung kepada Bio-Oil untuk menjaga keserian kulit tanpa kesan. Marilah kita semua memadamkan keraguan pada diri sendiri dan sayangi diri anda supaya anda dapat melangkah jejak dengan yakin dan bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran." kata Ms. Low Hooi Wan, Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil Malaysia.

Sempena bulan Mac, kempen #MAKEYOURMARK dan Bio-Oil meraikan enam wanita Malaysia hebat di dalam lapangan yang diceburi dan mereka ini berjaya membuktikan bahawa imej tubuh positif dan kecintaan pada diri mampu mendorong wanita menempa kejayaan. Mereka terdiri daripada Datin Elaine Daly (Pelakon, Pengacara, Pengarah Kebangsaan Miss Universe Malaysia Organization, Pengarah Saluran hurr.tv ), Nadia Hasbi (Pengasas Fit Rebel), Madam Molly Khoo (Pengasas Heritage Village Restaurant), Jesrina Arshad (Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif PurelyB), Stephanie Looi (Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif PurelyB) dan Aamal Farhain (Pengarah Urusan Foby Houz). Mereka turut berkongsi pengalaman mereka bersama Bio-Oil.


DATIN ELAINE DALY



“Banyak yang saya perlu uruskan; keluarga, kerja, jadual semua perlu dijaga, sekurang-kurangnya saya tahu dengan Bio-Oil saya tidak perlu risau. Saya biarkan ia memainkan peranannya iaitu menjaga kulit saya dengan kelebihan minyak semulajadi. Selain penggunaannya untuk menyegarkan dan menyuburkan kulit, saya menggunakannya pada perut saya sebagai langkah pencegahan dari kesan regangan. Ia melembapkan kulit dan apa yang saya sukai ialah ia tidak meninggalkan kesan berminyak."


NADIA HASBI







"Membuat penghijrahan dari dunia korporat ke perniagaan, mereka pakaian sukan saya sendiri dan membina jenama sendiri dari bawah merubah kehidupan saya dan memberi saya banyak pengajaran.
Pengajaran paling penting saya pelajari ialah setiap seorang daripada kita mesti mempunyai keberanian untuk mengejar impian kita tanpa rasa takut. Ini boleh menjadi sesuatu menakutkan kerana kadang-kadang, impian kita begitu besar dan luar biasa.

Bio-Oil adalah minyak penjagaan kulit pakar yang hebat yang menyokong wanita dengan memberi penjagaan yang terbaik untuk kulit kita. Ia sama seperti minyak bayi, tetapi baunya mengagumkan, ringan, tidak berminyak dan mudah diserap. Saya syorkan untuk semua! "


MADAM MOLLY KHOO



"Adalah penting untuk sentiasa berfikiran positif dan mencari sisi positif setiap perkara. Kehidupan adalah sukar secara sedia ada; kita tidak boleh membiarkan pemikiran negatif membawa kita ke bawah. Akan ada hari-hari yang akan membuat anda berasa seperti ingin menyerah kalah. Jadilah kuat dan ingat bahawa pasti ada sinar cahaya dipenghujung terowong paling gelap. Membesarkan empat orang anak adalah perkara paling sukar yang pernah saya lakukan. Perancangan dan pengurusan masa yang baik adalah perkara yang paling penting untuk membantu saya melalui masa yang sukar.

Bio-Oil membantu saya kelihatan muda sepanjang masa. Ia membantu dengan masalah kekeringan dan melembab kulit saya tanpa meninggalkan kesan berminyak. Saya lebih yakin dan selesa dalam kulit saya sendiri!"


JESRINA ARSHAD



"Jangan sekali-kali memandang rendah kuasa kepercayaan diri dan berfikiran positif. Jika anda memanfaatkan minda yang positif, menakluki segala keraguan, ketakutan dan benar-benar percaya kepada diri sendiri dan keupayaan anda, anda boleh berbuat apa saja! Hanya ingat bahawa apa saja kesusahan yang mungkin hadapi adalah untuk membantu anda belajar, berkembang dan akhirnya mencapai kejayaan yang sebenar. Jadi jangan menyerah! Teruskan bekerja keras, bertahan dan jangan pedulikan pengkritik dan tidak lama lagi impian anda akan menjadi kenyataan. Saya sendiri telah bergelut dengan keyakinan diri dan rasa tidak puas hati dengan keupayaan saya, merasakan diri tidak layak terutama sebagai usahawan kali pertama dalam industri teknologi yang dikuasai lelaki.

Saya menggunakan Bio-Oil sebagai pelembap badan kerana ia membantu melembabkan kulit kering dan memastikan tona kulit saya sekata. Saya suka bagaimana ia adalah jenama yang sangat baik yang membantu wanita meningkatkan keyakinan diri!"


STEPHANIE LOOI



"Selalu pastikan diri anda adalah keutamaan dan jaga diri sendiri; tidur dengan cukup, makan dengan baik, bersenam dan lakukan perkara yang anda suka, dan luangkan masa untuk diri sendiri. Anda tidak berguna kepada sesiapa jika anda sakit atau lesu upaya. Fikiran perlu positif, kerana pemikiran negatif boleh memusnahkan wanita yang paling kuat. Siapa yang akan menjadi ketua pasukan sorak anda apabila anda tidak bersorak untuk diri sendiri? Sejujurnya, saya mempunyai masa yang sukar 'melakukan semuanya'. Menjadi ibu dan bos sangat meletihkan. Tetapi satu perkara yang saya pelajari adalah meminta bantuan dan berkata "TIDAK". Kadang-kadang anda tidak boleh menggembirakan semua orang. Jadi, lakukan yang terbaik untuk diri sendiri.

Saya menggunakan Bio-Oil ketika kedua-dua kehamilan saya. Menjadi ibu ketika kali pertama dan bimbang tentang kesan regangan, saya menggunakannya dengan tetap dan saya gembira mengatakannya, saya tidak mempunyai sebarang tanda regangan langsung. Begitu juga ketika melahirkan anak kedua, saya menggunakannya sekali lagi dengan hasil yang sama. Bio-Oil memberi saya keyakinan dan ketenangan minda sepanjang kehamilan saya. Ini penting kerana sebagai ibu hamil, anda sudah mempunyai sejuta perkara di fikiran anda, sekurang-kurangnya anda tahu ada yang dijaga!"


AAMAL FARHAIN



"Sentiasa lakukan yang terbaik dan ikhlas dalam semua yang anda lakukan. Saya percaya bahawa jika kita ikhlas dalam apa yang kita lakukan, perkara-perkara yang baik akhirnya akan berlaku kepada anda. Selain itu, jadilah diri anda sendiri. Jangan cuba menjadi orang lain. Jadilah yakin dengan diri anda sendiri, ikuti keghairahan anda dan bekerja keras untuk mencapai impian anda. Saya melakukan apa yang saya lakukan hari ini adalah kerana ia adalah keghairahan saya. Ramai yang menganggap tidak mungkin seorang wanita muda seperti saya berjaya menjalankan perniagaan saya sendiri. Sukar untuk tidak terasa terganggu dengan apa yang difikirkan oleh orang lain tetapi dengan sokongan yang saya ada dari keluarga, rakan-rakan dan pekerja saya, saya mengubah impian saya menjadi kenyataan.

Bio-Oil memberi inspirasi kepada saya untuk memperbaiki diri saya, tetapi tetap diri saya sendiri.
Ia menyakitkan untuk melihat parut tetapi dengan Bio-Oil, ia membantu menjadikan parut saya kelihatan lebih baik, ia membantu saya mendapatkan semula keyakinan. Jangan biarkan parut (nyata atau kiasan) membawa anda ke bawah. Dengan semua halangan dan kesusahan yang saya hadapi selama ini, ia membantu saya belajar dan menjadi lebih matang dan juga mendapatkan keyakinan saya untuk menghadapi segala cabaran. Yakin dengan siapa diri anda. Sebagai wanita, kita semua harus belajar untuk merangkul keunikan kita dan mencari kemenangan dalam setiap masa dan perjalanan kehidupan."






Kempen #MAKEYORMARK akan berlangsung sepanjang tahun 2018 dan menjadi harapan Bio-Oil agar ia menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup wanita untuk mencapai kulit yang cerah dan sihat dan seterusnya menjadi pemangkin dalam mengejar impian mereka.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BIOOILMALAYSIA #MAKEYOURMARK #IAMREMARKABLE

0 Comments