3 RIBU EKOR BURUNG DARI PELBAGAI SPESIS TERBANG BEBAS DI KL BIRD PARK






Kuala Lumpur, kota metropolitan yang sentiasa sibuk. Bangunan pencakar langit yang kian bercambah saban tahun menjadikan ibu negara Malaysia ini semakin padat dan pesat membangun. Setiap hari warga kota terpaksa berhadapan dengan trafik yang semakin menggila terutama pada waktu puncak, kesesakan manusia di setiap ruang KL, persekitaran kerja yang kadangkala menekan jiwa dan minda. Percayalah, golongan ini memerlukan suatu momen tenang jiwa dengan berada dekat dengan alam.

Tidak perlu berlibur jauh kerana dalam Kuala Lumpur sendiri sebenarnya masih terpelihara flora dan fauna. Salah satu tarikan semulajadi yang anda patut kunjungi adalah Taman Burung Kuala Lumpur atau sinonim dengan nama KL Bird Park yang terletak dalam kawasan Taman Botani Perdana (Lake Gardens).

Berkeluasan 20.9 ekar, KL Bird Park merupakan destinasi eco pelancongan yang mesti dilawati jika anda berada di Kuala Lumpur. Dibuka pada tahun 1991, taman burung yang berkonsepkan free-flight ini dihuni lebih 3 ribu ekor habitat burung dengan anggaran 200 spesis tempatan mahupun dibawa khas dari luar negara. Saya berkesempatan berkunjung ke sini untuk merasai pengalaman berada di THE WORLD LARGEST FREE-FLIGHT WALK-IN AVIARY baru-baru ini. Terima kasih kepada perkhidmatan bas KL HOP ON HOP OFF kerana menyediakan hentian di KL Bird Park. Ia memudahkan saya untuk meneroka tarikan KL dalam masa satu hari.

KLIK: http://www.thisisreef.com/2018/03/teroka-kuala-lumpur-dengan-perkhidmatan.html

Setibanya di perkarangan pintu masuk KL Bird Park, lanskap air terjun serta deruan airnya memberi saya satu perasaan cukup berbeza. Saya boleh katakan seolah-olah berada di dalam kawasan hutan. Tenang dan damai. Malah saya tidak terasa berada dalam bandar Kuala Lumpur. Sekeliling dipenuhi dengan pokok. Untuk pengetahuan anda, KL Bird Park pernah mendapat liputan daripada pihak ROMANIA NATIONAL GEOGRAPHIC.


ENCIK TAUFIK WAKIL DARIPADA KL BIRD PARK

PETA KL BIRD PARK





KL Bird Park ini dibahagikan kepada 4 zon utama dimana setiap zon mempunyai tarikan yang tersendiri. Apabila anda melangkah masuk dari pintu masuk utama, anda sudah berada dalam zon 1. Kehadiran anda akan disambut oleh sekumpulan burung dalam kawasan LOVE AVIARY. Dalam zon ini, anda boleh melihat gelagat dan keletah spesies burung seperti merbah, bangau, helang. Saya kagum seketika melihat burung bangau bisa tidur dengan hanya berdiri menggunakan sebelah kakinya sahaja. Anda jangan terkejut pula bila tiba-tiba anda disapa oleh burung merak di zon ini. Memandangkan zon 2 hanya sekadar taman, jadi saya tidak lalu di kawasan ini.
































Langsung saya menapak ke zon 3 untuk melihat spesies brung enggang yang cukup sinonim dengan negeri Sarawak. Disini saya mengetahui bahawa spesies enggang mempunyai jenis yang berbeza. Antaranya adalah jenis Rhinocerros Hornbill, antara spesies enggang terbesar di dunia. Jangan lupa untuk melakukan aktiviti memberi enggang makan pada jam 11.30 pagi di zon ini.


Zon 4 pula merupakan zon yang terbesar dalam KL Bird Park. Ia mempunyai WORLD OF PARROTS, ORIENTAL BIRD AVIARIES, FLIGHTLESS BIRDS seperti burung unta. Tahukah anda bahawa otak burung unta lebih kecil daripada matanya? Zon ini juga sudut informasi tentang burung iaitu BIRD SCHOOL, EDUCATION STATION dan BIRD GALLERY. Tarikan utama di zone 4 adalah pertunjukan burung di Amphitheatre pada jam 12.30 tengahari dan 3.30 petang. Jangan lupa abadikan momen anda bersama burung dengan menangkap foto di PHOTO BOOTH.


















KL Bird Park cukup berbaloi untuk dikunjungi bersama seisi keluarga dan teman-teman. Banyak aktiviti serta ilmu yang anda boleh perolehi di sini berkenaan burung. Selayaknya ia mendapat pengiktirafan anugerah platinum untuk kategori TOURIST ATTRACTION FOR FAMILY ENTERTAINMENT daripada ANUGERAH PELANCONGAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR 2017. Sebelum pulang, singgahlah sebentar di kedai cenderamata dan jangan lupa untuk menjamu selera di HORNBILL RESTAURANT & CAFÉ. Masakan disini cukup enak. Menu kegemaran saya adalah Laksa Sarawak dan Nasi Dagang.

JANGAN LUPA CENDERAMATA

HORNBILL RESTAURANT, KL BIRD PARK
MAKAN DI HORNBILL RESTAURANT IS A MUST!

KLIK: http://www.thisisreef.com/2017/05/menjamu-selera-sambil-mendengar-kicauan.html

KL BIRD PARK turut menyediakan beberapa pakej istimewa kepada anda yang ingin mengadakan majlis khas seperti sambutan hari lahir, hari keluarga, seminar dan juga sesi photo pra perkahwinan. Selain itu, pihak KL BIRD PARK turut menyediakan Program Keahlian KL BIRD RANGER kepada kanak-kanak. Program ini memberi pendedahan tentang hidupan burung ini dengan menyediakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun kepada setiap ahli. Anda boleh layari laman web rasmi KL Bird Park untuk mendapatkan butiran lanjut.

THANKS SEMUA!YOU GUYS BEST!

Adakah kunjungan saya ke KL Bird Park berbaloi? Pastinya. Tidak puas rasanya dengan sekali kunjungan. Banyak informasi berguna saya perolehi berkenaan spesis burung dan yang paling penting, saya dapat menenangkan diri dari hiruk piruk bandaraya KL seketika dengan mendengar kicauan serta gelagat beburung yang cukup comel. Saya pasti kembali lagi ke sini. 

PETA LOKASI KL BIRD PARK






LOKASI KL BIRD PARK
920, JALAN CENDERAWASIH,
TAMAN TASIK PERDANA,
50480 KUALA LUMPUR.

TELEFON: 03 - 2272 1010


LAMAN WEB RASMI:

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KLBIRDPARK #VISITKL #CUTICUTIMALAYSIA

2 Comments

  1. Menarik lokasinya di tengah-tengah bandaraya KL..
    Boleh jadi lokasi pilihan untuk bersantai jika tiada tempat nak ke mana-mana nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..Kl Bird Park antara lokasi pelancongan wajib kunjung di KL.

      Delete