Antara menu kegemaran rakyat Malaysia adalah makanan laut. Boleh saya katakan Malaysia adalah antara syurga kepada peminat makanan laut kerana ia cukup mudah dan murah diperolehi. Umbai Melaka, Tanjung Harapan Klang, Pantai Jeram Kuala Selangor adalah antara beberapa lokasi popular kepada mereka yang ingin menikmati hidangan makanan laut sedap dan segar.
Namun pada pendapat saya, kebanyakan tempat-tempat ini menyediakan cara masakan yang lebih kurang sama dari segi rasa. Bosan juga jika sering dihidangkan dengan ikan masak tiga rasa, sotong goreng tepung, udang masak butter, lala masak cili bukan? Sesekali teringin juga untuk merasai masakan makanan laut yang lain dari kebiasaan. Kalau siapa yang suka makan shell out tu, barangkali anda boleh beralih selera pula kerana anda pasti akan teruja dengan restoran yang satu ini.
Kunjungan saya ke sebuah restoran yang terletak di Publika, Solaris Dutamas baru-baru ini memberi pengalaman yang cukup berbeza. 4Play Seafood & Co cuba membawakan konsep fusion dalam hidangan makanan laut. Baru sahaja beroperasi, restoran 4Play Seafood & Co Publika adalah antara tempat makan yang wajib anda letakkan dalam senarai. Setiap menu disini telah menjalani beberapa peringkat saringan sebelum ia dijual kepada pelanggan bagi memastikan kualiti rasa dijaga dan memenuhi selera setiap peringkat umur. Pastinya anda tidak akan jumpa sajian seperti di 4Play Seafood & Co Publika di mana-mana restoran lain.
Saat melangkah masuk ke dalam restoran ini memberi saya suasana senang dan santai. Dekorasi restoran ini cukup simple. Hiasan bingkai gambar pada dinding serta pencahayaan cukup memberi sentuhan ekslusif kepada restoran ini. Di satu sudut terdapat set sofa untuk pengunjung lepak santai bersama teman-teman. Boleh dijadikan spot untuk gambar Instagram anda. Hihihi!
Sempat juga saya bertanya asal usul nama restoran ini. Menurut Encik Mune selaku Ketua Pemasaran, 4Play merujuk kepada 4 sekawan yang bersama-sama menubuhkan restoran ini. Kenapa Seafood & Co? Ia bermaksud restoran ini bukan hanya menyediakan menu makanan laut sahaja, malah anda boleh juga menikmati beberapa menu bukan berasaskan makanan laut seperti pasta dan ayam. Tekak anda tekak nasi? Jangan risau! Nasi Lemak, Nasi Ulam dan Nasi Goreng Ayam mampu menambat selera anda di 4Play Seafood & Co Publika ini.
Restoran 4Play Seafood & Co Publika juga amat sesuai untuk dijadikan lokasi acara seperti sambutan hari lahir, keraian atau majlis tertutup kerana ruang restoran ini boleh menampung sehingga 150 orang dalam satu-satu masa.
Kuahnya cukup pekat dan berkrim.
WILD MUSHROOM SOUP
KREDIT FOTO www.mama-ble.com |
Sup yang menggabungkan shitake, oyster anda white button mushrooms pelengkap kepada rasa sup ini.
BUTTER & GARLIC MUSHROOM
Kuahnya yang pekat serta meriah dengan cendawan. Terasa butter dan bawang putih nya.
GARLID BREAD
Tidak lengkap pembuka selera tanpa menikmati sup dengan roti ini.
GOLDEN SALTED EGG YOLK- CALAMARI
Resepi yang menggabungkan telur asin, daun kari, bawang merah, cili padi dan serbuk cili membangkit rasa.
GOLDEN SALTED EGG YOLK – PRAWNS
Biasa anda makan udang dimasak bersama butter bukan? Cuba ini pasti anda jatuh cinta! Ramuan telur asin, daun kari, bawang merah, cili padi dan serbuk cili melengkapkan keenakkan udang segar ini.
GOLDEN SALTED EGG YOLK – CHICKEN
Jarang kita dengar isi ayam dimasak bersama telur asin. Namun kombinasi ini berjaya membangkit selera.
CREAMY SPINACH STUFFED MUSHROOM
Satu idea menarik menggabungkan cendawan sebagai ramuan dasar serta daun bayam dan keju sebagai inti di atas. Rasanya memukau selera saya!
CRABS, MUSSELS AND CLAM (500 GM)
Ketam yang dihidangkan agak besar. Kuahnya cukup lemak, cukup rempah ratus. Lebih ideal jika dimakan dengan nasi atau cicah dengan roti Mantou yang lembut dan gebu.
CREAMY BUTTER CHILI & CURRY LEAVES CLAMS
Ini adalah menu favourite saya. Kuahnya likat dan pekat. Terasa rempah ratus dan ianya seimbang dengan keenakkan lala ini.
SPICY CHILI MUSSELS
Nama sahaja spicy tapi kepedasannya just nice. Isi kupang ini cukup manis dan segar.
Selain itu terdapat lagi 3 pilihan masakan untuk anda nikmati selain diatas iaitu Salted Egg Yolk, Green Curry dan Creamy Beef Bacon and Basil.
JALAPENO, SUNDRIED TOMATO, CREAM CHEESE STUFFED CHICKEN
Tidak suka makanan laut? Cuba menu ayam ini yang dimasak bersama Jalapeno, tomato kering dan keju berkrim. Isi ayam cukup lembut.
PENCUCI MULUT
TIRAMISU
Antara pilihan pencuci mulut yang harus dicuba. Disediakan secara homemade, saya suka akan tekstur dan rasa tiramisu disini. Just nice!
Antara pilihan pencuci mulut yang harus dicuba. Disediakan secara homemade, saya suka akan tekstur dan rasa tiramisu disini. Just nice!
LOKASI 4PLAY SEAFOOD & CO PUBLIKA
A1-G2-O7, JALAN DUTAMAS 1,
SOLARIS DUTAMAS,
50480 KUALA LUMPUR.
TELEFON: 03-62119908
EMAIL: 4playpublika@gmail.com
LAMAN FACEBOOK RASMI
www.facebook.com/4playpublika
LAMAN INSTAGRAM RASMI
www.instagram.com/4playpublika
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #4PLAYPUBLIKA #4PLAYSEAFOODANDCO #FOOD #FOODIE
0 Comments