WEEKEND GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

Saya percaya setiap dari anda memiliki impian dan mengharapkan ia menjadi nyata. Tidak kisah berapa kecil atau besar pun impian itu, ia bakal memberi satu kepuasan berbeza jika berjaya dimakbulkan bukan? Begitu juga saya. Jika hendak disenaraikan impian saya disini, berjelar juga gamaknya. Alhamdulillah, ada juga beberapa impian saya tertunai pada tahun 2017. Dari angan-angan bertukar menjadi realiti. Satu nikmat yang tidak mampu digambarkan dengan sekadar kata-kata.

Salah satu impian hidup saya adalah untuk menginap di hotel mewah. Seperti orang ada-ada. Dapat menikmati percutian sambil mendapat layanan VVIP. Dapat beradu di suite mewah sambil melihat panorama indah pasti memberi momen indah bukan. Sambil berendam di tab mandi merehatkan minda di iringi dengan nyalaan lilin aromaterapi dan ditaburi bunga mawar merah. Pergh!

Tapi bila melihat harga yang ditawarkan untuk satu malam walaupun hanya bilik paling rendah di hotel bintang penuh ini boleh telan air liur 8 kali. Belum lagi dengan aktiviti garu kepala dan membuat kira-kira menggunakan kalkulator sambil melihat baki akaun di bank. Hahahaha. Itulah yang saya sering lakukan bila tiba-tiba terfikir impian yang satu ini.

Akhirnya, pada 22 Disember, impian saya berjaya direalisasikan apabila saya dapat menginap satu malam di hotel paling mewah di Kuala Lumpur iaitu The St. Regis Kuala Lumpur. Yes! Dream comes true. Memang dari awal mengetahui kewujudan hotel ini saya sudah pasang angan untuk menginap disini. Bagaimana saya dapat merealisasikan impian saya yang satu ini? Teruskan membaca.

Sedikit informasi tentang hotel ini. Jenama St. Regis telah dibuka buat pertama kalinya pada tahun 1904 di New York oleh John Jacob Astor, seorang usahawan dari Amerika. Kalau anda nak tahu, beliau adalah antara mangsa yang gagal diselamatkan semasa karamnya kapal Titanic pada April 1912.

Setahu saya terdapat 61 buah hotel dan resort atas jenama ini di seluruh dunia dengan dua cawangannya terletak di Malaysia iaitu satu lagi di Langkawi. Dengar khabar cawangan Jakarta bakal dibuka pada awal tahun 2019.

Sepatutnya saya boleh mendaftar masuk jam 3 petang tetapi disebabkan saya pulang dari kerja jam 5 petang, jadi saya tiba di The St. Regis KL pada jam 5.30 petang. Nasib baik trafik agak baik dan jarak dari pejabat ke hotel ini tidaklah jauh mana. Lokasi hotel ini juga agak strategik dimana ia bertentangan dengan Muzium Negara dan bersebelahan dengan bangunan Q Sentral dan KL Sentral. The best part, kalau anda ingin menaiki pengangkutan awam, MRT Muzium Negara hanya berada beberapa langkah sahaja dengan bangunan hotel ini. EH! Lupa pula, percutian di hotel mewah kenalah berangan menaiki kereta mewah bukan. Hahahaha.

Bila tiba di perkarangan luar lobi, anda boleh nampak beberapa lampu chandelier tergantung indah dan mewah di sepanjang koridor. Saat melangkah masuk ke ruang lobi, hati dan minda saya terkesima seketika. Ruang lobinya tidaklah besar mana tapi seni hiasan dalamannya memang mewah dan glamor dengan hiasan dinding berupa pemain sukan polo sedang beraksi bersama kudanya. Memang sukan polo ini diminati oleh golongan elit biasanya. BUKAN KUMPULAN ELITE OH MANISNYA SENYUMANMU YA!

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

Di ruang lobi juga terdapat sebuah butik khas dan juga kafe khas untuk anda menikmati afternoon tea yang diberi nama The Drawing Room. Ada sebuah patung kuda besar yang telah dibentuk oleh seorang artis dari Colombia, Fernando Botero. Saya tidak sempat merasai pengalaman mencuba minum petang di sini jadi tak dapat nak sembang lebih lanjut. Kalau anda nak cuba boleh saja membuat tempahan di pautan ini: http://www.stregiskualalumpur.com/drawingroom .

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR






Bangunan ini mempunyai 21 tingkat dan terdapat 5 pilihan suites iaitu St. Regis Suite, Caroline Astor Suite, John Jacon Astor Suite, Presidential Suites dan Royal Suite dan 3 jenis bilik iaitu Deluxe Room, Grand Deluxe Room dan Metropolitan Room. Saya menginap di Caroline Astor Suite di tingkat 20. Pertama kali seumur hidup saya dapat menginap di kamar suite yang sememangnya mewah. Bila buka sahaja pintu, lidah terus kelu. Gila besar suite ini. Berkeluasan 138 meter persegi, suite ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu ruang tamu, kamar tidur, bilik wardrobe, kamar mandi dan yang paling menarik adalah bilik khas untuk mengurut. Yes guys, suite ini ada in massage room. Cuma perkhidmatan ini tidak termasuk dalam harga penginapan tetapi mereka ada menyediakan pakej khas jika anda ingin mencuba.

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

Ruang tamu cukup luas. Bolehlah nak buat kawasan berlari-lari anak. Hihi. Terdapat set sofa yang empuk, study desk, meja makan, TV Flat screen besar dan juga well-stocked signature St. Regis Mini Bar Trunk. Ruang hadapan juga terdapat sebuah kamar kecil untuk tetamu. Kebetulan kamar suite saya betul-betul berhadapan dengan Brickfields. Kami dihidangkan dengan welcome tea dan sedikit kudapan. Lupa nak beritahu! The best part about staying in this suite is they provide free butler service! Jadi jika anda ingin minum kopi atau teh ataupun if you need any assistance, just call them up! The will do it for you! Best kan! Actually there is lots of amenities if you happen to stay here like High Speed WIFI, spa/fitness and swimming pool (kids pool as well) located at level 6, free parking and many more. Ada free shoe shine service juga tak silap. Berbaloi-baloi!

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR




GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR



GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR


GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR



GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR
MANGKUK TANDAS INI BOLEH BUKA SENDIRI BILA KITA MENGHAMPIRINYA

The next day, saya dan teman semestinya teruja untuk menikmati sarapan pagi di hotel The St. Regis Kuala Lumpur iaitu di The Brasserie yang terletak di aras 2. Dekorasi kafe ini menerapkan gaya mewah sememangnya punya aura dan kelas tersendiri. Walaupun ia tidaklah besar dan menu bufet tidak semeriah mana tapi itu bukanlah keutamaan pada hemat saya kerana kualiti rasa dan mutu perkhidmatan kafe ini yang menjadikan ia cukup ekslusif. Anda terasa seperti berada di negara Eropah tatkala menikmati hidangan disini. Anda anda dilayan sebaiknya oleh pelayan disini. Ingin minum the atau kopi? Any fruits for you? Pesan saja kepada mereka. Layanan pelayan disini harus dipuji. Mereka cuba sebaiknya untuk memastikan setiap tetamu yang datang menjamu selera di The Brasserie enjoying their moment here. Senyuman tidak pernah lekang. Thanks Deva! (One of the staff who served me). My personal favourite dish? Nasi Lemak. Sedap bangat. Pasti it cooked with love and passion!

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR



GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR










GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR



GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

The Brasserie dibuka setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 10.30 malam. Anda tidak perlu menginap disini untuk menjamu selera di The Brasserie, St. Regis KL. Tempahan boleh di buat menerusi pautan ini: http://www.stregiskualalumpur.com/thebrasserie !

Perut sudah kenyang, masa untuk mandi manda di kolam. Kolam dan gimnasium terletak di Aras 6. Untuk pengetahuan anda, kolam hotel dan residen disini terletak di aras yang sama. Jadi jangan pula anda mandi di bahagian residen pula ya. Hihihi. Memandangkan saya bukanlah penggemar kolam mandi, saya menjemput keluarga kakak saya untuk membawa anak-anaknya mandi dan lepak bersama. Seronok bukan main Adam, Umairah dan Raihanah.



GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR


Selesai mandi, kami terus ke kamar suite dan rehat-rehat sebelum daftar keluar jam 4 petang. Eh! Bukan jam 12 tengahari ke? Jika anda adalah ahli Platinum Starwood Prefered Guest (SPG), anda layak mendapat keistimewaan late check-out. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapat kemudahan menukar tarikh daftar masuk. Nak jadi ahli? Daftar sahaja secara dalam talian di laman Starwood Hotel and Resorts. Satu lagi keistimewaan menjadi ahli adalah anda tidak perlu ke kaunter lobi untuk menghantar kad akses. Letakkan saja di dalam kamar dan boleh daftar keluar melalui aplikasi SPG: Starwood Hotel & Resorts. Teknologi menjadikan kehidupan lebih mudah kini!

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR
SERONOK BUDAK-BUDAK DAPAT HADIAH!






Soalannya, adakah saya berpuas hati menginap di St. Regis Kuala Lumpur? Tidak! Mana cukup satu malam. Kalau boleh saya nak duduk disini lama-lama. Betul lah orang kata, hotel bertaraf 5 bintang memang best dan ia terbukti dengan kunjungan ke St. Regis KL. Walaupun hanya satu malam, tetapi feel dan pengalaman menginap di Caroline Astor Suite memang awesome! Dengan harga penginapan semalam boleh mencecah ribuan ringgit, ia adalah pelaburan untuk memori yang cukup berbaloi.

GETAWAY AT THE ST. REGIS KUALA LUMPUR






LOKASI THE ST. REGIS KUALA LUMPUR

NO. 6, JALAN STESEN SENTRAL 2, 
KUALA LUMPUR SENTRAL 
50470 KUALA LUMPUR.


TELEFON: 03-027271111


LAMAN WEB RASMI


LAMAN FACEBOOK RASMI


LAMAN INSTAGRAM RASMI



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #STREGISKL #LIVEEXQUISTE

0 Comments