TIDAK PUAS MENONTON ATILIA HARON LIVE AT NO BLACK TIE KUALA LUMPUR

ATILIA HARON LIVE AT NO BLACK TIE KUALA LUMPUR

Raja Putri Atilia binti Raja Haron atau nama pentas Atilia. Antara penyanyi Malaysia yang cukup saya kagumi. Kagumi bukan sahaja dari muziknya tetapi juga kecekalan beliau berusaha membawa muzik nya untuk terus releven kepada industri muzik tanahair. Bagi sesiapa yang memintai muzik bergenre jazz sudah pasti mengenali wanita bertubuh genit ini. Anak kepada biduanita Salamiah Hassan. Like mother like daughter. Memilki 3 buah album penuh bermula dengan Sangkar kemudian Indah dan yang terkini No. 3, setiap satu memiliki pesona tersendiri. Memandangkan saya adalah big fan beliau, jadi tidak sah kalau tidak memilki kesemua album beliau.

Saya berkesempatan menyaksikan persembahan istimewa Atilia di No Black Tie, sebuah kelab jazz tekemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini. Sebetulnya saya tidak dapat hadir ke showcase ini kerana terikat dengan kerja namun pada saat akhir kerja itu ditunda tarikh. Agaknya menjadi rezeki saya untuk melihat persembahan Atilia kerana saya seringkali missed show beliau sebelum ini.

Tepat jam 10 malam, persembahan dibuka dengan nyanyian single terbaru beliau, Bahagiaku disusuli dengan lagu No Fruits for Today, Untuk Perempuan Yang Sedang Dalam Pelukan, Aku Curiga dan Sandaranku. Kesemua lagu ini diambil daripada album terbaru beliau, Atilia No. 3.

ATILIA HARON LIVE AT NO BLACK TIE KUALA LUMPUR

ATILIA HARON LIVE AT NO BLACK TIE KUALA LUMPUR

ATILIA HARON LIVE AT NO BLACK TIE KUALA LUMPUR

ATILIA HARON LIVE AT NO BLACK TIE KUALA LUMPUR





Kemudian seleksi lagu-lagu daripada album pertama beliau seperti Salah Sangka, Sangkar dan Selagi. Pastinya lagu Sangkar adalah lagu yang dinantikan oleh saya kerana ia merupakan lagu paling saya gemari. Beliau turut menyampaikan beberapa lagu daripada album keduanya seperti Indah, Old Love, Harus Bagaimana dan Gelombang yang merupakan lagu asal ibunya.

Pentas diambil oleh penyanyi Lokman Aslam bagi memberi peluang Atilia berehat seketika dengan mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh Stevie Wonder, My Cherie Amour dan juga lagu beliau sendiri, Anugerah Cinta. Atilia kembali selepas itu dan menyampaikan lagi duet bersama Lokman Aslam, Segalanya. Lagu ini juga dimuatkan dalam album terbaru Atilia. Lokman Aslam merupakan satu-satunya artis dibawah naungan syarikat Mujik Production milik Atilia.

ATILIA HARON LIVE AT NO BLACK TIE KUALA LUMPUR, LOKMAN ASLAM

ATILIA HARON, LOKMAN ASLAM

Selain itu, beliau turut menyampaikan beberapa buah lagu Inggeris seperti Got Me A Feeling oleh Misty OldLand dan Love You Inside Out yang dipopularkan oleh Bee Gees. Persembahan diakhiri dengan dendangan lagu Selalu Denganmu.

ATILIA HARON LIVE AT NO BLACK TIE KUALA LUMPUR

ATILIA HARON LIVE AT NO BLACK TIE KUALA LUMPUR





Sepanjang hampir 2 jam, seluruh ruang kelab terhibur dengan persembahan beliau. Beliau cukup pandai mencuri perhatian penonton yang hadir. Keupayaan beliau mengemudi showcase tidak perlu disangkal lagi. Senang kata, tidak puas walaupun hampir 20 buah lagu disampaikan pada malam itu. Ibarat berada di sebuah konsert jazz berskala besar. Kredit juga harus diberikan kepada barisan pemuzik yang mengiringi showcase ini. Kelihatan juga kelibat beberapa rakan artis yang hadir seperti Sazzy Falak, Ning Baizura dan Dynas Mohktar memberikan sokongan kepada Atilia.

Kepada Atilia, saya akan sentiasa menyokong kerjaya anda. Tahniah di atas persembahan yang memukau. Terubat kerinduan saya.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ATILIA #NOBLACKTIE

0 Comments