SENARAI ENTITI PENGENDALI PELANCONGAN YANG TIDAK BERLESEN DENGAN KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA | Saya percaya ramai diluar sana suka melancong samada dalam mahupun luar negara. Ada yang suka bergerak secara sendiri dan ada juga yang memang sekadar hulur duit kepada agensi pelancongan untuk menguruskan percutian anda sepenuhnya. Setiap dari kita mempunyai cara berbeza untuk melihat dunia bukan. Malah tujuan setiap individu untuk travel pun berbeza-beza. Tidak mengapa asalkan anda gembira dan dapat menikmati percutian sebaik mungkin.
Menerusi laman web rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), kementerian ini telah mengeluarkan senarai entiti pengendali berkaitan dengan pelancongan yang tidak berlesen dengan pihak kementerian ini. Jadi anda boleh rujuk senarai nama-nama tersebut seperti yang dikeluarkan oleh pihak MOTAC. Senarai ini yang Tidak Berlesen dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya didapati telah melanggar peruntukan Akta Industri Pelancongan 1992 kerana menjalankan perniagaan pelancongan tanpa lesen yang sah.
Anda boleh KLIK SINI! untuk mendapatkan pengesahan lanjut.
No. 2, Menara 1, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
03 8000 8000
03 8891 7100
#MYMOTAC #ELAKDITIPU #SEMAKSEBELUMBELI #INFOSHARING #SCAM #MALAYSIATRULYASIA
1 Comments
Wahhh...banyak betul... Sekarang ni memang kena hati-hati. Macam-macam dorang ni nak duit dari kita.
ReplyDelete