Sebenarnya menggosok gigi dan berkumur sahaja tidak mencukupi. Anda diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan gigi di klinik gigi setiap 6 bulan sekali. Ini bagi memastikan bahawa gigi anda sentiasa sihat dan bersih. Pemakanan anda bermula daripada mulut. Mulut adalah tempat pertama menerima nutrisi. Jika mulut dan gigi anda tidak sihat, bagaimana anda boleh mendapatkan sumber gizi yang baik untuk badan. Gigi yang rosak menyukarkan anda untuk mengunyah makanan dengan baik. Kunyahan makan yang tidak betul boleh mengganggu sistem pembuangan anda. Akhirnya anda jatuh sakit.
Selain itu, gigi sebenarnya adalah aset tubuh badan. Jika anda bekerja di sektor perkhidmatan pelanggan sebagai contoh dan anda memiliki gigi kotor dan mulut berbau, bagaimana tanggapan setiap pelanggan nanti. Sudah pasti mereka tidak selesa bukan. Akhirnya mutu kerja anda terganggu dan boleh membawa kepada depresi. Anda nampak bukan betapa pentingnya gigi dan mulut anda mampu mempengaruhi kehidupan.
Saya faham kadangkala kos rawatan yang mahal menjadi isu. Namun tidak semua klinik gigi bertauliah mengenakan bayaran yang tinggi. Bak kata pepatah, bijak membeli menang memakai. Begitu juga dengan rawatan gigi. Jika anda rajin mencari, ada sahaja klinik gigi yang menawarkan rawatan pada harga mampu milik. Jangan biar sehingga gigi anda sakit baru hendak ke klinik gigi kerana bila itu terjadi sudah pasti kos nya menjadi mahal. Salah satu klinik gigi kegemaran saya adalah Klinik Pergigian Dentessence yang terletak di Dataran Sunway, Kota Damansara.
Kunjungan saya ke Klinik Dentessence adalah untuk membuat rawatan asas iaitu scaling dan polishing gigi. Ia bertujuan untuk membuang segala daki pada gigi saya supaya lebih bersih dan mengelakkan mulut berbau. Untuk pengetahuan semua, saya adalah pencinta kopi tegar dan juga seorang perokok. Kedua-duanya adalah penyumbang besar kepada kekotoran pada gigi.
KLINIK DENTESSENCE TERLETAK DI ARAS SATU |
PINTU MASUK |
KAUNTER PENDAFTARAN |
DULU MASA SEKOLAH RENDAH SELALU JUMPA GIGI INI |
RUANG MENUNGGU YANG SIMPLE DAN SELESA |
PASTIKAN ANDA CARI INI BILA PERGI KE KLINIK GIGI |
Apa yang saya suka tentang klinik Pergigian Dentessence ini? Melangkah masuk ke dalam ruang tetamu sahaja sudah memberi persepsi berbeza. Terasa seperti berada di sebuah hotel. Nyaman dan selesa. Saya menjalani rawatan dengan Dr. Ahbirami Supramaniam yang telah membuka klinik ini sejak 8 tahun yang lalu. Bekas graduan daripada Manipal University India ini cukup peramah. Tidak lokek senyuman. Ia secara tidak langsung menjadikan saya bertambah selesa. Ada sesetengah doktor gigi agak garang dan kasar. Itulah antara sebab kenapa ramai yang takut ke klinik gigi. Tapi Dr. Ahbirami sebaliknya. Antara doktor gigi terbaik pernah saya jumpa.
Sebelum rawatan scaling dan polishing dilakukan, doktor akan memeriksa kondisi gigi anda. Ia bertujuan agar anda tahu tahap kesihatan gigi anda. Kebetulan gigi saya tidak mempunyai masalah serius. Sekadar gigi geraham belah atas kanan yang harus di cabut kerana sudah patah dan geraham bawah kiri yang perlu menjalani rawatan root canal. Selebihnya gigi saya hanya perlu di bersihkan dari kekotoran sahaja.
Proses scaling dan polishing sebenarnya tidak mengambil masa. Tidak sampai satu jam. Apa yang mengagumkan saya, rawatan yang dibuat oleh Dr. Ahbirami tidak sakit langsung. Saya pernah membuat rawatan ini di klinik gigi berlainan sebelum ini dan agak kasar dan sakit serta nyilu yang teruk.
Selesai rawatan scaling dan polishing, saya sempat berbual dengan Dr. Ahbirami tentang penjagaan gigi yang betul. Kata beliau cara berus gigi juga memainkan peranan agar gigi kita kekal lama. Ia harus digosok dari atas ke bawah dan bukannya secara melintang. Pemilihan berus gigi juga penting. Gunakan berus yang lembut bagi mengelakkan gigi dan gusi anda luka dan terhakis.
DR. AHBIRAMI MEMERIKSA GIGI DAHULU |
PROSES SCALING BERMULA |
ANTARA PERALATAN DIGUNAKAN |
KRIM UNTUK POLISHING DAN SAYA PILIH PERASA PUDINA |
SIAP! BOLEH SENYUM MACAM ORANG GILA! |
SESI BERTANYA SOALAN DENGAN DOKTOR |
Bukan itu sahaja, Dr. Ahbi juga memberitahu bahawa kita juga harus memilih bahan kumuh mulut yang bebas alkohol. Flos gigi juga harus dibuat sentiasa untuk membuang plak gigi. Selain itu, doktor menegaskan bahawa kita disarankan untuk memberus gigi minimum 2 kali sehari dan tidak boleh melebihi 3 kali sehari. Cucian gigi sebelum tidur adalah sangat penting bagi mengelakkan kuman aktif semasa anda sedang tidur. Saya sempat juga bertanya adalah warna gigi membri faktor kepada kesihatan gigi. Beliau memberitahu bahawa warna gigi bergantung kepada individu. Biasanya orang berkulit gelap mempunyai gigi putih manakala orang berkulit cerah mempunyai gigi kuning. Jangan risau. Ia hanya ilusi optik sahaja. Paling penting adalah anda bebas daripada plak, kaviti, plak dan karang gigi.
Banyak lagi informasi berguna yang saya dapat daripada Dr. Ahbirami daripada Klinik Pergigian Dentessence Dataran Sunway ini. Saya secara peribadi menyenangi keperibadian Dr. Ahbirami kerana beliau cukup mesra dan tidak lokek ilmu. Jadi ia menjadikan saya jatuh cinta dengan klinik ini. Harga rawatan pula jauh lebih murah dari klinik gigi swasta yang pernah saya kunjungi. Harga mesra poket! Hihihi.
Jangan tunggu sampai gigi dah rongak, berlubang dan berdenyut baru nak ke klinik gigi. Klinik Pergigian Dentessence di Dataran Sunway adalah pilihan terbaik untuk anda kerana harga mampu milik, suasana klinik yang nyaman, perkhidmatan terbaik dan mesra daripada Dr. Ahbirami dan pembantunya dan yang paling penting klinik ini adalah klinik bertauliah dan pengamal berdaftar selaras dengan Akta Pergigian 1971.
Berita baik! Dr. Ahbirami bukan sahaja mesra dan peramah, malah kebetulan beliau mengetahui saya seorang blogger jadi beliau bermurah hati untuk memberikan potongan harga 10% kepada anda semua yang ingin menjalani rawatan scaling dan polishing disini. Caranya adalah dengan menunjukkan artikel ini semasa mendaftar di klinik ini. Terima kasih Dr. Ahbirami! Jumpa lagi 6 bulan untuk pemeriksaan gigi saya lagi ya! Sekarang gigi saya sudah bersinar dan jangan marah jika saya selalu senyum ya. Hihihi!
THANK YOU DR. AHBIRAMI FOR YOUR GREAT SERVICE! |
LOKASI DENTESSENCE DENTAL CLINIC
NO. 43-2, JALAN PJU 5/11,
DATARAN SUNWAY,
KOTA DAMANSARA,
47810 PETALING JAYA, SELANGOR.
TELEFON
03-61407567
03-61407568
WAKTU OPERASI
ISNIN- JUMAAT: 9 PAGI HINGGA 6 PETANG
SABTU: 9 PAGI HINGGA 4 PETANG
CUTI PADA AHAD DAN CUTI UMUM
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DENTESSENCE #DENTESSENCEDENTALCLINIC #DENTISTINTOWN
0 Comments