GANJARAN USD 400 RIBU MENJADI REBUTAN DI ESL ONE GENTING 2018

GANJARAN USD 400 RIBU MENJADI REBUTAN DI ESL ONE GENTING 2018

Kejohanan e-sukan terkemuka dunia, ESL ONE GENTING 2018 kembali lagi ke Resorts World Genting. Penganjuran kali kedua di kota keriangan ini bakal menghimpunkan ribuan peminat tegar dari seluruh dunia untuk menyaksikan perlawanan Dota 2 bermula daripada 23 hingga 28 Januari 2018. Saya sempat menghadirkan diri ke sidang media acara ini yang telah berlangsung di Genting International Showroom baru-baru ini.

Seperti yang anda sedia maklum, e-sukan merupakan sukan yang menggunakan peralatan elektronik sebagai medium interaksi. Industri yang melibatkan pembangunan permainan alam maya secara dalam talian ini telah berjaya mencetus fenomena di peringkat global. Malah Malaysia sendiri merupakan antara tempat teratas carta mempunyai bilangan peminat sukan elektronik ini.

GANJARAN USD 400 RIBU MENJADI REBUTAN DI ESL ONE GENTING 2018

GANJARAN USD 400 RIBU MENJADI REBUTAN DI ESL ONE GENTING 2018
PENGACARA MAJLIS

Penganjuran kali kedua ini merupakan hasil kejayaan luar biasa yang diterima semasa kejohanan ESL One Genting 2017. Impak yang dterima menjadi tanda aras kepada pihak ESL selaku syarikat e-sukan terbesar dunia untuk berkerjasama dengan pihak Resorts World Genting untuk kali kedua. Kolaborasi ini adalah antara perancangan pihak ESL untuk merancakkan lagi industri ini di Asia Tenggara.

Kejohanan ESL One Genting 2018 bakal menentukan siapakah diantara 16 kumpulan Dota 2 yang bakal membawa pulang ganjaran bernilai USD 400 ribu dan mengumpul 400 mata kelayakan untuk merebut tempat di kejohanan The International 2018. Selaku penerima anugerah penganjuran e-sukan terbaik di Asia’s Sports Industry Awards & Conference in 2017, pihak Resorts World Genting menjanjikan kejohanan yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Pada sidang media juga telah meyaksikan kehadiran Frank Sliwka, Ketua Pegawai Operasi ESL Asia dan Timbalan Presiden Bahagian Promosi dan Hiburan RWG, Kevin Tann diikuti tayangan video ESL One aftermovie 2017. Kelihatan juga kelibat beberapa pemain Dota 2 memeriahkan majlis ini.

GANJARAN USD 400 RIBU MENJADI REBUTAN DI ESL ONE GENTING 2018
KEVIN TANN, TIMBALAN PRESIDEN BAHAGIAN PROMOSI DAN HIBURAN RWG

GANJARAN USD 400 RIBU MENJADI REBUTAN DI ESL ONE GENTING 2018
FRANK SLIWKA, KETUA PEGAWAI OPERASI ESL ASIA






GANJARAN USD 400 RIBU MENJADI REBUTAN DI ESL ONE GENTING 2018





GANJARAN USD 400 RIBU MENJADI REBUTAN DI ESL ONE GENTING 2018

Berikutan ESL One Genting 2017 yang dilihat sebagai satu kejayaan besar, Kevin Tann selaku Naib Presiden Promosi & Hiburan di Resorts World Genting berkata e-sukan diakui sebagai perkara besar dalam dunia pemasaran dan saiz penonton secara global telah berkembang dengan pesatnya. Satu perlima dunia dikatakan secara aktif bermain permainan video untuk purata satu jam sehari. Jadi pihak Resorts World Genting berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada fenomena ini. Melalui ESL One Genting pihak RWG berharap dapat berhubung dengan peminat sukan yang memberikan tambah nilai kepada pengalaman mereka dan juga kepada industri sukan.

Frank Sliwka berkata penganjuran kali kedua di sini merupakan hasil daripada semangat yang ditonjolkan dari laman komuniti dan sokongan besar dari Resorts World Genting terhadap Dota 2 dan pihak ESL cukup teruja untuk bekerjasama dengan RWG pada masa akan datang untuk terus menyemarakkan e-sukan di rantau Asia Tenggara.

GANJARAN USD 400 RIBU MENJADI REBUTAN DI ESL ONE GENTING 2018
SESI Q & A BERSAMA MEDIA

GANJARAN USD 400 RIBU MENJADI REBUTAN DI ESL ONE GENTING 2018





Pasukan penyiaran ESL One Genting 2018 bakal disertai oleh nama-nama besar dalam kejohanan e-sukan seperti Eri Newman, yang pernah mengemudi pelbagai kejohanan ESL One termasuk ESL One Manila 2016. Selain itu, kehadiran Paul "Redeye" Chaloner dan wartawan Jacob "SirActionSlacks" Kanner bakal memanaskankan kejohanan ini. Bukan itu sahaja! Owen "Odpixel" Davies dan Austin "Kapitalis" Walsh akan melengkapkan barisan sebagai pengulas untuk menambahkan debaran kepada permainan di kejohanan ini.

Sebagai rekod, pada tahun 2017, lebih daripada 5,000 peminat menghadiri ESL One Genting pada setiap satu daripada tiga hari acara utama, manakala lebih 11.4 juta penonton menggunakan kira-kira 4.5 juta jam kandungan dalam talian. Kejohanan pada tahun lepas menyaksikan pasukan Newbee dan Digital Chaos berjuang di peringkat akhir namun rezeki berpihak kepada kumpulan Digital Chaos yang berjaya membawa trofi ESL One dan hadiah bernilai USD 125,000.

Pada sidang media juga telah diadakan sesi cabutan bertuah dimana 2 orang pemenang membawa pulang edisi khas bomber jacker ESL ONE GENTING 2018. Salah seorang pemenang itu adalah saya! Terima kasih RWG.

GANJARAN USD 400 RIBU MENJADI REBUTAN DI ESL ONE GENTING 2018
SUKANYA SAYA DAPAT LUCKY DRAW!

GANJARAN USD 400 RIBU MENJADI REBUTAN DI ESL ONE GENTING 2018
CANTIKKAN BOMBER JACKET INI!

Bagi mereka yang tidak berjaya mendapatkan tiket untuk acara utama, jangan khuatir kerana tiket untuk tontonan umum yang diadakan di Genting International Showroom akan disediakan dari pusingan awal hingga akhir pada 23-25 Januari. Tiket berharga RM20 untuk 3 hari akses.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh menelefon +603 6101 1118 atau layari www.rwgenting.com .


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ESLONE #ESLONEGENTING2018 #ESLDOTA #RESORTSWORLDGENTING

0 Comments