UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR MODEN DAN HIPSTER

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

Bazaar malam atau terkenal dengan nama Uptown sememangnya menjadi pilihan ramai untuk lepak santai sambil menjamu selera mahupun membeli belah. Namun secara jujur saya bukanlah antara peminat Uptown Night Bazaar kerana konsep ruang terbuka (open space) merisaukan saya terutamanya bila cuaca hujan. Bayangkan bila sedang asyik makan ataupun membelek barangan dan tiba-tiba hujan turun? Lari pertempiaran lah jawabnya. Ingin mencari tempat berteduh pula satu hal. Pilihan barangan yang terhad juga membuatkan saya lebih cenderung untuk ke pusat membeli belah yang menyajikan lebih variasi produk berbanding ke bazaar malam.

Namun kunjungan ke Uptown Puchong Night Bazaar mencuri perhatian saya. Nama tidak seperti rupa. Belum pernah lagi saya jumpa uptown bazaar dalam bangunan berbumbung. Bila tiba di perkarangan bazaar ini saya menyangkakan ia adalah sebuah pusat membeli belah. Sangkaan saya meleset sama sekali. Uptown Puchong Night Bazaar merupakan satu-satunya bazaar malam yang menjalankan perniagaan dalam bangunan berbumbung (fully covered), berhawa dingin dan uptown PERTAMA di Malaysia yang berkonsepkan moden dan tersusun. Menarik!

Lokasi Uptown Puchong Night Bazaar ini pada saya cukup strategik kerana ia terletak di tengah-tengah antara Putrajaya/ Cyberjaya dan Petaling Jaya/Subang Jaya. Lokasi lebih tepat adalah ia berdekatan dengan Tesco Extra Bukit Puchong dan bersebelahan dengan Pasaraya Hero serta stesen minyak Petronas Taman Meranti Jaya. Untuk lebih mudah, gunakan navigasi WAZE atau Google Maps.

Berada di wilayah Puchong yang sememangnya padat dengan penduduk, Uptown Puchong Night Bazaar adalah lokasi terkenal yang wajib dikunjungi. Dianggarkan lebih 100 ribu pengunjung membanjiri bazaar malam ini setiap bulan.

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

Dibahagian hadapan pintu masuk Uptown Puchong Night Bazaar ini terdapat sebuah skrin LCD besar serta pentas yang biasa digunakan untuk persembahan muzik. Saya diberitahu yang pihak pengurusan sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti disini. Antaranya tayangan filem dan siaran bola sepak, jerayawara, pertandingan mewarna, pertandingan karaoke dan macam-macam lagi. Jadi kunjungan anda ke Uptown Puchong Night Bazaar sudah pasti tidak membosankan.

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR


Meja makan juga agak banyak bagi menampung pengunjung yang ingin menjamu selera di Uptown Puchong Night Bazaar ini. Terdapat pelbagai variasi gerai makanan yang boleh didapati disini. Dari sate, mee kari, western food, Chinese muslim cuisine sehingga ke shellout. Senang kata, memang banyak pilihan untuk makan disini.

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR
   
UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

Dibuka seawal jam 6 petang hingga 3 pagi setiap hari, Uptown Puchong Night Bazaar bukan sahaja menyediakan pelbagai pilihan makanan enak malah terdapat macam-macam barangan ditawarkan untuk tujuan membeli belah. Dari pakaian, kasut, cermin mata, kedai ubat, kedai gunting rambut, aksesori kereta, perkakasan rumah, kedai kucing dan banyak lagi.

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR






UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR






Antara kedai kegemaran saya adalah KRU WORD SHOES yang terletak di Lot B17 & B18 kerana terdapat pelbagai koleksi kasut ‘berjenama’ yang murah dan kualiti terjamin. Ada kisah menarik di sebalik kejayaan kedai kasut ini. Saya akan kongsi pada entri akan datang.

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR, KRU WORD SHOES

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR, KRU WORD SHOES

Juga terdapat pusat karaoke disini untuk anda berhibur sambil bersantai bersama keluarga. Dikhabarkan akan dibina kawasan permainan kanak-kanak berbumbung disini. Sambil si ibu membeli belah, anak-anak boleh lah bermain-main disini nanti. Turut disediakan ruang khas yang boleh disewa dengan harga yang cukup berpatutan jika anda ingin mengadakan sebarang acara seperti festival jualan atau jualan gedung.

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR




UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

Bagi anda yang berminat untuk berniaga di sini juga amat dialukan. Terdapat hampir 400 unit ruang kedai di dalam bangunan yang berkeluasan bermula dari 8 x 8 yang boleh disewa dengan harga semurah RM 2000 sebulan. Pihak pengurusan juga turut menyediakan ruang meniaga dengan kanopi di bahagian luar bangunan Uptown Puchong Night Bazaar yang dipanggil Sepang Walk. Disini anda boleh meniaga apa sahaja seperti burger, jagung bakar, pakaian dan sebagainya. Pakej yang ditawarkan kepada peniaga di Sepang Walk ini juga cukup menarik. Apa yang menarik disini adalah pihak pengurusan juga akan membantu kepada para peniaga di sini dari segi pengiklanan dan promosi. Menarik bukan! Jarang sekali saya dengar tuan empunya tapak sanggup turun padang membantu menaikkan bisnes penyewa tapak. Respek!

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR
SELURUH RUANG INI BOLEH DISEWA DENGAN HARGA SEMURAH RM1000 SEHARI TAK SILAP SAYA

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR
RUANG INI JUGA BOLEH DISEWA DENGAN HARGA MAMPU MILIK

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR
SEPANG WALK INI PANJANG

KANOPI INI MENJADI MILIK MUTLAK PENIAGA YANG BERNIAGA DI SINI

Uptown Puchong Night Bazaar yang diuruskan oleh syarikat Mayfair Assets Sdn. Bhd. telah 3 tahun beroperasi dan sambutan yang diterima adalah diluar jangkaan. Dengan kemudahan yang disediakan seperti ruang parkir percuma, WIFI percuma, surau, kawalan keselamatan 24 jam serta ratusan kedai dengan pelbagai produk jualan, UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR adalah bazaar malam terbaik pernah saya kunjungi. Lokasi strategik, kemudahan setanding pusat pusat membeli belah, pilihan produk yang banyak menjadikan bazaar ini sesuai dijadikan pusat sehenti untuk anda sekeluarga.

UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR








LOKASI UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR

PT 39303, JALAN PUCHONG, 

TAMAN MERANTI JAYA, 

47100 PUCHONG, SELANGOR
WAZE/GOOGLE MAPS: UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR


WAKTU OPERASI 

6 PETANG – 3 PAGI (SETIAP HARI)



TELEFON

03-77224372

03-77251927

016-4449657

016-2019657


EMAIL

LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #UPTOWNPUCHONGNIGHTBAZAAR #UPNB

0 Comments