Kepada usahawan terutamanya dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di luar sana, ini adalah satu berita baik kepada anda! Jika anda masih menjual produk anda menerusi kaedah lama, kini dengan program Boss Vend, produk anda bisa menembusi pasaran dengan lebih meluas lagi. Apa yang dimaksudkan dengan Program Boss Vend? Ia adalah program Pencarian 1001 Usahawan Vending Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) bertujuan melahirkan usahawan baru melalui aplikasi teknologi mesin layan diri atau
vending machine. Di negara Jepun sebagai contoh, boleh dikatakan di setiap ceruk tempat mempunyai mesin layan diri. Ada pelbagai mesin dengan pelbagai produk dijual menerusi aplikasi teknologi ini seperti rokok, makanan ringan, minuman panas sejuk sehingga ke barangan kelengkapan diri. Ia bagi memudahkan para pengguna mendapatkan produk dengan mudah dan cepat tanpa perlu pergi ke pasaraya mahupun kedai runcit.
Menerusi kerjasama diantara DMH Niaga Sdn. Bhd, sebuah syarikat incubatee Technology Park Malaysia (TPM) dengan DPUKM, program
Pencarian 1001 Usahawan Vending DPUKM - Boss Vend ini akan membantu para usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memasarkan produk mereka menerusi mesin layan diri yang diletakkan di lokasi strategik seluruh negara. Program ini bertujuan melahirkan usahawan
vending machine di bawah DPUKM dan sekaligus memberi peluang kepada usahawan baru menjana pendapatan menerusi teknologi mesin layan diri. Ia secara tidak langung akan memudahkan usahawan baru mengurangkan kos operasi seperti sewa kedai, pekerja dan sebagainya selain dapat meningkatkan hasil jualan produk IKS. Urusan perniagaan akan menjadi lebih mudah.
|
PROGRAM YANG AKAN MERUBAH GAYA PEMASARAN PRODUK DI MALAYSIA |
|
PENGARAH URUSAN DMH NIAGA DATIN NATASHA DATO' ABDUL RAHIM |
|
PRESIDEN DPUKM, DATO' SERI ABU HASSAN MOHD NOR |
|
AYAHANDA RANI KULUP TURUT HADIR MEMBERI SOKONGAN |
|
ANTARA TETAMU YANG HADIR |
Program ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Dato' Faizal bin Haji Abdullah, Setiausaha Politik mewakili YB Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 28 November 2017 bertempat di Technology Park Malaysia (TPM). Majlis turut menyaksikan upacara menandatangi dokumen persefahaman diantara Datin Natasha binti Dato' Abdul Rahim, Pengarah Urusan DMH Niaga dan Presiden DPUKM Dato' Seri Abu Hassan Mohd Nor. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi TPM, Dato' Ahmad Fauzi Zahari.
|
DATIN NATASHA DAN DATO' SERI ABU HASSAN |
|
TERMETERAI LAH PERJANJIAN PERSEFAHAMAN |
|
ANTARA DEF KEHORMAT YANG HADIR |
|
DATO ' FAIZAL HAJI ABDULLAH MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN |
|
DATO' FAIZAL MENCUBA MESIN LAYAN DIRI SEBAGAI ACARA SIMBOLIK |
|
DATIN NATASHA BERSAMA SALAH SATU MESIN LAYAN DIRI YANG TERDAPAT DI TPM |
|
JOM JADI USAHAWAN VENDING MACHINE BERSAMA BOSS VEND! |
Untuk pengetahuan anda, ini adalah program yang pertama di Malaysia yang memfokuskan kepada pemasaran produk IKS. Jadi menerusi aplikasi mesin layan diri ini, pengguna di Malaysia akan dapat membeli barangan keperluan secara langsung pada bila-bila masa. Mesin-mesin ini akan diletakkan di pelbagai lokasi seperti di Technology Park Malaysia, hospital, kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR), di institusi pendidikan di seluruh negara.
Mesin layan diri/
vending machine yang disediakan oleh pihak DM Niaga Sdn. Bhd hasil kerjasama dengan pihakTechnology Park Malaysia Sdn. Bhd tidak seperti mesin layan diri konvensional dimana ia mempunyai skrin digital yang boleh juga digunakan untuk tujuan pengiklanan dan promosi interaktif. Pihak DPUKM pula akan menyediakan pelbagai pakej khusus kepada usahawan IKS yang berminat dalam program Boss Vend ini dan juga akan membimbing dalam melahirkan usahawan berjaya.
|
ANTARA JENIS MESIN LAYAN DIRI |
|
ANTARA JENIS MESIN LAYAN DIRI |
|
ANTARA PRODUK IKS YANG DIPASARKAN MENGGUNAKAN VENDING MACHINE |
Menerusi program
Pencarian 1001 Usahawan Vending DPUKM - Boss Vend ini diharap dapat menjadi permulaan yang baik bagi pembekal tempatan dan IKS untuk menubuhkan jaringan pengedaran dan pemasaran melalui teknologi vending ini. Ia juga diharap dapat membantu pembangunan dan pertumbuhan keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia. Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang program ini, sila hubungi
012-4774094 atau 012-6188106 atau 03-83226743 atau email dmhniaga@gmail.com .
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BOSSVEND #DMHNIAGA #DPUKM #BISNES
0 Comments