Pizza Hut, rangkaian pizza terbaik Malaysia menbawa kembali keenakkan pizza
Chicken Cheesy Bites kepada anda. Malah, apa yang lebih menyeronokkan adalah ia didatangkan khas bersama Cheesy Dip, sos keju pekat dan berkrim bagi menambah kemewahan rasa pizza Chicken Pizza Bites anda. Sesuai dengan slogan,
"Lebih Keju, Lebih Banyak Cara Makan, Lebih Menyeronokkan" pizza Chicken Cheesy Bites mampu memberikan pengalaman berbeza kepada anda bersama teman dan keluarga.
Pizza Chicken Cheesy Bites kali ini didatangkan dengan lapan belas kerak pizza, limpahan keju cheedar dan mozarella, peperoni ayam lazat, bebola daging ayam dan cebisan daging ayam bersama sos tomato salsa dan keju. Menerusi sentuhan baru pizza kali ini, aktiviti makan beramai-ramai menjadi lebih seronok dan memberi peluang kepada anda untuk berinteraksi dan bergembira sambil berkongsi senyuman menerusi setiap gigitan pizza penuh keju ini.
Pizza Chicken Cheesy Bites ini boleh didapati di seluruh rangkaian Pizza Hut Malaysia sehingga Disember 2017. Jadi untuk tempoh masa terhad, anda tidak harus melepaskan peluang untuk merasai dan menikmati keenakkan pizza kegemaran ramai ini. Ia dijual dengan harga RM35.50 bagi saiz biasa ala-carte manakala pilihan kombo boleh didapati dengan harga RM37.90 untuk hidangan dua orang dan RM69.90 bagi empat orang. Pilihan kombo untuk dua orang di datangkan bersama pizza Chicken Cheesy Bites bersaiz biasa, dua sup krim cendawan, satu pembuka selera dan dua minuman manakala kombo untuk empat orang menawarkan tambahan satu favourite pan/hand-stretched bersaiz biasa bersama empat sup krim cendawan, empat minuman, empat hidangan aiskrim dan dua hidangan pembuka selera. Pesana boleh dibuat melalui perkhidmatan makan di kedai, bawa pulang dan penghantaran ke rumah atau pejabat.
Selain itu, Pizza Hut Malaysia turut mengorak langkah dalam arena pendigitalan dengan melancarkan
kedai berkonsepkan digital pertama seumpamanya di Asia Pasifik yang menyediakan Kiosk Bawa Pulang Digital (Take-Away) serta aplikasi mudah alih yang lebih mesra pengguna untuk kemudahan pelanggan setia. Restoran konsep digital yang berada di cawangan Sunway Pyramid ini memberikan pelanggan pengalaman berbeza dari saat melangkah masuk ke ruang restoran sehingga lah kepada selesai menjamu selera di Pizza Hut.
|
PERTAMA DI MALAYSIA DAN ASIA PASIFIK |
|
ENCIK ERIC LEONG, HEAD OF PIZZA HUT MALAYSIA |
|
ENCIK FIRDHAUS MUNTAZAR, HEAD OF DIGITAL PIZZA HUT MALAYSIA |
|
SESI MAKE YOUR OWN CHEESY BITES PIZZA |
Bagi Kiosk Bawa Pulang, para pelanggan kini tidak perlu beratur panjang di kaunter kerana kiosk ini memudahkan anda membuat pesanan dan pembayaran. Hanya masukkan nama dan nombor telefon pada paparan, pilih menu pilihan untuk dibawa pulang, membuat bayaran menggunakan kad kredit/debit dan ambil resit sebagai bukti. Anda boleh menunggu pesanan anda siap! Mudah bukan? Jika anda ingin membuat pembayaran secara tunai, hanya pilih mode bayaran tunai dan ambil resit pesanan. Bayar ketika pesanan anda sudah siap dibuat.
Selain itu, terdapat dua robot penyambut tetamu yang bisa melayan sebarang pertanyaan anda! Transformasi digital ini juga melibatkan wajah baru laman sesawang Pizza Hut Malaysia yang lebih moden serta pelancaran aplikasi mudah alih Pizza Hut. Apa yang menarik dengan aplikasi ini, para pelanggan bukan sahaja mudah untuk membuat pesanan malah anda turut menerima ganjaran berupa point pizza yang boleh ditebus dengan hidangan sampingan, minuman atau pizza PERCUMA.
|
SAYA LUPA NAMA ROBOT INI. SANDY DAN SALLY TAK SILAP! |
Bagi menggalakkan penggunaan aplikasi mudah alih ini, pihak Pizza Hut Malaysia akan memberikan 35 ribu pizza percuma melalui promosi
YOU DOWNLOAD, WE BELANJA. Caranya cukup mudah! Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi ini dan membuat pesanan satu pizza biasa dan anda akan menerima satu lagi pizza saiz biasa PERCUMA. Muat turun sekarang! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web, laman Facebook atau Instagram rasmi Pizza Hut Malaysia.
LAMAN WEB RASMI PIZZA HUT MALAYSIA
LAMAN FACEBOOK RASMI PIZZA HUT MALAYSIA
LAMAN INSTAGRAM RASMI PIZZA HUT MALAYSIA
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PIZZAHUTMALAYSIA #MORECHEESEMOREFUN
0 Comments