Bercuti atau melancong adalah aktiviti yang digemari ramai termasuk diri saya sendiri. Apabila penat dan letih dengan kehidupan seharian pastinya kita memerlukan satu momen privasi untuk diri. Selain dapat melarikan diri seketika dari kesibukan kerja, aktivit bercuti dapat menyelusuri apa yang ada dalam diri anda. Dalam erti kata lain, anda ada masa untuk mengenali diri sendiri. Seperti saya, bercuti membolehkan saya lebih intim dengan diri sendiri. Sekurang-kurangnya saya dapat mengembalikan tenaga minda dan fizikal agar saya boleh meneruskan kehidupan mendatang. Chewah! Tapi seriously dengan bercuti atau melancong tidak kira di dalam atau luar negeri mampu memberi anda peluang untuk lebih mengenali diri sendiri.
Kali terakhir saya bercuti adalah pada bulan April yang lalu. Japan is awesome. Sudah 3 kali saya berkelana di bumi nippon ini namun masih tidak puas. Selepas itu saya terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk merehatkan diri. I really need a break! Jadi saya mengambil keputusan untuk cuba menjadi pelancong di bandar KL walaupun saya sendiri tinggal di kota metropolitan ini. Seperti biasa, penginapan hostel menjadi pilihan kerana lebih jimat dan saya dapat merasai sendiri pengalaman menjadi backpacker di tempat sendiri.
Saya memilih untuk menginap di THE BED KLCC, sebuah hostel baru di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Kenapa The Bed KLCC? Saya ingin mengetahui sendiri apa yang menarik menginap disini setelah melihat seorang rakan blogger saya melakukan review baru-baru ini. Kebetulan pula harga yang di tawarkan oleh TRAVELOKA cukup berbaloi, jadi saya mengambil keputusan untuk terus menempah katil untuk percutian hujung minggu saya. Cukup mudah dengan adanya aplikasi Traveloka. Semua urusan tempahan cepat dan pantas. Saya menempah dua hari sebelum hari daftar masuk dan harganya cukup mampu milik. Terima kasih kerana memudahkan urusan saya Traveloka!
Tidak susah untuk mencari lokasi hostel ini kerana ia betul-betul terletak di bangunan Vortex Jalan Sultan Ismail dan sebaris dengan bangunan Concorde Hotel dan Hard Rock Cafe. Malah hostel ini juga cukup dekat dengan stesen Monorel Bukit Nanas (jalan kaki dalam 5 minit sahaja). Malah jarak hostel ini dengan Bangunan Berkembar Petronas KLCC juga dekat. Hostel The Bed KLCC ini berkongsi bangunan dengan Vortex Suites Hotel & Services dan The Penthouse KLCC.
Lobi hostel ini kecil sahaja dan ia berkongsi lobi dengan The Penthouse KLCC. Selesai urusan daftar masuk, saya diminta membayar wang deposit sebagai cagaran dan diberikan tuala mandi, berus gigi dan kad akses. Hostel ini hanya mempunyai dua tingkat sahaja tapi disebabkan bangunan ini berbentuk silinder, jadi ia agak luas. Saya diberitahu yang The Bed KLCC adalah hotel kapsul. Saya kurang pasti pula apa yang dimaksudkan dengan kapsul namun menerusi pemerhatian saya, hostel ini berkonsepkan dorm. Antara beberapa jenis inapan yang anda boleh pilih seperti SINGLE POD SIDE ENTRY (MIX), SINGLE POD SIDE ENTRY(FEMALE), SINGLE POD FRONT ENTRY (MIXED), TWIN POD SIDE ENTRY, SINGLE POD SUITE, TWIN POD SIDE ENTRY, QUEEN POD SUITE, FAMILY POD SUITE. Saya menempah Single Pod Side Entry (Mix).
Melangkah masuk ke dalam dorm di sini saya cukup terkesima. Luas dan selesa. Ia bukan seperti hostel yang biasa saya inap semasa mengembara. Suasana kamar cukup berbeza. Ia seperti berada di sebuah hotel mempunyai bintang. Setiap katil bernombor disertakan bersama loker menyimpan barang dan juga ruang menyimpan kasut di luar. Setiap katil disediakan kemudahan lampu bacaan, meja kecil yang boleh dilipat, penyangkut baju, soket dan USB port. Tilam, bantal dan selimut cukup empuk. Satu perkara yang cukup menarik adalah setiap katil disediakan tirai jika anda inginkan privasi. Cukup menarik.
Tandas di The Bed KLCC ini juga cukup luas dan selesa. Malah ia menyediakan tandas berasingan bagi wanita dan lelaki. Jadi tiada isu malu untuk berkongsi tandas dengan berlainan jantina. Turut disediakan ruang lepak sambil menyering badan, pengering rambut, seterika. Saya rasa kemudahan disini setaraf dengan apa yang taraf hotel sediakan.
Satu lagi keterujaan menginap di sini adalah ruang makan dan lounge disini. Cukup stail dan luas. Dibuka dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam, anda boleh melepak sambil menonton filem bersama rakan kembara baru anda. Setiap Jumaat tidak silap saya diadakan tayangan filem di ruang ini. Jika anda ingin melakukan tugasan juga cukup selesa. Pihak The Bed KLCC menyediakan Wifi Berkelajuan Tinggi secara percuma. Satu tarikan di ruang lounge adalah unggun api digital.
Bagi ruang makan, anda juga boleh menikmati sarapan pagi yang disediakan secara percuma. Pilihan sarapan pagi juga agak mewah kerana ketika saya menginap disini, menu yang disediakana adalah Roti Canai, Roti dan Bubur Kacang Merah selain minuman kopi/teh. Juga terdapat ketuhar gelombang mikro, peti ais, mesin penapis air, mesin kopi dan juga vending machine jika anda ingin mengunyah snek. Jika anda masih lapar, terdapat 7 Eleven di sebelah pintu masuk The Bed KLCC dan juga beberapa deretan gerai makanan di belakang bangunan Vortex ini.
Adakah saya berpuas hati? Ya, ternyata penginapan hujung minggu saya berbaloi di The Bed KLCC. Saya tidak menjangka bahawa hostel ini mampu memberikan fasiliti setaraf hotel. Pada pendapat saya, pihak pengurusan The Bed KLCC tidak memandang isu harga sebagai halangan dalam memberikan keselesaan dan kemudahan terbaik kepada pengunjung. Sukar saya untuk mempercayai hostel sebegini wujud di tengah-tengah ibukota yang dikelilingi banyak hotel mewah. Misi percutian hujung minggu tercapai!
Jika anda mencari penginapan untuk percutian di Kuala Lumpur, The Bed KLCC adalah hostel yang anda harus beri perhatian.
Tandas di The Bed KLCC ini juga cukup luas dan selesa. Malah ia menyediakan tandas berasingan bagi wanita dan lelaki. Jadi tiada isu malu untuk berkongsi tandas dengan berlainan jantina. Turut disediakan ruang lepak sambil menyering badan, pengering rambut, seterika. Saya rasa kemudahan disini setaraf dengan apa yang taraf hotel sediakan.
Satu lagi keterujaan menginap di sini adalah ruang makan dan lounge disini. Cukup stail dan luas. Dibuka dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam, anda boleh melepak sambil menonton filem bersama rakan kembara baru anda. Setiap Jumaat tidak silap saya diadakan tayangan filem di ruang ini. Jika anda ingin melakukan tugasan juga cukup selesa. Pihak The Bed KLCC menyediakan Wifi Berkelajuan Tinggi secara percuma. Satu tarikan di ruang lounge adalah unggun api digital.
Jika anda mencari penginapan untuk percutian di Kuala Lumpur, The Bed KLCC adalah hostel yang anda harus beri perhatian.
LOKASI THE BED KLCC
VORTEX KLCC,
12, JALAN SULTAN ISMAIL,
50250 KUALA LUMPUR.
TELEFON
03-27152413
LAMAN WEB RASMI
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THEBEDKLCC #HOSTEL #CAPSULEHOTEL #TRAVEL
1 Comments
Thanks for a nice post. The hostel's look and feel looks lavish. Better than most of the hostels I stayed in Europe. Definitely will make a point to check out this place.
ReplyDelete