Jepun adalah antara negara yang menjadi kegemaran saya secara peribadi. Jika ditanya apakah negara yang ingin saya kunjungi pastinya negara matahari terbit ini. Walaupun sudah 3 kali berkelana di negara Jepun namun puas itu belum terpahat di diari hati. Setiap kali berada disana memberi satu pengalaman berbeza. Pastinya pengalaman menyusuri tanah Jepun adalah terindah dalam hidup saya. Ramai bertanya kenapa suka Jepun? Walaupun Jepun sebuah negara maju namun elemen tradisi tidak pernah terpinggir. Malah keindahan alamnya masih indah terpelihara. Masyarakat yang sentiasa berada dalam kesedaran sivik dan bertamadun memukau mata hati. Makanan jepun adalah antara makanan kegemaran saya jadi jika saya berkunjung ke negara Jepun sudah pasti sajian Jepun menjadi pilihan.
Berbicara tentang makanan Jepun, agak sukar juga untuk mendapatkan sajian masakan Jepun yang asli di Lembah Klang ini. Rindu sungguh dapat menikmati sushi dan teriyaki. Kebetulan pula saya menerima pelawaan rakan saya Racheal daripada
FOODILIFECIOUS baru-baru ini untuk mencuba makanan di
SANGO JAPANESE RESTAURANT yang terletak di aras 2 Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya. Saya tidak menolak kerana ia ibarat bulan jatuh ke riba. Adakah kerinduan bakal terubat? Teruskan membaca bingkisan ini.
Melangkah masuk ke dalam Sango Japanese Restaurant sudah memberi satu suasana yang saya cukup rindu. Jepun! Suasana dan dekorasi restoran ini yang menerima sentuhan klasik Jepun ternyata mengimbau memori saya. Saya diberitahu yang restoran ini telah menapak dalam industri lebih daripada 20 tahun dan masih bertahan hingga ke hari ini.
Namakan saja menu masakan Jepun yang anda mahukan semua tersedia dari sushi, soba, teppanyaki dan banyak lagi. Restoran ini bukan sahaja menyediakan hidangan makan malam, malah hidangan makanan tengahari juga bisa dinikmati. Anda boleh pilih samada mahu hidangan secara ala-carte mahupun set kaman tengahari. Anda boleh rujuk kepada foto untuk nama menu.
Secara peribadi, restoran ini harus diberi perhatian jika anda penggemar masakan Jepun. Ia menyediakan selera asli masakan negara matahari terbit. Saya tidak propa kerana saya pernah ke Jepun dan merasai makanan disana dan ternyata rasanya sama! Saya dimaklumkan bahawa tukang masak disini telah berkhidmat seusia dengan restoran ini dan berpengalaman dalam seni kulinari Jepun. Harga yang ditawarkan bagi set makan tengahari di sini juga mampu milik bermula RM15.90. Setiap set didatangkan bersama Free Soup dan Sango Homemade Ice Cream. Berbaloi-baloi. Restoran ini adalah mesra muslim. Jadi nikmati santapan selera Jepun di Sango tanpa was-was.
Kini jika saya rindu Jepun, Sango Japanese Restaurant adalah mengubatnya! Terima kasih kepada Encik Andrew dari Sango Japanese Restaurant di atas layanan mesra dan hospitaliti anda. Saya pasti kembali!
SANGO JAPANESE RESTAURANT
TINGKAT 2, CRYSTAL CROWN HOTEL,
12, LORONG UTARA A,
OFF JALAN UTARA,
PJS 52,
46200 PETALING JAYA,
SELANGOR.
WAKTU OPERASI
11 PAGI - 2.30 PETANG
5 PETANG - 10.30 MALAM
TELEFON
03-79585228
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SANGOJAPANESERESTAURANT #JAPANESEFOOD #FOODIE
0 Comments