Penjagaan wajah tidak hanya tertumpu kepada wanita sahaja. Sang jejaka juga perlu ambil tahu kerana di zaman serba moden, saya dapati sudah ramai lelaki diluar sana yang lebih berani dan yakin dalam bermain dengan stail. Jadi saya percaya kesedaran tentang penjagaan adalah sesuatu yang positif. Tambahan pula pada usia 35 tahun, saya perlu menjalani penjagaan wajah lebih rapi bagi memastikan saya tidak tua sebelum usia.
Saya berkesempatan berkunjung ke salah satu klinik estetik terkemuka, SKIN MASTER KL yang terletak di Q Sentral Kuala Lumpur bagi melakukan rutin penjagaan wajah saya. Terima kasih kepada Dr. Nasha dan Dr. Ravin serta staff Skin Master KL atas layanan mesra.
Kulit wajah saya seringkali tampak kusam dan tidak bermaya. Ditambah pula dengan masalah muka berminyak di zon T sehingga dahi saya kerap berkilat. Saya memerlukan rawatan yang boleh mengembalikan kelembapan dan sinar pada wajah. Selepas menerima nasihat daripada Dr. Nasha, saya memilih untuk melakukan rawatan OXYGEN INFUSION FACIAL.
KELUAR LIF DI ARAS 13 TERUS NAMPAK SKIN MASTER KL |
SELAMAT DATANG! |
RUANG MENUNGGU YANG SELESA |
ANTARA PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH SKIN MASTER KL |
SEBELUM RAWATAN KITA SELFIE DULU! |
RAWATAN PRP PUN ADA DISINI |
Proses rawatan ini tidak mengambil masa yang lama. Tidak sampai 1 jam pun. Malah anda boleh lakukan rawatan ini masa waktu lunch break. Proses dimulakan dengan langkah asas iaitu cuci, skrub dan stim bagi membuka liang roma.
Proses seterusnya adalah Microdermabrasion iaitu pengelupasan secara manual menggunakan kaedah vakum. Proses ini membantu dalam memperbaiki tekstur kulit seperti liang pori besar, kulit kasar, kulit gatal, pigmentasi pada wajah akibat sinaran matahari. Malah proses ini juga boleh menyedut sel kulit mati, whiteheads dan blackheads tanpa rasa sakit.
Proses seterusnya adalah proses utama pada rawatan ini iaitu Oxygen Infusion. Proses ini membantu mencerah, menyahtoksin, memberi nafas baru kepada kulit wajah kita. Oksigen akan ditembak kedalam liang pori kulit untuk memberi oksigen pada bahagian bawah kulit muka. Barulah wajah kita lebih segar! Juga sesuai untuk mencantikkan bibir serta mengurangkan lingkaran hitam pada mata.
Seterusnya adalah proses Peptide Serum dan Herbal Serum dimana seperti yang kita sedia maklum bahawa penggunaan serum membantu merawat serta memberi nutrisi kepada wajah kita. Proses seterusnya adalah dengan memakai topeng oksigen bagi merehatkan muka setelah menjalani langkah-langkah rawatan tadi.
LANGKAH MEREHATKAN WAJAH |
MESIN YANG DIGUNAKAN UNTUK RAWATAN OXYGEN INFUSION FACIAL |
Akhir sekali adalah penyapuan krim pelindung matahari. Ini adalah langkah penting yang harus dilakukan sebelum keluar dari rumah kerana krim ini akan melindungi wajah kita dari sinaran UV yang boleh merosakkan wajah dan menyebabkan pigmentasi pada kulit anda. Saya sendiri mengamalkan pemakaian krim pelindung matahari kerana pada usia 35 tahun, penjagaan rapi diperlukan kerana bimbang akan pigmentasi (jeragat). Ini kerana pada usia saya, penghasilan kolagen sudah mula menurun jadi kulit wajah akan sukar untuk dirawat jika tidak dilindungi.
(Maaf kerana tiada gambar langkah-langkah awal kerana saya sibuk membuat IG Story sampai lupa nak ambil gambar).
Hasil rawatan Oxygen Infusion Facial ini mengagumkan! Ternyata wajah saya tampak lebih segar dan lembap. Malah saya boleh nampak instant result pada wajah saya lebih glowing dan bertenaga. Kepada anda yang inginkan kulit wajah lebih segar dan lembap serta lebih sihat, rawatan Oxygen Infusion Facial adalah jawapannya. Bagi anda yang bakal menghadiri majlis atau acara, ini adalah rawatan yang ideal bagi menaikkan seri pada keseluruhan penampilan anda.
WAJAH SEBELUM RAWATAN |
WAJAH SELESAI RAWATAN |
WAJAH SELEPAS SEHARI MENJALANI RAWATAN |
Harga asal rawatan Oxygen Infusion Facial untuk sekali sesi adalah RM350 tapi saya ada berita gembira kepada anda. Anda boleh mendapatkan harga istimewa iaitu RM199 sahaja dengan hanya LIKE/ FOLLOW mereka di Facebook/Instagram. Kemudian terus terjah mereka dan tunjukkan bahawa anda sudah LIKE/FOLLOW Skin Master KL. Mudah bukan? Jadi apa yang anda tunggu lagi? Ayuh ke SKIN MASTER KL untuk mendapatkan kuilt wajah yang lebih jelita, menawan dan pastinya sihat! Skin Master KL juga ada menyediakan rawatan kulit punggung. Tak percaya? Telefon atau ikuti mereka di media sosial untuk mendapatkan kepastian.
LOKASI SKIN MASTER KL
13-03, LEVEL 13, Q SENTRAL,
JALAN STESEN 2,
50470 KUALA LUMPUR
(BERDEKATAN DENGAN BANGUNAN KL SENTRAL)
TELEFON
03-27201380
WAKTU OPERASI
10 PAGI - 5 PETANG
(SETIAP HARI)
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SKINMASTERKL #OXYGENINFUSIONFACIAL #KECANTIKAN
0 Comments