FERNLEAF BERKONGSI KISAH INDIVIDU HEBAT MENERUSI KEMPEN GOODNESS FEEDS GREATNESS



Sepanjang 30 tahun yang lalu, Fernleaf telah memberikan khasiat tenusu yang terbaik dari ladang New Zealand ke Malaysia, menyediakan susu yang berkhasiat bagi para keluarga agar mereka dapat mengekalkan diet yang sihat dan seimbang. Dengan pengalaman dalam industri ini selama lebih daripada seabad lamanya, Fernleaf percaya bahawa kualiti datangnya secara terus dari sumber. Hanya susu segar daripada lembu yang diberi makan rumput, digabungkan dengan sistem perladangan yang canggih dan ketelitian dalam setiap langkah produksi, dapat menjanjikan anda salah satu standard khasiat tertinggi dalam produk tenusu.

Kini Fernleaf ingin mengajak dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk berusaha untuk mengejar kehebatan dengan suara kebaikan, yang merupakan kata-kata dorongan dari keluarga, sahabat dan orang tersayang yang dapat memberikan motivasi dalam usaha mengejar impian. Seiring dengan ini, Fernleaf menggabungkan lima orang rakyat Malaysia yang berani dan tabah, bagi berkongsi kisah kejayaan masing-masing, yang ditampil dalam kempen “Goodness Feeds Greatness”. Kelima-lima individu berani dan tabah yang dipaparkan dalam kempen Fernleaf ini telah dipilih kerana mereka telah menempuhi kesukaran namun dapat mencapai kejayaan pada akhirnya, mengambil kekuatan daripada kebaikan dan ketulenan yang mereka percayai.

En. Jose Miguel Porraz-Lando, Pengarah Urusan bagi Fonterra Brands Malaysia dan Singapura berkata: “Apakah yang biasa terdapat pada Individu-individu luar biasa? Mereka mempunyai sistem sokongan yang padu daripada sahabat handai, keluarga, dan orang tersayang ataupun suara mereka sendiri – dan suara-suara kebaikan inilah yang menjadi dorongan bagi mereka untuk mengejar kegemilangan. Fernleaf adalah sebahagian daripada keluarga-keluarga Malaysia, untuk selama lebih daripada 30 tahun menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengejar impian, berusaha ke arah kehebatan, dan menggalakkan semua orang untuk menjadi suatu suara kebaikan kepada orang di sekeliling mereka”.

Jose Miguel menambah bahawa Fernleaf mempunyai 100% kebaikan susu daripada New Zealand, sentiasa menyokong keluarga-keluarga Malaysia setiap hari. Kami ingin mendengar kisah-kisah penuh inspirasi daripada kelima-lima individu ini untuk menambai motivasi kepada rakyat Malaysia agar dapat mengejar kehebatan, tidak kira kecil atau besar!

Mereka adalah: Siti Hanisah, wanita termuda Malaysia yang berjaya menakluki Gunung Everest pada 2013 ketika berusia 23 tahun; Mavin Khoo, penari Bharatanatyam (tarian klasik India) yang terkemuka di dunia; Hayati Ismail, bekas warga korporat yang cemerlang dan kemudiannya menjadi pejuang kebajikan dan kini menerajui Food Aid Foundation; Dr. S. Madhusudhan, pengasas Teddy Mobile Clinic, yang menyediakan rawatan perubatan percuma kepada warga miskin dan gelandangan di kota; dan Mohd Sirhajwan Idek, salah seorang pemenang global peraduan Teacher at My Heart 2016.





SITI HASINAH (KIRI) BERSAMA IBU BELIAU

Bagi Siti Hanisah, yang berasal dari Negeri Sembilan, tiada gunung yang terlalu tinggi untuk didakinya. “Suara daripada ibu bapa sayalah yang mendorong saya untuk mencapai puncak Gunung Everest. Saya hampir pitam pada bahagian terakhir pendakian tersebut, namun minda saya dipenuhi dengan kata-kata dorongan dari ibu bapa saya. Suara-suara kebaikan daripada mereka menggalakkan saya untuk meneruskan perjalanan sehingga saya ke puncak!” 


MAVIN KHOO


Minat Mavin Khoo merupakan Bharatanatyam, sejenis tarian klasik India. Perjalanannya tidak mudah pada awalnya, namun dia tabah menghadapinya dan kini merupakan salah seorang individu yang paling dihormati dalam industri ini. “Kita perlu melindungi suara kebaikan yang ada dalam diri kita, pastikan suara itu kekal kuat dan jelas. Saya bersyukur dengan suara kebaikan yang saya terima dari rumah, yang dapat menguatkan lagi suara kecil dalam diri saya yang mengatakan Saya Boleh!”.


HAYATI ISMAIL

Pengarah Operasi bagi Food Aid Foundation, Hayati Ismail, melepaskan kariernya dalam bidang korporat yang menguntungkan dan berkhidmat untuk orang kurang berada. “Saya memberitahu kawan-kawan saya bahawa kehidupan yang selesa adalah tidak cukup, anda juga mesti selesa dengan jiwa anda. Orang yang saya telah membantu juga memberi inspirasi kepada saya untuk bekerja lebih keras. Sumber galakan saya datang dari keluarga saya, terutamanya suami dan kakak saya.” katanya.




DR. S. MADHUSUDHAN

Mereka yang bercita-cita untuk mencapai kehebatan akan mendapat kata hikmah daripada nasihat Dr. S. Madhusudhan: “Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk membantu mereka yang memerlukan, jangan terlalu memikirkannya. Mulakan langkah pertama dan langkah-langkah seterusnya akan datang kepada anda.” Seperti nama panggilannya, 'Doktor Teddy Bear', dia bertekad untuk menyebarkan kebaikan melalui usahanya.

MOHD SIRHAJWAN IDEK

Pengajaran adalah profesion yang mulia, seperti yang dinyatakan oleh Mohd Sirhajwan Idek
yang bekerja dengan gigih untuk mempromosikan kepentingan Bahasa Inggeris di kalangan
pelajarnya. “Nasihat saya untuk mereka yang berminat dalam profesion pendidikan adalah: 'jangan sesekali memandang rendah terhadap kemampuan pelajar anda dan jangan sesekali meragui keupayaan anda untuk mencipta kehebatan dalam mereka," jelas beliau.

Selain daripada memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia, Fernleaf juga membawakan kebaikan tenusu kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sepanjang 15 Oktober hingga 15 November, jadilah pejuang kebaikan dan sokonglah Fernleaf dalam menyediakan kebaikan tenusu kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dari 10 buah rumah di serata Malaysia. Bagi setiap paket susu tepung Fernleaf yang dijual di Mydin sepanjang tempoh kempen, 50g kebaikan tenusu akan disumbangkan kepada kanak-kanak di rumah anak yatim dan rumah kebajikan.

“Fernleaf berusaha membawakan kebaikan semula jadi tenusu untuk menyokong keperluan kesihatan dan pemakanan rakyat Malaysia. Melalui penyediaan susu Fernleaf untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik, kami berharap mereka akan membesar dengan lebih kuat agar dapat mengejar cita-cita dan potensi diri mereka yang sepenuhnya,” kata En. Jose Miguel

Anda boleh memberikan sokongan kepada inisiatif Fernleaf dengan membeli mana-mana produk Fernleaf berikut dari Mydin di seluruh negara:


SUSU TEPUNG SEGERA PENUH KRIM FERNLEAF (FULL CREAM & INSTANT MILK POWDER)

Lazat, berkrim, dan berkhasiat, susu tepung ini diperbuat 100% daripada susu dari New Zealand. Tinggi dalam protein, kalsium, magnesium, vitamin A, B2 dan B12, anda dan orang tersayang dapat menikmati kebaikan susu Fernleaf yang dikenali dan digemari oleh ramai rakyat Malaysia dari tahun ke tahun.



SUSU TEPUNG KELUARGA FERNLEAF (FAMILY MILK POWDER)

Berikan nutrien penting kepada setiap ahli keluarga anda dengan susu tepung ini, yang mengandungi 5x lebih DHA*, serta kandungan tinggi protein, kalsium, zat besi dan vitamin A, C, D, B1, B2, B3 dan B12. Gabungan semua kebaikan dalam satu gelas, dengan rasa lazat yang sama dalam setiap susu Fernleaf. *Berbanding dengan rumusan sebelumnya.




Sertai gerakan ‘Goodness Feeds Greatness’ di laman Facebook rasmi Fernleaf www.facebook.com/fernleafmalaysia atau layari http://www.greatness.my. Maklumat tentang produk susu Fernleaf boleh didapati menerusi pautan http://www.greatness.my/en/products

Produk-produk Fernleaf juga boleh didapati di kesemua pasar raya, pasar hiper dan peruncit di seluruh negara.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #FERNLEAFMALAYSIA #GOFORGREATNESS #KEJARLAHKEHEBATAN

1 Comments

  1. Dari sekecil kecil perkara yang diamalkan dengan konsisten, boleh bantu anak anak kita berubah menjafi insan berjaya. Ibu sendiri cukup suka susu fernleaf coklat dalam kotak tu. Rasa coklatnya sangat terasa.

    Dan mengenyangkan jkka minum waktu pagi untuk sarapan. Anak anak sangat suka. 👍

    ReplyDelete