FASHION AND BEAUTY WORKSHOP WITH INFLUENCERS ANJURAN RESORTS WORLD GENTING

RESORTS WORLD GENTING

Fesyen dan kecantikan boleh diibaratkan irama dan lagu. Jika fesyen kecundang maka begitulah juga kecantikan. Pastinya setiap dari kita mendambakan rupa paras yang elok serta memiliki penampilan yang menarik agar tampak lebih yakin tatkala berhadapan dengan umum. Saya juga tidak terkecuali mempunyai keghairahan untuk sentiasa tampil segak bergaya. Memandangkan kerjaya saya mengkehendaki agar sentiasa tampil kemas dan meyakinkan, jadi saya perlu sentiasa peka tentang trend terkini dan memiliki fashion sense.

Justeru, undangan pihak Resorts World Genting untuk menyertai bengkel khas mengenai solekan wajah dan tatahias tidak harus saya lepaskan. Bengkel yang disertai oleh beberapa pengaruh besar dalam dunia blog dan media sosial tanahair ini memberi pendedahan kepada kaedah dan teknik yang betul dalam membentuk stail individu. Antara jenama besar yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini adalah SEPHORA, ESPRIT DAN THOMAS SABO.

Setibanya saya dan para peserta bengkel ini di Genting International Convention Centre untuk tujuan pendaftaran, kami langsung dibawa ke butik SEPHORA yang baru dibuka di Aras 2 gedung membeli belah SKYAVENUE. Jenama ini sememangnya tidak asing lagi bagi penggemar produk kosmetik. Diasaskan oleh Dominique Mandonnaud pada tahun 1970 di Perancis, Sephora adalah pusat sehenti terkemuka bagi anda yang obses kepada produk kecantikan. Dari produk penjagaan wajah, alat solek, haruman sehingga produk Sephora sendiri pasti memenuhi keperluan anda. Kunjungan kami ke sini adalah untuk mempelajari teknik asas solekan dengan menggunakan produk yang dijual di butik ini. Solekan bukan hanya tertumpu kepada golongan wanita sahaja. Kini, jejaka diluar sana juga boleh mengaplikasi teknik tatarias yang sesuai agar tampak lebih segak dan menyerlah pesona lelaki.





SEPHORA

SEPHORA











HASIL SELEPAS SOLEKAN

PRODUK YANG DIGUNAKAN KE ATAS WAJAH SAYA

SEPHORA
THANKS MUA ADA!

Selesai sesi tatarias bersama SEPHORA, kami teruskan sesi bengkel bersama pihak ESPRIT. Jenama fesyen tersohor ini telah lama bertapak di Malaysia. Jenama yang boleh saya katakan mewakili stail dan kualiti sejak tahun 1968. Bermula di San Francisco oleh Susie dan Doug Tompkins, Esprit menyediakan pelbagai seleksi stail terkini dari hujung rambut hingga kaki untuk semua peringkat umur. Kami berbesar hati dapat mempelajari teknik suai padan pakaian yang betul, mengetahui serba sedikit mengenai fabrik yang digunakan oleh Esprit. Saya diberitahu ada pakaian yang dibuat menggunakan fabrik yang dikitar semula. Kagum! Saya bersama tiga lagi peserta turut diberi peluang untuk berjalan di pentas bagi memperagakan pakaian dari jenama ini. Sudah lama saya tidak beraksi di pentas fesyen. Sedikit kekok namun menyeronokkan! Teringat zaman berjinak-jinak dalam dunia peragaan dahulu. Butik Esprit berada di Aras 3 SkyAvenue.

ESPRIT





ESPRIT







Usai bersama ESPRIT, kami teruskan agenda bengkel ini dengan penerangan tentang penggayaan aksesori fesyen oleh pihak THOMAS SABO. Jenama ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Thomas Sabo yang berasal dari Jerman ini telah menapak di arena fesyen dunia sejak tahun 1984 lagi. Pelbagai koleksi aksesori fesyen dihasilkan mengikut musim khas untuk menambah seri stail si pemakai. Menerusi bengkel ini, kami mengutip ilmu tentang penggunakan aksesori fesyen dalam menyerlahkan penampilan seseorang. Saya diberi penghormatan untuk mencuba sendiri beberapa produk Thomas Sabo untuk dipertontonkan kepada para peserta. Ternyata saya nampak perbezaan ketara dalam penampilan saya setelah mengenakan aksesori daripada Thomas Sabo. Lebih ranggi! Butik Thomas Sabo berada di Aras 3, SkyAvenue.

THOMAS SABO



THOMAS SABO















Tenyata penganjuran bengkel ini bersama pengaruh media sosial dan blog ini sesuatu yang menarik. Intipati program ini ternyata memberi saya dimensi baru dalam ilmu solekan dan stail masakini. Banyak ilmu yang saya kira agak baru dan segar bermanfaat kepada seluruh peserta untuk terus tampil bergaya. Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak Resorts World Genting atas pengajuran acara berilmu ini. Sekurang-kurangnya saya boleh mengaplikasi setiap yang dipelajari dalam bengkel ini agar sentiasa segak bergaya. Layari www.rwgenting.com bagi mendapatkan sebarang informasi mengenai promosi dan aktiviti terkini yang berlaku di Resorts World Genting.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SEPHORAMY #ESPRITMY #THOMASSABOMY #RWGINFLUENCER #RESORTSWORLDGENTING #COMEONUP

1 Comments

  1. kemainnn model thomas sabo tu HAHHAHA pastu berlari trun KL gi mandarin hotel ye alaaa ciannnnyaaaa ad aplak org lmbat saboooo je laa =P

    ReplyDelete