Imagin menikmati makan malam sambil menyaksikan seluruh panorama kota di waktu malam? Momen manis pastinya dapat menjamu selera bersama yang tersayang. Jika anda mencari lokasi terbaik untuk malam malam,
Bintang Revolving Restaurant adalah pilihannya. Terletak di aras 18 hotel
The Federal Kuala Lumpur, anda bukan sahaja dapat merasai keenakaan masakan dari chef terbaik, malah anda dapat menjamu mata dengan panorama Kuala Lumpur secara 360 darjah. Sebagai
informasi, The Federal Kuala Lumpur adalah hotel bertaraf antarabangsa yang pertama di Malaysia. Ia dibuka pada tahun 1957 iaitu 3 hari sebelum deklarasi kemerdekaan Tanah Melayu oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Bintang Revolving Restaurant pula wujud sejak tahun 1963 lagi. Ini pastinya sesuatu yang harus dibanggakan kerana masih mampu bertahan sebagai antara restoran terbaik di Kuala Lumpur. Kualiti rasa menu serta perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan menjadi antara teras kejayaan Bintang Revolving Restaurant terus bernafas dalam industri kulinari di Malaysia. Malah melangkah masuk ke restoran ini memberi saya satu feel klasik kerana ruang dalaman nya yang masih bercirikan nostalgia. I love the ambiance!
Bintang Revolving Restaurant dibuka setiap hari dari pukul 5 petang hingga 12 tengah malam. Ia mampu menampung sehingga 160 orang dalam satu masa. Nikmati seleksi menu terbaik sambil memukau mata dengan pemandangan kota metropolitan di Bintang Revolving Restaurant The Federal Kuala Lumpur. Telefon untuk tempahan meja di
03-21489166 atau layari
www.fhihotels.com sekarang!
LOKASI THE FEDERAL KUALA LUMPUR
35, JALAN BUKIT BINTANG,
55100 KUALA LUMPUR.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BINTANGREVOLVINGRESTAURANT #THEFEDERALKL
0 Comments