20 RIBU PESERTA MEMBANJIRI ACARA LARIAN THE MUSIC RUN™ BY AIA VITALITY EDISI 2017

the music run by aia vitality

Aktiviti sukan dan riadah menjadi sohor kini di kalangan warga Malaysia. Paling menjadi perhatian adalah acara larian yang jika diperhatikan semakin aktif dijalankan oleh pelbagai badan dan agensi. Ini satu petanda positif bahawa rakyat Malaysia sudah mulai sedar akan pentingnya bersukan. Antara acara larian yang menjadi tumpuan ramai adalah The Music Run™ by AIA Vitality 2017. Buktinya acara larian terbesar ini telah diadakan pada 4 November 2017 di KL Sports City Bukit Jalil telah berjaya menarik lebih 20 ribu penyertaan. Ia melibatkan kehadiran peserta larian yang setia menyokong acara ini serta berjaya membawa ramai muka baru dalam aktiviti sihat ini.

The Music Run™ pertama kali diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2014 setelah jenama ini mendapat sambutan hangat dari serata dunia. Antara kota yang menganjurkan acara larian ini adalah seperti Bangkok, Manila, Beijing, Shenzhen, Singapore dan Taipei.

Menurut Eric Chang selaku Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd, AIA Malaysia cukup teruja kerana dapat mennyertai acara The Music Run™ kerana misi syarikat adalah untuk membantu orang ramai mempunyai kehidupan yang lebih sihat dan bermakna. Acara ini adalah salah satu cara menunjukkan bahawa acara sukan sesuatu yang menyeronokkan.



the music run by aia vitality





Acara tahun ini juga cukup bermakna kerana buat julung kalinya ia melibatkan pilihan larian 10KM selain pilihan sedia ada iaitu 5KM. Istimewanya The Music Run™ ini ia bukan sekadar larian. Ia menggabungkan elemen muzik dan pesta serta melibatkan beberapa aktiviti santai yang pastinya menyeronokkan. Malah pihak penganjur juga telah menambah baik trek larian yang dipanggil SOUND TRACK dengan mewujudkan INSPO ZONE. Bayangkan setiap 50 meter trek dimeriahkan dengan alunan muzik yang dikuasakan oleh penstriman muzik digital JOOX.

Bagi Martin Capstick, Pengasas Bersama/ Ketua Pegawai Eksekutif Exceed Sports and Entertainment, sebagai penganjur acara ini berkata pengenalan kepada larian 10KM membuktikan bahawa rakyat Malaysia semakin serius untuk hidup sihat.



Selain acara larian, para peserta The Music Run™ juga menikmati keseronokan berganda menerusi pelbagai reruai (booth) daripada barisan penaja bersama seperti makanan, permainan interaktif, sukan ekstrem, kesihatan dan banyak lagi. Antaranya adalah reruai AirAsia yang menyediakan aktiviti rock climbing, Tiger Balm untuk stesen urutan, Yoga daripada LULULEMON, Carpool Karaoke oleh Petron, K-Pop dance Challenge oleh The Face Shop. Buat pertama kali juga Common Wellness Village diadakan pada acara The Music Run™ edisi 2017 dimana para peserta dapat menikmati makanan sihat daripada beberapa jenama seperti Kind Kones, Life Juice dan The Good Co.



the music run by aia vitality kyoto protocol

the music run by aia vitality








 









 



the music run by aia vitality




Pastinya pentas utama menjadi tumpuan kerana selain aktiviti riadah seperti zumba diadakan, festival muzik yang melibatkan penyertaan pemuzik tempatan seperti Kyoto Protocol dan DJ Sam Withers dari Australia. Selesai acara larian, para peserta dihiburkan dengan persembahan muzik sehingga acara tamat.


 






the music run by aia vitality



the music run by aia vitality

Keseronokan dan kepuasan ternyata terpancar pada wajah seluruh peserta acara The Music Run™ by AIA Vitality 2017 termasuk saya sendiri. Walaupun berjaya menamatkan larian 5KM dengan catatan masa lebih 1 jam tapi saya cukup teruja dan seronok dapat menyertai acara larian ini. Malah saya turut tidak melepaskan peluang berpesta di pentas utama menikmati muzik. Terima kasih kepada pihak penganjur serta barisan penaja kerana berjaya menjadikan acara larian ini bualan hangat diseluruh negara. Jumpa lagi di tahun 2018!




LAMAN SESAWANG RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #LIVETHEBEAT #TMRBYAIAVITALITY 

0 Comments