Sepanjang bulan Oktober ini, taman tema terulung di Malaysia ini membawakan kepada festival ketakutan yang diberi nama NIGHTS OF FRIGHT 5. Festival yang telah memasuki edisi ke-5 ini menghantui anda dengan 8 rumah berhantu, 5 zon ketakutan, 11 permainan yang menggerunkan serta 4 persembahan yang pastinya mengerikan. Jika anda mudah takut, untuk NIGHTS OF FRIGHT 5 ini anda disarankan berfikir dua kali sebelum melangkah masuk!
Mulakan ekspedisi seram anda dengan berkunjung ke THE ISLAND OF THE DOLLS iaitu sebuah replika sebuah lokasi seram yang cukup terkenal di Mexico kerana pernah berlaku beberapa kejadian yang cukup tragik. Teruskan langkah anda dengan memasuki ke rumah Mr. E.J Bond Esquire untuk merasai sendiri misteri loteng yang usang menerusi OUIJA.
Bersedia mendekati 'maut' di DAY OF THE DEAD IN 3D kerana anda akan didedahkan secara langsung tentang fenomena kehidupan orang mati. Jika anda lemah semangat, sentiasa waspada dengan roh orang mati yang berada disekeliling anda! Masih belum gerun? Terjah ke DYSTOPIA HOSPITAL HELL kerana hospital usang ini akan membawa anda pengalaman ngeri yang telah berlaku terhadap pesakit dan pekerja disini. Sila berpaut pada bahu orang di hadapan anda kerana jika anda terlepas, tiada jalan keluar!
Tahun ini agak istimewa kerana selain tarikan seram ini, pihak Sunway Lagoon juga telah menganjurkan larian yang diberi nama NIGHTS OF UNDEAD RUN. Lebih 1300 orang telah mengambil bahagian dalam melengkapkan larian ini yang penuh dengan rintangan.
Nights Of Fright 5 ini dibuka kepada umum pada hujung minggu (Jumaat hingga Ahad) setiap minggu sepanjang Oktober ini dari jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam. Tiket berharga RM64 sahaja! Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian 03-5639000 atau layari www.sunwaylagoon.com dan LAMAN FACEBOOK RASMI SUNWAY LAGOON MALAYSIA.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NOF5 #NIGHTSOFFRIGHT5 #SUNWAYLAGOON
1 Comments
Dulu zaman kecik suka la rumah hantu semua ini, skang dah dewasa rasa lemah semangat pula. huhu.
ReplyDelete