Tiga produk RTE yang diperkenalkan baru-baru ini adalah BRIYANI AYAM BUKHARA, NASI PILAF AYAM MENTEGA dan NASI KANDAR AYAM MASALA. Sesuai dengan slogan Mudah dan Lazat, rangkaian produk terbaru Ayamas Kitchen ini bukan sahaja menjanjikan hidangan enak dan asli malah penyediaan cukup mudah. Hanya perlu cucuk untuk membuat lubang-lubang kecil pada penutup plastik bungkusan dan panaskan ke dalam ketuhar selama 4 hingga 5 minit. Jika anda tidak mempunyai ketuhar di rumah usah khuatir! Gunakan teknik stim menggunakan periuk kukus pada sela masa yang sama.
Menurut Encik Rafiq Moosa selaku Ketua Pegawai Operasi KARA Holdings Sdn Bhd yang menyendalikan jenama Kedai Ayamas, pada era kini produk sedia-dimakan semakin mendapat tempat di hati pelanggan terutamanya generasi muda. Kekangan masa akibat sibuk bekerja kadangkala menjadikan aktiviti memasak di rumah sukar dilaksanakan. Jadi dengan adanya produk RTE dari Ayamas Kitchen ini, dapur anda bukan sahaja akan sentiasa berasap, malah anda masih mampu menikmati sajian berkualiti tinggi. Ini kerana produk Briyani Ayam Bukhara, Nasi Pilaf Ayam Mentega dan Nasi Kandar Ayam Masala menggunakan rempah ratus sebenar bagi menjaga keaslian rasa. Malah beras yang digunakan adalah dari jenis Basmathi.
ENCIK RAFIQ MOOSA, KETUA PEGAWAI OPERASI KARA HOLDINGS SDN BHD |
Saya sendiri telah mencuba ketiga-tiga produk terbaru dari Ayamas Kitchen ini dan saya cukup berpuas hati dengan kualiti rasanya. Produk ini cukup sesuai dijadikan sebagai stok di dapur jika anda malas untuk keluar makan dan cukup ideal bagi penggembara. Ada sesetengah negara cukup sukar untuk mendapatkan makanan berasaskan nasi dan makanan halal, jadi dengan adanya produk Ayamas Kitchen Ready-To-Eat pengembaraan anda menjadi lebih mudah!
BRIYANI BUKHARA AYAM
NASI PILAF AYAM MENTEGA
NASI KANDAR AYAM MASALA
Harga yang ditawarkan sangat mampu milik. Nasi Kandar Ayam Masala dijual pada harga RM7.90 sepaket manakala Briyani Ayam Bukhara dan Nasi Pilaf Ayam Mentega dijual pada harga RM8.50 sepaket. Dapatkan ketiga-tiga produk Ayamas Kitchen Ready-To-Eat ini diseluruh rangkaian Kedai Ayamas seluruh Malaysia. Layari www.kedaiayamas.com.my atau LAMAN FACEBOOK RASMI bagi mendapatkan informasi lanjut.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AYAMASKITCHEN #AYAMASREADYTOEAT #EASYANDDELICIOUS #MASAKAPAHARIINI
0 Comments