5 FAKTA MENARIK TENTANG PERKHIDMATAN PENGURUSAN ACARA THE VENUE SHAH ALAM


Bagi mengabadikan momen indah sesebuah perkahwinan, saya percaya setiap dari pasangan yang bakal bergelar raja sehari mendambakan sebuah majlis yang terbaik supaya ia menjadi memori yang indah untuk dikenang sehingga ke akhir hayat. Bagi memastikan agar majlis yang dilangsungkan menjadi seperti yang diharapkan, setiap bakal pengantin bertungkus lumus menguruskan segala urusan berkaitan. Penat memang penat. Bayangkan dari urusan dengan Jabatan Agama, tempahan khemah, katering, cendarahati, pelamin, sewaan pakaian, mak andam dan banyak lagi diuruskan bersama. Itu cerita penat sebelum majlis. Selepas majlis pula penat nak melangsaikan urusan lain seperti mengemas rumah selepas resepsi lagi, urusan majlis kenduri sebelah pihak pengantin pula. Akhirnya majlis yang sepatutnya meraikan hari bahagia menjadi hari letih! Keterujaan perkahwinan sudah menyimpang jauh. Bagi memudahkan urusan anda, upah sahaja perancang perkahwinan bagi mengemudi perjalanan majlis anda.

Tular kisah kurang enak berkenaan isu perancang perkahwinan menipu. Ini sedikit sebanyak memberi kerisauan terutamanya kepada pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan kerana dikhuatiri akan mengalami masalah yang sama. Jadi adalah penting untuk anda melakukan sedikit kajian tentang perancang perkahwinan anda agar majlis perkahwinan anda tidak menjadi mimpi ngeri. Kos mengadakan perkahwinan bukanlah murah pada zaman sekarang. Jadi saya percaya setiap dari kita berharap agar majlis ini berbaloi dengan apa yang terlah dibelanjakan bukan?

Saya dapati trend sekarang kebanyakannya sudah beralih kepada menjalankan kenduri di dewan besar terutamanya di bandar-bandar besar. Lebih mudah! Lagipun mengadakan majlis kenduri kahwin di rumah sudah tidak releven kini. Ia boleh mengundang kepada masalah parkir, mengganggu ketenteraman kejiranan, kes kecurian semasa majlis berlangsung di rumah dan lain-lain lagi.

Jika anda masih tercari-cari perancang perkahwinan atau dewan bagi meraikan hari bahagia anda terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan Lembah Klang, saya menyarankan anda melihat apa THE VENUE SHAH ALAM tawarkan. Terletak di kawasan perindustrian di Seksyen 15 Shah Alam, The Venue Shah Alam sememangnya lokasi terbaik bagi anda mengadakan majlis resepsi. Barangkali ramai yang beranggapan bahawa dewan majlis semuanya sama sahaja. Saya senaraikan 5 perkara yang menjadikan The Venue Shah Alam adalah lokasi ideal bagi bakal mempelai.









KONSEP DEWAN SEPERTI DI HOTEL 5 BINTANG
Melangkah masuk ke dalam dewan utama/dewan besar membuat saya terpana. Keluasan dan suasana dewan ini seperti di dewan hotel. Lampu chandelier bersaiz mega indah tergantung di siling dan kain berwarna putih digantung kemas menghiasi seluruh dewan berjaya mencetus mood mewah. Saya diberitahu dewan disini mampu menampung sehingga 800 orang dalam satu masa bergantung kepada susunan meja. Cukup luas. Malah pelamin yang disediakan oleh pihak The Venue Shah Alam bukan sahaja mengikut trend terkini, malah sentuhan magis pereka pelamin bertaraf perkahwinan golongan jutawan. Barulah wedding of the year bukan! Bangunan 3 tingkat ini juga bakal mempunyai sebuah dewan bersaiz lebih kecil dari yang sedia ada pada awal tahun hadapan. Ia bagi memenuhi kehendak pelanggan yang ingin mengadakan majlis dalam kapasiti yang kecil. Jangan risau, walaupun dewan acara itu di aras 2, kemudahan lif yang besar memudahkan anda turun naik.















EVENT HALL DI TINGKAT 2 YANG AKAN BEROPERASI APRIL 2018



ADA 4 PAKEJ YANG DITAWARKAN

Pakej Gold (Grand Ballroom)
Harga bermula dari RM 29,800 - RM 33,800 bergantung kepada bilangan orang.

Pakej Platinum (Grand Ballroom)
Harga bermula RM 39,800 - RM 42,800 bergantung kepada bilangan orang.

Pakej Orkid (Event Hall)
Harga bermula RM25,800 - RM 28,800 bergantung kepada bilangan orang.

Pakej Lily (Event Hall)
Harga bermula RM 20,800 - RM 23,800 bergantung kepada bilangan orang.

Kesemua pakej ini merangkumi kelengkapan dewan seperti pelamin, meja makan, meja bufet dan lain-lain lagi. Selain itu pakej-pakej di atas juga merangkumi menu santapan, Teh Tarik Corner (pencuci mulut dan teh tarik), Meja Beradap dan kemudahan dewan. Ingin tahu lebih lanjut tentang apa yang anda akan dapat dari setiap pakej diatas kenalah telefon atau Whatsapp pihak The Venue Shah Alam. Menariknya lagi, kesemua pakej ini akan mendapat satu bilik penginapan di Geno Hotel untuk satu malam bilik deluxe room dan kek butter cream 3 tingkat PERCUMA.








MENU MAJLIS BOLEH DI CUSTOMIZED
Pihak pengurusan sangat memahami kehendak dan keperluan para pelanggan. Tidak semua menu yang terdapat dalam pakej yang disediakan mampu memenuhi selera pelanggan. Jangan khuatir. Anda boleh memberi cadangan kepada pihak pengurusan menu bagaimana yang anda mahukan. Pihak pengurusan The Venue Shah Alam cukup prihatin kerana bagi mereka inikan majlis anda, jadi andalah raja dan permaisuri yang harus ditatang pada hari bersejarah ini bukan! Menu paling popular di The Venue Shah Alam adalah Daging Baghdad dan Ayam Masala. My favourite!












ONE STOP CENTRE
Bagi memudahkan urusan majlis hari bahagia anda, pihak pengurusan The Venue Shah Alam menyediakan perkhidmatan perancangan perkahwinan yang berada di aras 1. Jadi anda tidak perlu pening kepala untuk menempah baju, andaman/makeup kerana pihak The Venue Shah Alam pakar dalam mengendalikanya. Malah jika anda ada mempunyai baju kahwin impian, beritahu sahaja kepada pihak The Venue Shah Alam. Mereka akan uruskan. Persalinan dan tatarias disini sentiasa mengikut trend terkini.








FASILITI LENGKAP
The Venue Shah Alam faham akan keperluan dan kehendak pelanggan apabila mengadakan sesuatu majlis. Ruang parkir yang luas untuk tetamu dan parkir khas untuk VIP, tandas yang banyak dan bersih supaya tidak perlu beratur panjang ketika "kecemasan', kemudahan lif jika anda mengalami masalah lutut untuk ke tingkat 1 dan 2, penghawa dingin, sistem audio bunyi, lampu, visual, kerusi meja, pasukan RELA, juruacara/DJ, Kompang, Bilik VIP, Bunga Tangan (Fresh Flower/Artifical), ruang khemah di luar bagi mereka yang ingin merokok, ruang lobi dewan yang luas untuk meletak meja pendaftaran dan photobooth. Surau yang luas dan selesa juga disediakan berasingan untuk lelaki dan wanita termasuk bahagian wuduk di dalamnya.









Kepada bakal raja sehari, jangan pening-pening lagi. Serahkan sahaja semua urusan majlis anda kepada pihak The Venue Shah Alam. Mereka semestinya berpengalaman dalam bidang ini. Saya diberitahu yang tempahan dewan sangat menggalakkan sehingga tempahan untuk majlis pada bulan 12 tahun hadapan sudah diterima. Selamat Pengantin Baru dan jangan lupa jemput saya makan nasi minyak!

The Venue Shah Alam juga boleh ditempah untuk pelbagai acara selain majlis perkahwinan seperti majlis hari lahir, pertunangan, baby shower, seminar, talk show, fashion show, pelancaran produk, pameran dan lain-lain.



LOKASI THE VENUE SHAH ALAM
NO. 15, JALAN 15/22, 
TIONG NAM PARK, SEKSYEN 15, 
40200 SHAH ALAM, 
SELANGOR.

TELEFON/WA: 
019-8585825
019-8585375

LAMAN FACEBOOK RASMI:

LAMAN INSTAGRAM RASMI:



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THEVENUESHAHALAM

0 Comments