Istimewa kali ini, kembara ini akan dipentaskan secara seni akrobatik bergabung bersama kesan visual khas 3D. Ianya sesuatu yang menarik kerana ia bakal dipentaskan secara langsung dengan interpretasi yang cukup unik. Bakal di pentaskan kepada umum di Genting International Showroom bermula 11 November 2017 sehingga 1 Januari 2018, ini merupakan pementasan yang wajib ditonton sempena musim cuti sekolah. Pementasan ini akan berlangsung selama 65 minit dengan slot tayangan pukul 9 pagi setiap hari dan tayangan tambahan pukul 4 petang dan 5 petang pada tarikh terpilih. Pementasan ini bakal dipersembahkan dalam bahasa Mandarin namun jangan risau kerana terjemahan dalam bahasa Inggeris akan turut disertakan sepanjang persembahan.
Adaptasi daripada kisah The Monkey King ini bakal dijayakan oleh pemenang anugerah Nanjing Acrobatics Troupe yang didatangkan khas dari negara China. Untuk pengetahuan semua, pementasan ini telah dimainkan sejak tahun 2016 di seluruh China seperti Nanjing Cultural Arts Centre, Lian Yun Gang Cultural Artistic Centre, Nanjing Sun Palace dan Shanghai Poly Theatre. Ini adalah pertama kali ia dipentaskan di luar negara China. Terima kasih kepada Resorts World Genting kerana membawakan pementasan bertaraf antarabangsa ke Malaysia.
Pementasan ini mengisahkan cabaran yang dilalui oleh The Monkey King (Sun Wukong) setelah memiliki Golden Hooped Rod di Laut Timur China. Sun Wukong mendapati bahawa musuhnya Chi You telah dibebaskan dan berhasrat untuk memusnahkan rod tersebut. Bagi mengalahkan kuasa jahat Chi You ini, Sun Wukong harus berpadu tenaga dan menjalani Mana Practise, sebuah latihan untuk meningkatkan kuasanya.
Walaupun Monkey King berjaya meningkatkan kuasanya, Chi You telah mengetahui kelemahan rod tersebut dan berjaya mengurungnya semula di Pantai Timur China. Berlakulah pertarungan diantara Monkey King dan Chi You. Apakah kesudahan kepada pertembungan dua kuasa ini? Anda kena saksikan sendiri.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pementasan ADVENTURES OF THE MONKEY KING THE GOLDEN HOOPED ROD pada musim cuti sekolah nanti. Satu tarikan berbeza untuk hiburan seisi keluarga yang berkunjung ke Resorts World Genting.
Dapatkan tiket berharga RM 176 (VIP), RM136 (PS1) dan RM96 (PS2) sebelum kehabisan. Kepada pemegang ahli Genting Rewards Card (GRC), dapatkan 10% potongan harga bagi setiap pembelian tiket pementasan ini. Layari www.rwgenting.com atau telefon +603-27181118 untuk informasi lanjut.
*HARGA TIKET TIDAK TERMASUK RM 4 FI PEMPROSESAN
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RESORTSWORLDGENTING #THEMONKEYKING #EXCITINGTHINGSAREHAPPENING #NANJINGACROBATICSTROUPE #GENTINGHIGHLANDS
0 Comments