SUDAH CUBA PES SEGERA RENDANG, KURMA DAN MASAK MERAH AYAMAS KITCHEN?


Kedai Ayamas. Satu nama yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia apabila berbicara tentang produk berasakan ayam dan sejuk beku. Setahu saya Kedai Ayamas pertama dibuka pada tahun 1988. Diam tak diam sudah 39 tahun Kedai Ayamas menyediakan produk berasaskan ayam yang berkualiti tinggi dan yang paling penting HALAL kepada rakyat Malaysia. Saya sendiri merupakan pelanggan tetap Kedai Ayamas kerana ayam panggangnya. Pergh! Kesedapannya sukar digambarkan dengan kata-kata. Isi ayam yang segar serta dipanggang sempurna, menjadikan ia sukar ditandingi oleh mana-mana resepi.

Pengalaman dan kepakaran yang luas dalam industri berasaskan ayam, kini Kedai Ayamas mengorak langkah dengan menghasilkan aneka pes dan sos segera melalui jenama Ayamas Kitchen. Menjanjikan ‘Lebih Daripada Hanya Ayam’, pelanggan kini boleh mengubah hidangan ayam kepada citarasa masakan Melayu asli. Pilihan pes terdiri Rendang, Kurma dan Masak Merah memudahkan urusan memasak hidangan masakan yang sememannya memerlukan penyediaan ramuan yang banyak.

SEWAKTU DI MAJLIS KHAS MEMPERKENALKAN PES SEGERA AYAMAS KITCHEN

PRODUK TERBARU AYAMAS KITCHEN

DEMONTRASI MEMASAK AYAM MASAK MERAH MENGGUNAKAN PES MASAK MERAH

MASUKKAN AYAM YANG TELAH DIGORENG TERLEBIH DAHULU

SIAP DALAM MASA 5 MINIT

Istimewa pes segera keluaran Ayamas Kitchen ini adalah ia padat dengan campuran rempah ratus asli menjadikan rasa asli masakan tradisional anda terpelihara. Sesuai dengan slogannya “Cepat, Mudah dan Lazat”, ternyata masa memasak didapur menjadi singkat namun kualiti rasa tetap sama seperti memasak cara lama. Memandangkan kehidupan harian kini semakin padat, kadangkala masa untuk memasak menjadi terhad. Jadi dengan adanya seleksi pes segera daripada Ayamas Kitchen, anda masih mampu menikmati masakan dirumah bersama seisi keluarga.

Penyediaan memasak menggunakan pes segera ini pun cukup mudah. Tidak sampai 5 minit pun menu Ayam Masak Merah anda siap untuk dimakan (dengan syarat semua bahan tersedia di meja dapur). Mudah bukan? Pes segera ini merupakan rencah tumis yang boleh dicampurkan dengan air, stok atau santan, hirisan bawang, kentang atau tomato cincang untuk menghasilkan kuah yang lazat. Semua bergantung kepada citarasa dan kreativiti masing-masing. Jika anda ingin menaikkan kelazatan masakan anda, Ayamas Kitchen turut memperkenalkan Serbuk Stok Ayam!




RENDANG AYAM MENGGUNAKAN PES SEGERA RENDANG AYAMAS KITCHEN

AYAM MASAK MERAH MENGGUNAKAN PES SEGERA MASAK MERAH AYAMAS KITCHEN

KURMA AYAM MENGGUNAKAN PES SEGERA KURMA AYAMAS KITCHEN

Jadi tiada lagi alasan tidak mahu ke dapur! Semuanya menjadi mudah dengan adanya Pes Segera Rendang, Kurma dan Masak Merah daripada Ayamas Kitchen. Dijual dengan harga semurah RM 2.80 sepaket (100g), anda boleh dapatkan Pes Segera Ayamas Kitchen ini di semua rangkaian Kedai Ayamas seluruh negara. Bagi mendapatkan informasi terkini tentang produk daripada Kedai Ayamas, layari pautan di bawah. Selamat Memasak! 




LAMAN SESAWANG

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KEDAIAYAMAS #AYAMASKITCHEN




0 Comments