RESTORAN O THAI STEAMBOAT AMPANG WATERFRONT BUKAN SEKADAR STEAMBOAT!


Malaysia cukup terkenal dengan pelbagai pilihan citarasa makanan. Dari makanan tempatan yang pelbagai, anda boleh menikmati makanan dari serata dunia di sini. Dari makanan Arab, Vietnam, Korea, Jepun, Thailand dan banyak lagi boleh dan mudah didapati di sini. Selayaknya Malaysia digelar dengan jolokan food paradise. Bercakap tentang Thailand, tidak dinafikan makanan dari negara Siam ini cukup dekat dengan masyarakat kita. Tidak sah jika tomyam, som tum, pulut mangga dan banyak lagi menjadi juadah harian masyarakat kita. Namun, jarang sekali kita mendengar makanan steamboat ala Thai bukan? Jadi saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu restoran yang menyajikan menu steamboat citarasa Thailand.

Terletak di kawasan Ampang Waterfront, restoran ini tidak lah sesukar mana untuk mencarinya. Jika anda dari LRT Ampang, jaraknya tidak sampai 10 minit pun dengan menaiki kereta. Malah, anda tidak perlu khuatir akan masalah parkir disini kerana pihak restoran ini menyediakan kemudahan parkir yang agak luas (lebih dari 15 buah kereta boleh muat).




RUANG PARKIR LUAS

JALAN-JALAN CARI MAKAN PUN DAH SAMPAI SINI!

Apa yang membuat saya tertarik dengan Restoran O Thai Steamboat ini? Mereka menyediakan menu steamboat berkonsepkan Thai dan All You Can Eat! Yes, you heard me! Makan sebanyak mana yang anda suka dalam satu harga. Ini pastinya menjadi pilihan terutamanya food lover. Bukan itu sahaja, terdapat lebih 50 pilihan menu steamboat disini menjadikan kunjungan anda cukup berbaloi. Tidak cukup dengan itu, dengan harga semurah RM28 untuk dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak (6-12 tahun), anda juga boleh menikmati hidangan bufet, pilihan pencuci mulut seperti aiskrim dan buahan-buahan/rojak dan juga free flow drinks dalam pakej ini. Lupa nak habaq! Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun makan PERCUMA!

MACAM-MACAM ADA

MERIAH!

SEGAR DAN LAZAT

BERBALOI DENGAN PILIHAN YANG ADA

PILIHAN BUFET

BUAH-BUAHAN/ROJAK

Tidak cukup lagi? pilihan pakej Sizzling BBQ, Charcoal BBQ bersama Steamboat juga tersedia disini. Pasti meriah meja makan makan anda dengan macam-macam hidangan. Makanan laut disini memang segar-segar. Begitu juga dengan pilihan daging, sayuran. Segar Bugar. Jika anda ingin memesan makanan secara Ala-Carte pun ada disini. Dari Nasi Goreng, Mee Goreng sehingga lah ke lauk pauk. Semua ada disini di bawah satu bumbung.



 




PILIHAN SOS UNTUK STEAMBOAT/SIZZLING/CHARCOAL BBQ

AMARAN KERAS!

Selain itu, restoran ini boleh menampung pengunjung sehingga 300 orang. Premis 2 tingkat ini cukup selesa jika anda ingin mengadakan sebarang keraian seperti jamuan hari lahir, majlis perpisahan dan sebagainya. Kemudahan lain seperti surau lelaki dan perempuan dan WIFI juga disediakan.

Kepada anda yang mencari restoran steamboat yang berbeza dan berbaloi dari segi harga dan rasa, Restoran O Thai Steamboat Ampang Waterfront adalah pilihan terbaik. Makan sampai lebam tapi bayar satu harga sahaja. Menarik bukan!

Jika anda ingin mengadakan sebarang majlis disini, boleh berunding dengan pihak restoran bagi mendapatkan harga pakej istimewa!

FRIENDLY STAFF!

BEST MAKAN SINI!






RESTORAN O THAI STEAMBOAT AMPANG WATERFRONT
NO 1 & 2, JALAN AWF 3A, 
AMOANG WATERFRONT, 
6800 AMPANG, SELANGOR

TELEFON
03-42914579
017-2067097
012-3086467

WAKTU OPERASI
4 PETANG - 12 TENGAH MALAM
(TUTUP SETIAP ISNIN)

LAMAN FACEBOOK RASMI
www.facebook.com/othaiwaterfront








#REEFISM #REEFISMTERRITORY #OTHAISTEAMBOAT #FOOD #AMPANGWATERFRONT

0 Comments