Penganjuran acara sukan ini pada asalnya sekadar menyambut ulang tahun KL Tower yang ke-3 pada 3 Oktober 1999. Atas sambutan yang menggalakkan, tahun ini ia telah memasuki edisi ke-17 dimana dijangka akan melibatkan penyertaan 120 orang penerjun dari seluruh pelusuk dunia. Acara terjunan yang telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records sebagai acara terjunan BASE yang pertama di Malaysia ini bakal mempamerkan aksi menarik para penerjun untuk keseronokan pada pengunjung Menara Kuala Lumpur.
Menurut Encik Meor Shahril Anuar selaku Ketua Pegawai Eksekutif KL Tower, acara sukan ini diadakan bertujuan menawarkan platform kepada para penerjun BASE selain meletakkan Malaysia di peta dunia sebagai destinasi terbaik aktiviti sukan pelancongan. Ia selaras dengan dengan aspirasi KL Tower sendiri sebagai destinasi wajib dikunjungi untuk aktiviti kebudayaan, aktiviti lasak dan alam semulajadi.
EN. MEOR SHAHRIL ANUAR MENYAMPAIKAN UCAPAN ALUAN |
SESI PERASMIAN ACARA KLTIJM2017 |
Selain itu, acara terjunan kren juga bakal diadakan pada 30 September hingga 1 Oktober 2017. Acara terjunan yang paling digemari pengunjung ini akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 1 tengahari dan bersambung pada pukul 2 petang hingga 6 petang. Seperti biasa, para penerjun akan membuat terjunan dari TH07 (Kepala Menara 7) di ketinggian 312 meter dari paras bumi sambil mempamerkan aksi-aksi yang jarang dilihat di mana-mana acara terjunan. Pastinya ia akan memberi pengalaman berbeza kepada seluruh pengunjung Menara Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, anda boleh gandakan keseronokan dengan aktiviti sampingan seperti Bag Jump, Flying Fox, jualan food truck dan barangan KLTIJM2017 dan banyak lagi.
Bagi menambahkan kehangatan sambutan acara terjunan ini, KL Tower menawarkan pakej yang diberi nama SITTING ON THE LEDGE dimana anda boleh menyaksikan secara dekat aksi terjunan dari tebing Sky Deck. Anda akan terpukau dengan aksi penerjun membebaskan diri di awangan seperti yang biasa disaksikan di kaca TV. Setiap pengunjung yang membeli pakej ini akan diberi masa 40 minit untuk menyaksikan aksi terjunan ini secara langsung, tiket ke Pelantar Pemandangan dan Sky Box, cenderahati ekslusif KL Tower, cenderahati gambar 6R dan T-Shirt Base Jump edisi terhad. Harga tiket adalah RM 144 bagi pemegang MyKad dan RM177 tanpa MyKad. Sila layari www.menarakl.com.my untuk pembelian tiket secara dalam talian atau telefon 03-20205444 untuk sebarang pertanyaan.
SESI SOAL JAWAB BERSAMA MEDIA |
SAUDARA HAZIQ AZLAN, PENERJUN BASE TERKENAL |
Acara KL Tower International Jump Malaysia 2017 disokong oleh Movie Animation Park Studio (MAPS) selaku penaja utama, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Kuala Lumpur Tourism Bureau (KLTB), Tourism Malaysia, Matic, BOMBA, POLIS DIRAJA MALAYSIA, SYABAS, HONDA, MAXX, RANGER, 2CENTS, ATMOSPHERE 360, FAMA dan OISHI.
LAMAN FACEBOOK RASMI
KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA 2017
www.facebook.com/KTIJM
LAMAN INSTAGRAM RASMI
www.instagram.com/kltowerinternationaljump
LAMAN FACEBOOK RASMI KL TOWER
www.facebook.com/officialmenarakl
LAMAN INSTAGRAM RASMI
www.instagram.com/menarakl
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KLTOWERINTERNATIONALJUMPMALAYSIA #KLTOWER #SITTINGONTHELEDGE2017 #KTIJM2017
0 Comments