PERSEMBAHAN 1001 BEBOLA KINETIK DI SKYSYMPHONY MEMUKAU SKYAVENUE RESORTS WORLD GENTING


Selain pameran seni budaya pantai timur SeniKome Peng Heng, kereta kabel Awana Skyway, Genting Highlands Premium Outlets, kewujudan pusat membeli belah SkyAvenue berjaya mencuri tumpuan pengunjung. SkyAvenue yang berada pada 6000 kaki dari aras laut, menjadi tarikan terkini bagi anda yang ingin merasai pengalaman berbeza membeli belah atau menikmati makanan bersama keluarga dan teman. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati hiburan sambil berlibur di sini kerana pastinya Resorts World Genting adalah kota keriangan.

skysymphony skyavenue resorts world genting

Menambah senarai tarikan di SkyAvenue adalah persembahan hebat dari bebola kinetik di SkySymphony. SkySymphony berada di ruang atrium Aras 1 SkyAvenue yang menempatkan skrin LED besar. Jika anda pernah berkunjung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pastinya anda pernah melihat persembahan sebegini namun di SkySymphony ternyata memberi pengalaman yang jauh lebih hebat. Persembahan teater cahaya, bunyi dan visual digabungkan dalam satu persembahan yang mengagumkan. Anda akan terpukau dengan penceritaan bersama dengan transformasi dinamik 1001 bebola kinetik bercahaya pada ketinggian bangunan empat tingkat. Lebih mengujakan adalah setiap persembahan SkySymphony ini membawakan 3 cerita berbeza secara visual kinematik dan skor muzik orkestra yang digubah khas. Luar biasa!









Skymphony menyediakan 3 penceritaan berbeza setiap hari iaitu FOREST, URBAN SYMPHONY dan THE GODDESS. Malangnya ketika kunjungan saya ke sini hanya dapat melihat persembahan URBAN SYMPHONY dan THE GODDESS kerana kekangan masa. Barangkali kunjungan akan datang saya ingin melihat apa yang cuba disampaikan menerusi kisah FOREST nanti. Setiap persembahan ini memakan masa selama 3-5 minit.


Sebagai rekod, SkySymphony adalah pemasangan takal kekal yang terbesar dan merupakan persembahan takal dalam bentuk multimedia yang pertama di Asia. Malah, kelajuan takal yang telah diprogramkan adalah yang terpantas iaitu 17.5 meter dalam 6 saat. Hebat!


FOREST


Hutan adalah alam semesta biolumescent di mana spesies terancam yang unik untuk Asia Tenggara hidup. Lukisan gerak 3D yang berwarna-warni dan pendarfluor digunakan untuk memperlihatkan kewujudan eksotik yang pelbagai, termasuk harimau Sumatera, orang utan Borneo, gajah Asia, badak sumatera, dan tanduk.


URBAN SYMPHONY


Dari bangun untuk melakukan kerja harian, kami menyuntik dengan mengambil hati hidup di bandar besar. Animasi animasi dipasangkan dengan pemilihan muzik yang menggembirakan, menambah alur baru pada pengisar harian.


THE GODDESS


Diilhamkan oleh kerajaan ajaib di atas awan, Dewi adalah gambaran imajinatif tentang keindahan penciptaan. Pelakon sebenar memainkan peranan pencipta yang menyulitkan bentuk kehidupan menjadi wujud.

Jangan lupa untuk menyaksikan persembahan SkySymphony yang terletak di bahagian Atrium Aras 1, SkyAvenue Resorts World Genting kerana saya percaya anda akan terpukau dan kagum dengan kehebatannya. Ia dipersembahkan kepada umum secara percuma setiap hari. Tayangan adalah setiap 2 jam dari pukul 10 pagi hingga 6 petang dan tayangan setiap jam dari 6 petang hingga 12 tengah malam. Layari www.rwgenting.com atau telefon di talian 03-27181118 untuk informasi lanjut.


WAKTU PERSEMBAHAN 
BEBOLA KINETIK SKYSYMPHONY

10 PAGI - 6 PETANG (SETIAP 2 JAM) 
6 PETANG - 12 TENGAH MALAM (SETIAP JAM) 

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SKYSYMPHONY #SKYAVENUE #RESORTSWORLDGENTING #EXCITINGTHINGSAREHAPPENING






1 Comments