MY OUTFIT OF THE DAY AT YIRUMA LIVE IN KUALA LUMPUR 2017

yiruma live

Saya adalah seorang yang sangat meminati muzik dan persembahan secara langsung (live show). Tidak kira samada ia adalah persembahan berskala besar mahupun sekadar mini, saya akan cuba mencuri masa untuk menghadirinya. Teater juga menjadi kegemaran saya. Namun antara perkara yang sering menghantui saya bila tiba hari persembahan yang ingin ditonton adalah PAKAIAN APA YANG HARUS DIPAKAI! Gosh! Saya pasti bukan saya seorang saya yang mengalami isu ini.

Bukan apa, setiap persembahan langsung pasti ada tema tertentu. Sama ada ianya persembahan secara santai mahupun formal, pemilihan pakaian yang betul mencerminkan personaliti dan persona anda bukan? Saya bukannya seorang ilmuan fesyen namun sekurang-kurang saya ada sedikit sense of fashion dalam diri.

Saya perasan di Malaysia ini, ada segelintir penonton yang hadir ke sesebuah persembahan langsung seringkali acuh tak acuh untuk dress up. Senang kata, tangkap muat sahaja. Sebagai contoh, apabila kita pergi ke majlis kenduri pakaian apa yang sesuai untuk dipakai. Begitu juga jika menghadiri majlis anugerah. Jika datang menonton konsert juga begitu. Tetap ada dress code walaupun ia tidak meletakkan sebarang tema. Ini saya lihat ada yang pakai seluar pendek untuk menonton konsert di KL Convention Centre. Come on! Ini bukan show tepi jalan. Put some effort untuk menata rias diri. Kekadang bajet? Mix and match sahaja. Paling teruk pun pinjam busana teman anda. Senang bukan!

Sebab itu ada sebilangan dewan persembahan seperti Dewan Philhamonik Petronas KLCC menetapkan garis panduan bagi pakaian. Selain menjaga prestij dewan ini, ia secara tidak langsung membawa imej penonton dan dewan itu sendiri.

Eh! Melalut pula saya. Sebenarnya saya ingin berkongsi pengalaman saya menonton konsert istimewa oleh pemain piano terkemuka dunia, Yiruma pada 10 September 2017. Konsert yang diberi nama YIRUMA LIVE IN KUALA LUMPUR 2017 mengambil KLCC Plenary Hall sebagai lokasi. Terima kasih yang tak terhingga kepada Astro Circle kerana merealisasikan impian saya. Saya mendapat 2 tiket GOLD menerusi peraduan yang dianjurkan oleh pihak Astro Circle. Terima kasih sekali lagi.

TERIMA KASIH ASTRO CIRCLE!

Siapa Yiruma ini? Bagi sesiapa yang meminati muzik piano semestinya mengagumi bakat YIRUMA ini. Nama asalnya adalah Lee Ru-ma, dilahirkan di Korea Selatan pada 1978, beliau memulakan karier sebagai komposer dan pianist. Kini beliau telah menawan dunia dengan hanya bermain piano. Beliau pernah belajar muzik di London. Mula melancarkan album pertama pada 2001 yang berjudul Love Scene, kini beliau telah memiliki lebih daripada 10 buah album. Antara lagu hits beliau adalah Yellow Room, Reminiscent, River Flows in You, Kiss The Rain dan banyak lagi.






Back to the story about the concert. Saya tergamam bila melihat dewan penuh dengan penonton. Ternyata beliau cukup diminati oleh rakyat Malaysia. Memulakan persembahan tepat jam 7.15 malam, beliau menhayunkan tangan magisnya menghiburkan hadirin. Konsert ini terbahagi kepada dua bahagian kerana di pertengahan konsert berehat selama 20 minit. The show was amazing! Beliau turut menjemput pemain violin, Kim Sangeun berduet untuk beberapa lagu. Seorang peminat bertuah dipilih dikalangan penonton untuk bersama beliau bermain piano. Untung sungguh penonton itu. Konsert berakhir dalam pukul 9.30 malam.


Malangya sepanjang konsert berlangsung, kami tidak dibenarkan merakam sebarang sebarang foto dan video. Sedihkan? Namun persembahan penuh tenaga dan ekslusif ini berjaya mengubat hati peminat yang hadir. Jadi apa yang boleh saya kongsikan adalah pakaian yang saya pakai semasa konsert sahaja. Jadilah kan? Hihihi.  

Pastinya konsert ini saya boleh gambarkan dekat dihati dan cukup intimasi. Setiap lagu yang dibawakan Yiruma menceritakan kisah disebaliknya. Contohnya lagu Yellow Room dicipta kerana semasa beliau masih kecil, ibunya telah menghias biliknya dengan warna kuning. Walaupun pada awalnya beliau mengganggap ia adalah warna untuk gadis, namun setiap kali beliau bangun pagi, suasana bilik itu sunggun mendamaikan. Begitulah seorang pemuzik hebat. Kisah hidup bisa dipotretkan dalam muzik instrumental. Anda boleh layari media sosial Yiruma untuk berkenalan lebih rapat dengan beliau.

LAMAN WEB RASMI YIRUMA

FACEBOOK RASMI YIRUMA

INSTAGRAM RASMI YIRUMA






MY OOTD
yiruma live


Saya memakai blazer yang diberi di Zara. Saya beli ketika butik ini membuat jualan murah kerana ianya adalah helaian terakhir. Kebetulan kena dengan saiz saya, jadi saya beli sahaja. Harga selepas potongan hanya RM159. Seluar jeans saya adalah Stretch Slim Fit Tapered Jeans yang dibeli di Uniqlo Tokyo ketika kunjungan saya ke sana pada awal tahun 2017. Kenapa beli di sana? Sebab ianya cuma berharga tak sampai RM50. Kasut saya pula jenama Acuto yang dbeli di Zalora dengan harga RM100 sahaja. Leather shoes. Clutch saya adalah jenama Coach dan ianya di beli di Tokyo dengan harga RM160 sahaja. Serius tak tipu! Saya beli di kedai barangan terpakai sahaja. Ternyata kondisinya masih elok. Jadi jika anda ke Jepun, kena cari kedai-kedai barangan terpakai kerana kualiti sangat bagus dan murah!


#REEFISM #REEFISM #YIRUMA #YIRUMALIVEINKL2017 #CONCERT #PIANIST #MUSIC




2 Comments

  1. Menarik OOTD reef... Terbaiklah...

    ReplyDelete
  2. Baiknya hati selalu ceria
    Elok pekerti tiada gantinya
    Bersopan manis tampak bergaya
    Bergaya lagi jejaka dalamnya

    ReplyDelete