THEME PARK HOTEL ALAMI TRANSFORMASI, INSPIRASI ALICE IN THE WONDERLAND MENJADI REALITI DI RESORTS WORLD GENTING

HOTEL ON THE PARK, RESORTS WORLD GENTING, THEME PARK HOTEL, GENTING HIGHLANDS,

Resorts World Genting. Inilah pusat percutian di atas puncak yang terkemuka di Malaysia, malah boleh saya katakan di dunia. Ia menjadi tumpuan tatkala musim cuti sekolah sebagai pusat liburan untuk seisi keluarga. Malah, ia menjadi kegemaran khususnya warga Lembah Klang menikmati percutian hujung minggu dek kerana jaraknya cuma 1 jam dari Kuala Lumpur. Pelbagai daya tarikan yang boleh anda nikmati di sini sepanjang percutian anda di Resorts World Genting. Antaranya membeli belah di Genting Highlands Premium Outlet dan SkyAvenue, melihat panorama melalui kereta kabel SkyWay dan banyak lagi. Seperti anda sedia maklum, taman tema yang berada di sini sedang diberi nafas baru dan bakal menjadi Twentieth Century Fox World Theme Park, yang pertama di dunia.

Bagi menyambut "kelahiran" taman tema terulung ini, hotel yang dikenali sebagai Theme Park Hotel telah mengalami transformasi menyeluruh. Dibina pada tahun 1970-an dengan nama asalnya Highlands Hotel, hotel ini telah diubahsuai menjadi hipster dari segi konsep dan hiasan dalaman.

Bilangan bilik sebanyak 448 buah dan struktur bangunan yang masih dikekalkan, Theme Park Hotel merupakan hotel yang lebih mesra keluarga di sebabkan bilik-bilik yang disediakan mampu menampung kapasiti pengunjung yang besar. Malah, hotel ini juga mesra OKU dengan menyediakan 2 buah bilik yang lengkap dengan kemudahan bagi golongan istimewa ini.

NAK KE BILIK KENA TOUCH ACCESS CARD BARU BOLEH NAIK

KORIDOR BILIK

NO BILIK DI BAWAH PINTU YA!

Berada betul-betul dihadapan taman tema dan Arena Of Stars, lokasi hotel ini sememangnya cukup strategik bagi penginapan anda sekeluarga. Sebenarnya terdapat 4 jenis bilik di Theme Park Hotel iaitu Quads Room, Sixers Room, Honeymoon Suites dan bilik khas untuk OKU. Menarik bukan? Teruskan membaca bingkisan ini.






VIEW HOTEL

VIEW DARI KERETA KABEL

Melangkah masuk ke lobi hotel ini saya terus terpana. Masakan tidak! Saya seperti berada di alam fantasi. Kaunter pendaftaran yang unik, terdapat Cawan Gergasi sehingga mencecah siling lobi. Bukan itu sahaja, Bangku Gergasi turut kelihatan memberi sentuhan berbeza kepada hiasan dalaman lobi ini. Menambahkan elemen fantasi di alam realiti hotel ini adalah TRICK MIRROR inspirasi daripada kisah Alice tatkala beliau jatuh ke lubang arnab dalam ALICE IN THE WONDERLAND. Anda boleh bergambar sekreatif yang boleh pada cermin ini kerana hasilnya pasti mengagumkan!

STYLE KAN KAUNTER PENDAFTARAN HOTEL

GIANT CUP

HOTEL ON THE PARK, RESORTS WORLD GENTING, THEME PARK HOTEL, GENTING HIGHLANDS,
GIANT BENCH

HOTEL ON THE PARK, RESORTS WORLD GENTING, THEME PARK HOTEL, GENTING HIGHLANDS,
TRICK MIRROR

Pihak Resorts World Of Genting amat menitikberatkan tentang kemahuan pengunjung yang mahupun penginapan yang lengkap. Jadi setiap bilik disediakan antaranya TV, Mini Bar, Cerek, Pengering Rambut, Safe Box dan Toiletries. Berbicara tentang jenis bilik di Theme Park Hotel ini, terdapat 3 jenis bilik yang saya ingin kongsikan iaitu Quads Room, Sixers Room dan Bilik Khas untuk golongan OKU.

Bagi Quads Room, bilik ini mampu menempatkan 4 orang dengan disediakan 2 tilam bersaiz Queen. Bagi Sixers Rooms pula ia sesuai untuk 6 orang dengan disediakan 3 tilam Queen dengan salah satunya adalah tatil bertingkat atau bunk bed. Saiz Sixers Room sedikit besar berbanding Quads Room. Konsep yang diterapkan dalam bilik-bilik ini adalah Tatami, iaitu konsep bilik yang digunapakai di Jepun. Selain itu, setiap bilik disediakan ruang untuk menyimpan beg atau barang di bawah katil.


SIXERS ROOM

VIEW DARI BILIK SAYA

HOTEL ON THE PARK, RESORTS WORLD GENTING, THEME PARK HOTEL, GENTING HIGHLANDS,














SIAP ADA PLUG UNTUK USB SAHAJA

SAFE BOX

STORAGE COMPARTMENT









Bagi bilik khas untuk golongan OKU, ia mempunyai sebuah tilam bersaiz King dan sebuah tilam bersaiz Single yang boleh dilaraskan sesuai untuk kegunaan golongan ini. Malah bilik air di bilik ini dicipta mesra untuk kegunaan golongan istimewa ini.

BILIK KHAS UNTUK OKU

BOLEH LARAS

REMOTE UNTUK ADJUST KATIL

BILIK AIR KHAS UNTUK OKU

SELESA DAN LUAS

Kepada pengantin baru, penginapan di Honeymoon Suites mampu memberi kenangan terindah kerana ia dicipta sesuai dengan aura dan suasana bulan madu.

Terdapat juga sebuah kafe kecil di ruang lobi yang diberi nama Eatopia. Kafe ini menyediakan pelbagai seleksi makanan berkonsepkan Grab And Go. Bukan sahaja pastri dan sandwich, malah anda boleh menikmati Nasi Lemak dan Sushi di sini. Jadi tiada lagi alasan kelaparan!


Secara peribadi, Theme Park Hotel ini benar-benar menepati citarasa saya. Luas, selesa dan lengkap dengan segala kemudahan. Seni hiasan dalaman hotel ini cukup fun. Kena dengan selera anak-anak kecil yang sukakan dekorasi ala-ala kartun. Malah saya tidak perlu gusar sekiranya lupa membawa Hair Dryer ataupun tuala sebab semuanya tersedia. Jika saya malas untuk mencari makanan, terdapat vending machine disediakan di setiap lantai dengan kemudahan pembayaran secara tunai mahupun Touch N Go. Menarik bukan!









DARI BILIK SAYA BOLEH NAMPAK PANORAMA KL

Saya yakin percutian anda bersama teman-teman mahupun keluarga akan lebih happening dan menyeronokkan di Theme Park Hotel. Layari www.rwgenting.com untuk membuat tempahan sekarang atau telefon 03-61011118.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THEMEPARKHOTEL #TPH #EXCITINGTHINGSAREHAPPENING #RESORTSWORLDGENTING



0 Comments