AKU ALOPESIA – APA, KENAPA DAN BAGAIMANA? AMINHAYAT BERKONGSI PENGALAMAN


Alopesia. Nama saintifik bagi botak. Barangkali ia sesuatu yang normal bagi sesetengah orang namun bagi penghidap alopesia ini, ia umpama mimpi ngeri. Ia mampu memberi impak negatif kepada mental penghidap masalah botak. Ia sesuatu yang serius jika tidak dibendung dari awal kerana gangguan emosi sepeti sering diejek boleh menjadi episod parah kepada kehidupan penghidap masalah Alopesia.

Alopesia atau Botak adalah situasi di mana rambut anda gugur kerana badan anda beranggapan folikel rambut anda sendiri adalah musuh. Pada asasnya, ia berlaku apabila sistem imun dan badan mempunyai masalah komunikasi lalu menyerang folikel rambut, iaitu bahagian pertumbuhan rambut bermula. Terdapat beberapa jenis alopesia dikelaskan berdasarkan bagaimana rambut itu gugur. Antaranya adalah Alopesia Areata (keguguran rambut pada kepala yang berlaku dalam patch), Totalis (keguguran semua rambu pada kulit kepala) dan Universalis (keguguran rambut di seluruh badan). Namun jenis Alopesia yang ingin saya sentuh pada bingkisan istimewa ini adalah jenis Areata kerana baru-baru ini saya berkesempatan bertemu Aminhayat Rahim, penyampai berita TV9 berkongsi pengalaman beliau menghidap Alopesia Areata.


BEZA DULU DAN SEKARANG


DR. LIM TINGSONG MEMBERI PENERANGAN TENTANG ALOPESIA

SALAH SEORANG ALOPESIAN BERKONGSI KISAH

Alopesia terjadi atas beberapa faktor. Antaranya faktor keturunan, stress melampau, pengambilan supplement yang tidak sesuai dengan badan, insomnia,makan tidak tentu waktu dan gaya hidup tidak sihat. Simptom awal boleh dikesan apabila rambut mula mengalami keguguran kecil sebelum ia merebak menjadi lebih kritikal. Masalah Alopesia ini boleh menyerang manusia seawal umur 6 tahun dan ia bukanlah penyakit berjangkit.

Seperti kes yang berlaku kepada saudara AminHayat, Alopesia Areata ini terjadi sejak tahun 2014 namun ketika itu tidak terlalu serius. Namun keadaan menjadi semakin kritikal pada awal tahun 2016. Puncanya adalah akibat stress melampau dan pengambilan makanan tambahan dan steroid yang tidak sesuai terhadap badan beliau. Ini boleh menyebab sistem imun badan beliau terganggu dan menyerang di bahagian kulit kepalanya.

Sejak itu, pelbagai rawatan khas berkaitan isu Alopesia telah dilakukan. Kerjaya sebagai wartawan penyiaran TV yang pernah mengupas isu Alopesia sebelum ini menemukan beliau dengan Dr. Lim Tingsong dari Clique Clinic, PJ. Bermula dari situ, Dr. Lim banyak memberi khidmat nasihat dan rawatan yang sepatutnya. Rawatan Alopesia mungkin berbeza kaedah kerana perbezaan tubuh individu. Antara rawatan luaran yang pernah dilakukan oleh saudara AminHayat adalah:

1. iGrow Helmet

2. Steroid Injection

3. Platelet Rich Plasma (PRP) Injection

4. Platelet Rich Plasma (PRP) Laser

5. Excimer Laser Therapy





Manakala rawatan dalaman yang dilakukan bagi memulihkan emosi beliau secara spiritual adalah HYDROTHERAPY ICE dan doTERRA ESSENTIAL OIL. Ia bertujuan meningkatkan keyakinan dan motivasi diri. Menurut pakar,rawatan memakan masa bergantung kepada tubuh badan individu. Paling awal kesan positif dapat dilihat setelah rawatan adalah 6 bulan. Setiap rawatan ini memerlukan kepakaran dalam bidang dermatologi bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

RAWATAN iGROW HELMET










HELMET INI BOLEH DISAMBUNGKAN DENGAN ALAT MUZIK

Akhirnya setelah lebih satu tahun melakukan pelbagai rawatan tanpa jemu, masalah Alopesia Areata yang menghantui saudara AminHayat menemukan sinarnya. Hasilnya cukup memberangsangkan. Beliau turut disaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat, sentiasa positif, mampu menguruskan stress dengan baik dan yang paling penting sentiasa menjaga hubungan dengan Yang Esa kerana setiap musibah yang berlaku adalah ujian dari-NYA.

ANTARA PRODUK MERAWAT ALOPESIA

ANTARA TETAMU YANG HADIR SEMASA SESI PERKONGSIAN ISU ALOPESIA


Hasil positif daripada rawatan demi rawatan yang dilakukan menjadikan AminHayat optimis untuk membantu mereka diluar sana yang menghidap masalah botak ini menerusi Kempen Kesedaran Alopesia. Ia bertujuan untuk memberi inspirasi kepada golongan ini agar terus positif kerana tiada penyakit di dunia ini yang tidak bisa di rawat kecuali MATI. Selain itu, kempen khas ini diwujudkan untuk memberi pengetahuan tentang kaedah rawatan yang betul agar tidak tertipu dengan produk atau servis yang sekadar omong kosong. Semoga KEMPEN KESEDARAN ALOPESIA YANG PERTAMA DI MALAYSIA dapat memberi sinar baru kepada ALOPESIAN. Jangan risau kerana setiap masalah #adajalannya !

CLIQUE® CLINIC
Terletak di Seksyen 19, Petaling Jaya merupakan klinik estetik terkemuka yang menyediakan pelbagai rawatan perubatan estetik yang telah dibuktikan secara saintifik. Klinik ini menerapkan tiga komponen utama iaitu Aesthetics Medicine, Regenerative Treatment and Primary Health Care.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ALOPESIA #ADAJALANNYA #AKUALOPESIA #RAWATAN #KESIHATAN

4 Comments

  1. Kalau boleh saya tak mahu botak.. Susah nak fesyen akan rambut

    ReplyDelete
  2. Oh! Ada rawatan gitu untuk botak. Terima kasih berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  3. Bagus dah ada penyelesaian untuk masalah botak

    ReplyDelete