KAFE NEIGHBOURFOOD DI DATARAN PANDAN PRIMA MEMBERI DIMENSI BARU KEPADA FOOD LOVER

KAFE NEIGHBOURFOOD, PANDAN JAYA, TEMPAT MAKAN SEDAP, TEMPAT MAKAN SEDAP KL,

Saya percaya ada beberapa faktor yang menjadi panduan kepada anda apabila memilih tempat makan. Selain makanan sedap, lokasi, persekitaran dan harga adalah penyumbang kepada pemilihan ini. Namun, tidak semua restoran dan kafe menepati kriteria ini. Makanan sedap tapi ruang kedai tidak selesa pula. Ada juga makanan sedap tapi harga yang ditawarkan tidak mesra poket. Agak sukar juga untuk menjadi kafe atau restoran yang memilki kesemua ciri ini.

Namun, baru-baru ini saya telah ketemu sebuah kafe yang khusus dalam makanan barat yang saya kira memiliki kesemua faktor yang saya nyatakan diatas. Biasalah! Nama pun food lover, jadi carian kedai makan sudah menjadi darah daging saya. Hahaha! Kali ini saya beralih arah dengan mencari tempat makan menarik yang berada di luar kawasan saya. Asyik berlegar di kawasan bandaraya KL dan PJ sahaja, jadi bosan juga. Kali ini saya nak berkongsi dengan anda sebuah kafe yang terletak di Pandan Jaya.

KAFE NEIGHBOURFOOD adalah sebuah kafe yang boleh saya kategorikan sebagai kafe untuk semua. Ini kerana walaupun ia menyajikan masakan barat dan tempatan, namun harga yang ditawarkan cukup berpatutan. Malah anda boleh menikmati hidangan semurah RM9.90 tau. Terletak di hujung deretan kedai Jalan Pandan Prima 2, kafe ini tidak sukar untuk dicari. Berhampiran dengan Tesco Ampang sahaja. Saat saya tiba di kafe ini, saya terus jatuh cinta. Ini kerana dekorasi kedai ini sangat simple dan moden. Nak kata hipster tak juga tapi yang pastinya kafe ini memberi saya satu perasaan yang tenang tatkala melangkah masuk. Kafe ini memiliki 2 bahagian iaitu ruang makan luar dan dalam. Ditepi dinding luar kafe ini dihias cantik dengan seni mural yang pasti menjadi spot kepada anda untuk bergambar.

KAFE NEIGHBOURFOOD, PANDAN JAYA, TEMPAT MAKAN SEDAP, TEMPAT MAKAN SEDAP KL,










KAFE NEIGHBOURFOOD, PANDAN JAYA, TEMPAT MAKAN SEDAP, TEMPAT MAKAN SEDAP KL,

Satu perkara penting terutamanya bagi warga muslim apabila makan di sesebuah kafe atau restoran adalah status halal bukan? Jangan risau kerana kafe ini mendapat sijil halal yang sah dari JAKIM ya. Boleh makan tanpa was-was! Antara menu yang saya sempat cuba semasa kunjungan saya ke kafe NeighbourFood ini adalah:

WILD MUSHROOM SOUP
Mungkin anda akan kata penyataan saya cliche tapi personally mushroom soup disini agak berbeza berbanding dengan tempat lain. Barangkali ramuan yang digunakan menjadikan sup ini cukup rasa dan sempurna untuk memulakan santapan anda!

KAFE NEIGHBOURFOOD, PANDAN JAYA, TEMPAT MAKAN SEDAP, TEMPAT MAKAN SEDAP KL,







SPAGHETTI AGLIO OLIO
Apa yang membuatkan menu di kafe NeighbourFood ini harus dicuba? Kombinasi Turkey Slice, seasonal mushrooms, olive oil, garlic and chili flakes bukan sahaja menyelerakan malah spaghetti ini tidak muak dimakan sehingga licin.

KAFE NEIGHBOURFOOD, PANDAN JAYA, TEMPAT MAKAN SEDAP, TEMPAT MAKAN SEDAP KL,



FISH AND CHIPS
Biasa Fish and Chips yang saya makan selalu mentah dan berminyak. Di sini, menu ini cukup masak dan tidak berminyak langsung. Malah ikannya fresh!

KAFE NEIGHBOURFOOD, PANDAN JAYA, TEMPAT MAKAN SEDAP, TEMPAT MAKAN SEDAP KL,



CHICKEN WINGS
Ini juga adalah favourite saya kerana ia di perap menggunakan in house seasoning dan dimasak secara deep fried.

KAFE NEIGHBOURFOOD, PANDAN JAYA, TEMPAT MAKAN SEDAP, TEMPAT MAKAN SEDAP KL,


BOLOGNESE PIZZA
Sesuatu yang unik kerana ini pertama kali saya mencuba pizza yang diinspirasikan daripada spaghetti bolognese sebagai perasa inti. Doh pizza yang nipis juga compliment kepada keenakkan pizza ini.

KAFE NEIGHBOURFOOD, PANDAN JAYA, TEMPAT MAKAN SEDAP, TEMPAT MAKAN SEDAP KL,


KAFE NEIGHBOURFOOD, PANDAN JAYA, TEMPAT MAKAN SEDAP, TEMPAT MAKAN SEDAP KL,



CRUNCHY FRENZY
Shibuya toast disatukan bersama aiskrim vanilla, whipped cream, oreo, popcorn, wafer dan sos coklat menjadikan menu ini sesuatu yang baru pada saya. Ternyata ia memikat selera saya kerana gabungan ini cukup padu. Boleh dijadikan snek untuk minum petang.

KAFE NEIGHBOURFOOD, PANDAN JAYA, TEMPAT MAKAN SEDAP, TEMPAT MAKAN SEDAP KL,

KAFE NEIGHBOURFOOD, PANDAN JAYA, TEMPAT MAKAN SEDAP, TEMPAT MAKAN SEDAP KL,


PREMIUM CHOCOLATE BANANA PEANUT BUTTER MILKSHAKE
Kenapa ia digelar premium? Ianya kerana rasa nya sangat rich! Kombinasi banana dan peanut butter menjadi!

KAFE NEIGHBOURFOOD, PANDAN JAYA, TEMPAT MAKAN SEDAP, TEMPAT MAKAN SEDAP KL,



PREMIUM MINT CHOCOLATE MILKSHAKE
Ini adalah my favourite drink kerana saya seorang yang sukakan rasa minty dan fresh. Juga rich in taste!

KAFE NEIGHBOURFOOD, PANDAN JAYA, TEMPAT MAKAN SEDAP, TEMPAT MAKAN SEDAP KL,



BLUE LAGOON NOJITO
Nojito adalah minuman moktail yang bebas alkohol. Minuman ini adalah kombinasi soda bersama dengan daun pudina serta beberapa ramuan istimewa. Rasanya? Heaven!

KAFE NEIGHBOURFOOD, PANDAN JAYA, TEMPAT MAKAN SEDAP, TEMPAT MAKAN SEDAP KL,





KAFE NEIGHBOURFOOD, PANDAN JAYA, TEMPAT MAKAN SEDAP, TEMPAT MAKAN SEDAP KL,
INI SAYA LUPA NOJITO APA

Secara peribadi, saya suka kafe ini kerana ia berjaya memberi saya satu pengalaman menarik ketika menjamu selera. Saya sejujurnya lebih suka kepada kafe yang memiliki ruang dekorasi yang minimal namun mempunyai seleksi hidangan yang sedap dan lazat. Jadi kafe NeighbourFood menjadi kegemaran saya. My personal favourite? Crunchy Frenzy sebab menu ini sesuatu yang unik bagi saya. Anda kena cuba baru tahu!

KAFE NEIGHBOURFOOD, PANDAN JAYA, TEMPAT MAKAN SEDAP, TEMPAT MAKAN SEDAP KL,







LOKASI KAFE NEIGHBOURFOOD
G-61, JALAN PANDAN PRIMA 2, 
DATARAN PANDAN PRIMA, 
55100 KUALA LUMPUR.

WAKTU OPERASI 
ISNIN HINGGA SABTU (12PM- 11PM)

TEL: 03-92829998

FACEBOOK RASMI: 

INSTAGRAM RASMI: 
Neighbourfood Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NEIGHBOURFOOD #FOOD

0 Comments