Sawadeekap! Bila berbicara soal Thailand saya percaya negara di Utara Malaysia ini adalah antara Malaysian favourite sebagai destinasi pelancongan pilihan. Dari HatYai, Krabi, Chiang Mai, Bangkok dan banyak lagi destinasi di negara Thailand menjadi sasaran terutama apabila syarikat penerbangan membuat jualan potongan harga. Selain akses melalui udara, Thailand menjadi kegemaran rakyat Malaysia untuk dikunjungi melalui laluan darat seperti bas, keretapi dan juga kereta.
Antara faktor utama Thailand sinonim dengan pelancong Malaysia adalah makanannya. Tom yam, Som Tam, Teh Chai, Pulut Mangga adalah antara menu tarikan tatkala berkunjung ke negara Siam ini. Ini boleh dibuktikan dengan kebanjiran kedai makan berkonsepkan juadah Thailand di negara kita. Salah satu nya adalah restoran
BANGKOK HOUSE yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), KL.
Baru-baru ini saya sempat berkunjung ke restoran makanan Thai kerana dijemput oleh pihak
KIPLE, sebuah aplikasi berkonsepkan
mobile-wallet. Jemputan ini adalah melalui
Kiple Influencers Program. Cukup mudah sekarang untuk berbelanja kerana dengan Kiple, anda tidak perlu membawa wang tunai atau kad untuk menjamu selera. Malah aplikasi ini juga mampu memudahkan urusan pembayaran bil anda. Hanya dihujung jari semuanya bisa diatur. Menarik bukan!
Kembali ke Bangkok House TTDI. Restoran ini terletak bertentangan dengan Affin Bank. Pertama kali melangkah masuk ke ruang restoran ini, reaksi saya adalah WOW! Minimalis namun masih mampu memberi suasana mewah menerusi hiasan dalaman. Warna putih mendominasi setiap ruang dinding menjadikan restoran ini cukup ekslusif. Terasa seperti berada di restoran 5 bintang. Bukan itu sahaja, malah restoran ini juga mempunyai ruang makan di tingkat atas khusus untuk private event. Kemudahan lain yang disediakan adalah surau, lif dan wifi percuma. Jika anda malas untuk memandu, restoran ini juga berada berdekatan dengan stesen MRT TTDI.
|
HADAPAN RESTORAN |
|
RUANG PARKIR TURUT DISEDIAKAN |
|
HI KIPLE! EH, JALAN-JALAN CARI MAKAN PUN PERNAH DATANG SINI! |
|
IT'S HALAL! |
|
RUANG MAKAN BAWAH |
|
RUANG MAKAN SUASANA MEWAH NAMUN SANTAI |
|
HIASAN DINDING |
|
SURAU DISEDIAKAN |
|
RUANG MAKAN KHAS DI BAHAGIAN ATAS RESTORAN |
|
PAKEJ UNTUK ACARA TERTUTUP |
Apa yang menjadikan restoran ini berbeza dengan pesaingnya? Its the food authenticity and the high class hospitality. Setiap menu disini berjaya mengekalkan keaslian rasanya. Teringat kenangan ketika melancong ke bandaraya Bangkok. Diusahakan oleh pasangan suami isteri seawal tahun 2000, kini mereka memiliki 3 cawangan iaitu di PJ, Mont Kiara dan TTDI.
Bangkok House menyediakan pilihan menu ala-carte dan juga set nilai hebat untuk anda. Antara menu yang sempat saya cuba adalah Siakap Masak Stim, Stir Fried Asparagus, Chicken Cashew nut, Tom yam Seafood, Chicken Green Curry, Kailan Salted Fish, Sizzling Mix Vegetables With Seafood, Lemongrass Juice, Red Ruby dan Mango Sticky Rice.
Siakap Masak Stim di Bangkok House ternyata menjadi buruan utama saya. Sebagai penggemar ikan, kualiti dari segi kesegaran dan cara masakan menjadi keutamaan saya. Bangkok House berjaya menambat selera saya dengan menu Siakap Masak Stim ini kerana rasa masam, pedas, manis semuanya lengkap. Isi ikannya juga segar dan kenyal.
|
SIAKAP MASAK STIM |
Penutup makan malam saya adalah dua pilihan pencuci mulut iaitu Red Ruby dan Mango Sticky Rice. Apa yang boleh saya katakan kedua-dua menu ini cukup lemak santannya, manis dan buah mangga yang digunakan segar dan masam manis. Lemongrass juice dimasak menggunakan serai asli yang direbus. Jadi anda akan menikmati minuman yang asli dan menegarkan kedahagaan anda!
|
RED RUBY |
|
MANGO STICKY RICE |
|
LEMONGRASS JUICE |
Semua menu disini boleh dipesan secara ala-carte mahupun set nilai. Bagi set nilai, julat bilangan hidangan bermula untuk 2 sehingga 6 orang dewasa. Sebagai tambahan, setiap set nilai hebat ini didatang bersama nasi stim, minuman dan juga pencuci mulut.
|
SUPER VALUE SET MENU |
Secara peribadi, Bangkok House adalah restoran makanan Thai yang harus diberi perhatian kepada penggemar makanan di luar sana terutamanya bagi mereka yang menggilai masakan citarasa Thai. Setiap menu disini masih mengekalkan keaslian rasa Thai. My favourite? Siakap Masak Stim dan Mango Sticky Rice. Anda bagaimana pula? Jika anda berkunjung ke sini, sudilah berkongsi menu kegemaran anda bersama saya!
Pihak Bangkok House turut menyediakan perkhidmatan katering bagi anda yang ingin mengadakan jamuan istimewa.
Untuk memudahkan urusan pembayaran, anda boleh menggunakan aplikasi Kiple sebagai pengganti tunai dan kad kredit. Sambil menjamu selera, pulangan rebat tunai menanti anda. Saya sendiri adalah pengguna tegar kepada aplikasi Kiple ini kerana saya agak malas untuk membawa wang tunai yang banyak. Jadi Kiple sememangnya memudahkan urusan saya. Muat turun sekarang!
LOKASI BANGKOK HOUSE TTDI
6-3A-0, SINARAN TTDI,
JALAN MOHD FUAD 3,
TAMAN TUN DR ISMAIL,
60000 KUALA LUMPUR.
11 PAGI - 11.00 MALAM
(SETIAP HARI)
FACEBOOK: www.facebook.com/restoranbangkokhouse
INSTAGRAM: www.instagram.com/bangkokhousekl
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BANGKOKHOUSE #THAIFOOD #TTDI #KIPLE #KIPLEPAY #MOBILEWALLET
1 Comments
Mango sticky rice berapa RM sepiring?
ReplyDelete