Kunjungan ke SkyAvenue baru-baru ini membuka mata saya betapa pusat membeli belah terbesar ini menghidangkan pelbagai pilihan selera masakan kepada pengunjung. Kehadiran saya adalah bagi menyahut cabaran 36-HOURS FOOD TRAIL yang dianjurkan oleh pihak Resorts World Genting. Tiga puluh enam jam makan? Pasti anda tidak percaya bukan? Hakikatnya saya berjaya menghabiskan cabaran makan di 18 buah restoran dalam masa 2 hari. Malah saya berjaya menyelesaikan cabaran ini lebih awal dari waktu yang ditetapkan. Nama pun food lover kan? Hihihi. Bagaimana saya mengharungi cabaran ini? Teruskan membaca bingkisan istimewa ini.
Secara asasnya, cabaran Food Trail ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta tentang restoran dan kafe yang terdapat di SkyAvenue. Secara tidak langsung kami dapat menikmati pilihan menu terbaik dari setiap premis yang dikunjungi untuk dikongsikan kepada umum.
Kafe pertama yang saya kunjungi adalah Starbucks Coffee Reserve yang terletak di Aras 3. Kami telah dipertontonkan dengan demontrasi 4 kaedah/teknik coffee brewing. Malah kami turut diperkenalkan dengan citarasa kopi terbaru yang diberi nama NICARAGUA LA ROCA. Kopi berkualiti tinggi yang berasal dari negara Nicaragua ini adalah antara kopi premium di sini dan hanya dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad. Bukan itu sahaja, kami turut diajar cara sebenar menikmati kopi.
Seterusnya kami terus terjah ke kafe Dal.Komm Café. Sebuah kafe yang bukan sahaja menyediakan pilihan kopi terbaik, malah mempunyai seleksi pencuci mulut dan pastri yang harus dicuba! Salted Egg Lava Cruffin dan Honey Grape fruit Juice adalah kesukaan saya.
Tian Ma Bird Nest merupakan kafe yang menghidangkan produk sarang burung. Diakui secara saintifik sarang burung mempunyai khasiat untuk kesihatan tubuh badan manusia.
DC Comics Super Heroes Café adalah antara kafe kegemaran saya. Kafe yang mengetengahkan karakter adiwira terkenal cukup mengujakan saya. Ini kerana kafe ini bukan sahaja menyediakan pilihan makanan barat yang enak, malah presentasi makanan cukup unik. Saya suka akan hiasan dalaman pada kafe ini. Saya sangkakan adiwira hanya hebat menjaga keamanan dunia, tetapi hebat juga di dapur. Hihi.
Siapa yang tidak mengenali akan Dome Cafe. Sudah lama bertapak dan dikenali di Malaysia, Dome Cafe menyediakan pelbagai seleksi menu dari pembuka selera sehinggalah minuman. Antara menu yang harus diberi perhatian adalah Salt Pepper Squid, Wild Mushroom dan Spicy Olio Pasta.
Inside Scoop adalah antara kafe menjual aiskrim yang harus diterjah oleh food lovers. Produk anak tempatan ini cukup berbeza berbanding aiskrim di luar sana kerana ia menyediakan pilihan aiskrim diinspirasikan dengan selera tempatan. Aiskrim perasa Teh Tarik, Onde-onde dan Pandan ternyata memberi dimensi baru kepada penggemar aiskrim. Lokasi di Aras 1 SkyAvenue.
Just Heavenly adalah sebuah kafe kecil yang menyediakan pilihan kek/pencuci mulut. Banyak pilihan kek yang anda boleh dapatkan disini. Setiap jenis kek disini mempunyai karakter rasa tersendiri. Cuba Carrot Walnut, Spiced Marble, Sticky Dates dan banyak lagi. Pasti Heaven! Lokasi di ARAS 1 SkyAvenue.
Madame Waffle satunya kafe yang memfokuskan kepada waffle di SkyAvenue. Pelbagai pilihan waffle dari Original, Matcha, Nutella, Cinnamon dan banyak lagi yang pastinya menjadi kegemaran pencinta dessert. Siap ada waffle dengan durian Musang King lagi!
Jika anda sangat concern akan pemakanan sihat, BMS Organics adalah pilihan terbaik. Berkonsepkan Eat Clean, Live Green, restoran yang terletak di Aras 2 SkyAvenue ini menyediakan juadah hasil produk organik. Siapa kata makanan organik tidak sedap? Hasilnya menu Kari Laksa disini sememangnya kegemaran saya kerana kualiti rasa asli kari laksa masih dipelihara. BMS Organics menitikberatkan 5 NO dalam penyediaan makanannya iaitu NO MSG, NO GMO, NO ARTIFICAL COLOURING, NO CHEMICAL PRESERVATIVE DAN NO MICROWAVE COOKING. My personal favourite? The Organic Harvest Signature Salad.
San Francisco Coffee cukup dekat di hati rakyat Malaysia. Kafe yang mempunyai banyak cawangan di Malaysia ini adalah antara kafe yang menjual pilihan beverages dan pastri terbaik.
Tampopo DELICIEUX adalah sebuah family dining restaurant yang menyediakan makanan Jepun kontemporari. Tampopo yang bermaksud Dandelion dalam bahasa Jepun. Restoran ini menggunakan ramuan berkualiti tinggi dalam setiap hidangan. Hasilnya restoran ini dipilih antara best ramen pada 2016 di Singapura. Jika anda suka makan Ramen dan Tempura, this is the best place for you. My fav? Cream Puff! Arigato!
Siapa yang tidak mengenali akan restoran Paparich. Restoran tempatan ini menyajikan pilihan juadah yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia. Terletak di Aras 4 berdekatan dengan stesen Awana SkyWay merupakan antara restoran tempatan yang berjaya membuka cawangan di luar negara. My personal favourite dish adalah Koay Teow Goreng bersama dengan 3 Layer Tea. Jika anda menggemari sajian Malaysia, Paparich pilihan terbaik anda!
Koong Woh Tong adalah sesuatu yang baru bagi saya tetapi bagi penggemar minuman herba, jenama ini adalah antara siulan ramai. Setelah mencuba jeli herba disini, saya terus jatuh cinta. Ternyata gosip mengatakan herba adalah pahit adalah mitos semata-mata. Saya boleh habiskan 2 mangkuk jeli herba lagi. Ternyata diakui makanan herba bagus untuk menyegarkan tubuh badan disamping mampu membantu pelawasan dan detox badan.
I Love Yoo! sememang menjadikan saya jatuh cinta dengan sajian disini. Walaupun menunya ringkas namun masih mampu memberi impak rasa memukau. Menu seperti Taufu Fa, Cakoi, Bubur Nasi dan Cakoi Kacang Merah adalah A MUST TRY jika anda ke kedai ini. Lokasi di Aras 4 SkyAvenue.
Richdad Gourmet Foods sememangnya 'rich' dengan pelbagai sajian enak. Dari makanan lokal sehingga ke makanan barat boleh anda dapati disini. Apa istimewanya restoran ini adalah setiap menu disini kena dengan selera citarasa Malaysia. Bayangkan Grilled Chicken dengan Masak Merah menjadi satu sajian? Kena cuba ya!
Babajia adalah antara restoran yang menyediakan juadah kotemporari Baba dan Nyonya yang harus diberi perhatian. Antara juadah kegemaran saya adalah Char Koay Teow dan Bubur Cha Cha. Jika dulu saya terpaksa ke Melaka untuk makan sajian Baba dan Nyonya tapi kini, Babajia adalah pilihan terbaik saya!
Tokyo Secret merupakan jenama yang sangat dikenali among Malaysian. Ia menyediakan pilihan Japanese Chees Tart, cheese cakes serta minuman citarasa Jepun. Kegemaran saya adalah minuman Cheese Crema series. Sesuatu yang cukup berbeza namun tetap enak. Bagaimana rasanya keju dan teh bergabung menjadi minuman? Kena cuba sendiri.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Resorts World Genting terutama Irene, Jay dan Robyn kerana menjaga kebajikan saya dan peserta lain sepanjang cabaran 36-HOURS FOOD TRAIL ini. Sememangnya SkyAvenue menjanjikan pelbagai pilihan makanan kepada pengunjung. Malah sebenarnya ada banyak lagi restoran dan kafe yang terdapat di sini selain 18 buah yang saya sempat kunjungi. Tiada istilah lapar jika anda ke Resorts World Genting kerana SkyAvenue adalah syurga makanan! Anda boleh melayari www.rwgenting.com untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan promosi dan aktiviti yang dijalankan.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SKYAVENUE #36HOURSFOODTRAIL #RESORTSWORLDGENTING
0 Comments