Memandangkan hari lahir saya jatuh pada bulan Ramadhan, jadi saya mencadangkan agar kita meraikan secara sederhana. Cukup dengan hanya majlis berbuka puasa. Jadi saya pun cuba mencari senarai hotel di ibu kota yang belum pernah diteroka. Sedang duduk mencari info, saya terbaca akan satu artikel berkaitan aplikasi khas untuk mendapatkan diskaun pada restoran dan hotel. Eatigo namanya.
Pada mulanya saya agak ragu-ragu akan aplikasi ini. Lalu saya terus bertanya secara langsung dengan teman blogger saya, cik Iena yang menulis tentang aplikasi Eatigo ini. Bila Iena mengesahkan akan kesahihannya, saya terus membelek satu persatu tawaran diskaun pada senarai hotel dan restoran yang terdapat pada aplikasi ini.
Tiba-tiba saya ternampak akan Hotel Element by Westin Kl ini menawarkan potongan harga sehingga 50% menerusi restorannya Trace Restaurant & Bar. Bayangkan harga asal bagi seorang untuk bufet Ramadhan di Trace Restaurant & Bar adalah RM159 nett dan saya boleh mendapat semurah RM79.50 nett. Berbaloi! Saya terus melakukan tempahan terus menerusi aplikasi Eatigo ini. Bukan satu tapi saya tempah untuk 5 orang sekali. Meriah lah sikit buka puasa a.k.a birthday celebration saya.
Bagi anda yang tidak tahu, aplikasi Eatigo ini sangat reliable. Anda hanya perlu tentukan hari, bilangan orang dan waktu anda ingin tiba ke restoran tersebut. Setiap waktu mewakili diskaun yang berbeza. Contohnya saya menempah pada pukul 7malam dan ia tertulis waktu itu 50% diskaun, maka saya akan mendapat 50% untuk total bill. Jika anda menempah untuk pukul 2 petang dan diskaun waktu itu adalah 15% potongan harga. Sebelum anda membuat tempahan, sila semak terma & syarat bagi kelayakan potongan ya. Mungkin diskaun itu hanya untuk ala-carte menu atau mungkin untuk bufet sahaja atau kedua-duanya. Selesai membuat tempahan, anda akan diberikan satu KOD TEMPAHAN menerusi SMS, Email dan juga akaun Eatigo anda. Simpan kod tempahan ini untuk tujuan pengesahan semasa anda tiba di restoran tersebut. Itu sahaja. Mudah bukan? Jadi anda tidak perlu membuat tempahan secara terus dengan pihak restoran kerana tempahan anda menerusi Eatigo telah disambungkan terus ke restoran itu.
Cukup tentang Eatigo. Sekarang berbalik kepada berbuka puasa di Trace Restaurant & Bar, Element by Westin KL. Hotel ini terletak di Menara Ilham, Jalan Binjai, Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Jalan Ampang. Sebelah dengan PNB Perdana Hotel & Suites Kuala Lumpur. Senang sahaja menjadi lokasi hotel ini. Malah jarak LRT Ampang Park dengan hotel ini hanyalah 2-5 minit berjalan kaki sahaja. Bertinggian 275 meter dengan 58 tingkat, ia adalah hotel eco-friendly tertinggi di Malaysia. Setahu saya mereka mempunyai 252 buah bilik dan the best part is swimming pool mereka berada di aras 39 dengan pemandangan KLCC. Menarik! Saya suka dan teruja dengan rekabentuk bangunan ini kerana ia bercirikan moden futuristik cetusan idea daripada syarikat Foster & Partners, an award-winning British architects. Anda boleh baca info di sini: http://www.fosterandpartners.com/projects/ilham-tower/.
Trace Restaurant & Bar terletak di aras 40. Sama tingkat dengan lobi hotel Element by Westin KL ini. Sepanjang Ramadhan lalu, pihak restoran telah menyediakan juadah berbuka puasa yang bertemakan WARISAN REMPAH RATUS. Kami telah disajikan dengan macam-macam juadah enak hasil air tangan Chef Hashrul bersama anak didiknya. Antaranya seperti Gulai Daging Salai Utara Masak Nangka Muda, Peha Kambing Bumbu Jawa Barongan, Ikan Panggang Daun Kunyit, Sup Rempah Utara, Nasi Ambeng Ayam Rempah Nusantara dan banyak lagi. Malah pilihan kuih muih tradisi, Kek Coklat Lava, Puding Kurma, Pengat Pisang, Martabak San Francisco dan banyak lagi. Pendek kata, ada macam-macam juadah yang disajikan sepanjang Ramadhan lalu. Malah para tetamu yang hadir turut menerima buah tangan berupa botol rempah khas hasil resepi Chef Hashrul sendiri seperti rempah Gulai Daging Salai. Menarik bukan!
Secara peribadi, saya cukup berpuas hati dengan bufet Ramadhan di Trace ini. Bukan sahaja makanan yang sedap malah saya dapat menikmati panorama Kuala Lumpur waktu malam. Momen terindah dapat menyambut hari lahir disini. Kami lepak sampai tutup kedai. Hahaha. Kami turut melawat bahagian kolam renang hotel Element yang terletak di aras 39. Cantik dan mempesona. Saya diberitahu kolam renang disini tidak menggunakan klorin. Mereka menggantikan dengan Saline yang lebih mesra alam sekitar. Bertepatan dengan konsep hotel ini yang eco-friendly.
InshaAllah, jika diberi kesempatan, saya ingin menikmati percutian hujung minggu di hotel ini. Pasti best! Terima Kasih hotel Element Kuala Lumpur dan Trace Restaurant & Bar atas layanan mesra sepanjang sambutan hari lahir saya di sini.
Jika anda semua berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang hotel ini, boleh klik di pautan di bawah ini ya!
Jika anda semua berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang hotel ini, boleh klik di pautan di bawah ini ya!
HOTEL ELEMENT KUALA LUMPUR
ILHAM TOWER, NO.8, JALAN BINJAI, 50450 KUALA LUMPUR
TEL:
03-27713388
LAMAN WEB:
FACEBOOK RASMI ELEMENT KUALA LUMPUR
INSTAGRAM RASMI ELEMENT KUALA LUMPUR
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ELEMENTKUALALUMPUR #TRACERESTAURANTANDBAR
4 Comments
Swimming pool tuh menarik! hehe
ReplyDeletesangat menarik! Rasa macam nak check ini situ masa tu!
Deletenanti sambut birthday saya kat sini awak :p
ReplyDeletebaik!
Delete