Sedar tak sedar kita telah melalui fasa zaman kemodenan yang semakin pesat. Tanpa kita sedari dunia kini telah mengalami perubahan ketara dari segi teknologi, gaya hidup dan budaya. Namun kita jangan lupa akan warisan tradisi nenek moyang kita kerana dari situlah generasi kita dibentuk. Kesedaran perlu ada dalam diri betapa pentingnya setiap dari kita untuk memelihara dan memulihara khazanah warisan sebagai harta berharga bagi generasi akan datang. Saya secara peribadi cukup teruja dapat mempelajari dan mengetahui tentang sejarah warisan dahulu kala. Saya dapat mengetahui asal usul dan bagaimana sesuatu warisan itu dicipta. Bak kata pepatah, tiada dahulu tiadalah sekarang!
Muzium ataupun pusat pelancongan adalah antara lokasi terkenal bagi anda yang yang ingin mendapatkan informasi akan khazanah warisan lama. Namun saya cukup terkejut dan teruja apabila mengetahui bahawa Resorts World Genting juga turut mengadakan pameran khazanah warisan budaya. Pameran yang diberi nama
SENIKOME PENGHENG ini menghidangkan kepada pengunjung kepada variasi
khazanah seni budaya dan warisan masyarakat Pantai Timur.
Sedikit penerangan tentang SENIKOME PENG HENG. SeniKome datangnya dari perkataan ‘Seni Kami’ dimana ‘Kome’ adalah dialek yang sering digunakan oleh penduduk tempatan Pahang. Peng
Heng pula merujuk kepada kawasan Pantai Timur di Semenanjung Malaysia dimana nama ini tercatat dalam dokumen semasa zaman Dinasti Ming sekitar tahun 1520-an. Jadi pameran ini sememangnya mengkhususkan kepada seni dan budaya masyarakat di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Di sini anda dapat melihat pelbagai bentuk seni dan budaya yang pastinya melambangkan identiti masyarakat Pantai Timur itu sendiri. Antara yang menarik minat saya adalah tarian Joget Gamelan, sebuah seni tarian klasik yang cukup popular terutamanya di negeri Pahang dan Terengganu. Saya dimaklumkan tarian ini berasal dari Riau dan Lingga sekitar abad ke-17. Malah kini, terdapat 33 jenis tarian Gamelan yang masih dipraktikkan termasuk Timan Burung, Ayak-ayak dan Togok Rompin.
|
NEGARAKU |
|
ALKISAH PANTAI TIMUR |
|
KOLEKSI KERIS LAMA |
|
WAJAH ASLI |
|
PERALATAN SUMPIT ORANG ASLI |
|
SENI KAMI |
|
REPLIKA SILAT YANG DIPERBUAT DARIPADA BESI |
Bukan itu sahaja, saya dapat mempelajari tentang asal usul masyarakat orang Asli Pantai Timur, instrumen muzik Gamelan Melayu, permainan rakyat seperti Teng Teng, Congkak, Wau dan banyak lagi. Malah Saya dapat melihat lebih dekat peralatan menenun songket, mencanting batik, dan wayang kulit.
|
PERMAINAN TENG TENG |
|
MY FAVOURITE GAME SINCE CHILDHOOD |
|
KREATIF ORANG DULU-DULU MENCIPTA ALAT TENUNAN |
|
PEMAIN GAMELAN TERSOHOR AREA GOMBAK! HIHI! |
Pengunjung juga berpeluang menyaksikan
demonstrasi mencanting Batik pada 29 dan 30 Julai. Disini nanti anda akan mengetahui teknik sebenar pembuatan batik. Setiap minggu akan diadakan pelbagai bentuk persembahan seni budaya antaranya
WATERCOLOUR PAINTING DEMO pada 31 Ogos dan 1 September, dan juga Joget Gamelan pada 2-3 September 2017. Juga dipamerkan adalah koleksi lukisan hasi seni pelukis terbaik bermotifikan Pantai Timur.
|
KOLEKSI SARANG BURUNG |
|
SARANG BURUNG PUN CANTIK! |
|
PERALATAN MEMBUAT BATIK |
|
GAMELAN MELAYU |
|
WAYANG KULIT |
|
DISEBALIK TABIR WAYANG KULIT |
|
ALAT MEMBUAT KUIH BAKAR DULU-DULU |
|
ANTARA KOLEKSI LUKISAN |
|
KAGUM DENGAN HASIL LUKISAN INI |
|
SCARY KAN! |
Pameran SeniKome Pengheng juga turut mengetengahkan makanan tradisi masyarakat Pantai Timur menerusi kedai cenderamatanya. Anda boleh rasai sendiri keenakkan Nasi Kerabu dan Keropok Lekor yang cukup sinonim dengan wilayah ini. Malah anda boleh mendapatkan pelbagai hasil kraftangan untuk dibawa balik sebagai buah tangan.
Jadi ini adalah antara lokasi terbaik bagi anda yang ingin mempelajari sejarah sosio budaya masyarakat Pantai Timur. Pameran ini terletak di Aras 3, First World Hotel, Resorts World Genting. Harga tiket bagi dewasa adalah RM 7 (ahli RWG), RM8 (MyKad) dan RM10 (Pelancong Luar). Manakla harga tiket bagi kanak-kanak adalah RM5 (ahli RWG), RM6(MyKad) dan RM8 (Pelancong Luar). Pakej istimewa bagi keluarga 2 dewasa 2 kanak-kanak berharga RM25 (MyKad) dan RM32 (Pelancong Luar).
Informasi lanjut sila layari
www.rwgenting.com atau hubungi +603-27181118 .
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SENIKOMEPENGHENG #RESORTSWORLDGENTING
1 Comments
great effort utk bg tau tentang warisan kita kat mata dunia
ReplyDelete