IBUKOTA KINI BERGEGAR DENGAN KEMUNCULAN DINOSAURS ALIVE IN KUALA LUMPUR


Siapa suka menonton filem Jurassic Park atau Jurassic World? Anda pasti teruja dengan kesan efek Computer-Generated Imagery (CGI) yang dipaparkan dalam filem-filem ini. Nampak real bukan? Dinosaur adalah kumpulan reptilia Dinosauria yang hidup semasa zaman Triassic. Pada tahun 1980, seorang saintis bernama Luis Avarez telah menghasilkan teori ‘Alvarez Asteroid Impact Theory’ di mana dia berpendapat bahawa hentaman asteroid dengan diameter sehingga 10km adalah salah satu faktor besar dalam menyumbang ke arah kepupusan dinosaur. Sehingga kini, banyak bukti telah menunjukkan bahawa hentaman meteorit yang besar (asteroid) selain daripada letusan gunung berapi dan perubahan iklim yang sangat drastik.

Itu adalah sedikit informasi tentang hidupan dinosaur ini. Jika anda meminati makhluk-makhluk gigantic ini, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman interaktif berada di zaman Jurassic di pameran terbesar anjuran Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), DINOSAURS ALIVE IN KUALA LUMPUR. Sudah memulakan operasi bermula 14 Julai 2017 yang lalu, saya berpeluang untuk berkunjung ke pameran yang julung-julung diadakan di sini baru-baru ini.






Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, saya berpeluang mendekati dan mempelajari lebih mendalam tentang sejarah dinosaur. Ada lebih 40 jenis makhluk Jurassic ‘hidup’ dalam bentuk pertunjukan ilmiah dan berkonsep hiburan keluarga yang boleh didapati di pameran ini. Pengunjung dapat belajar cara mereka bergerak, menyalak malah anda dapat mendekati lebih dekat hidupan dinosaur seperti Tyrannosaurs Rex dalam bentuk pengembaraan di dalam taman tema.














Selain itu, kanak-kanak dapat mencuba menjadi ahli paleontologis (salah satu cabang ahli geologi) dengan memakai pakaian khas, melakukan aktiviti seperti mengorek fossil dan telur dinosaur. Menarik bukan!







Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama keluarga di sini adalah melakukan seni kraf pasir, menyusun tulang dinosaur dan beberapa aktiviti permainan yang cukup menarik. Turut disediakan adalah zon Makanan & Minuman untuk anda menjamu selera. Jangan lupa membeli buah tangan khas sebagai kenang-kenangan di bahagian cenderamata.
















Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana pameran DINOSAURS ALIVE IN KUALA LUMPUR akan berada di Lanai, Pusat Pelancangan Malaysia (Matic) untuk masa terhad sahaja. Bagi pemegang MyKad, tiket berharga RM50 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak berumur 3-12 tahun (bawah 3 tahun masuk adalah PERCUMA). Tawaran potongan harga untuk pembelian secara berkumpulan dan rombongan sekolah. Maklumat lanjut boleh layari www.dinosaursalive.asia atau telefon 03-21706333 (Isnin-Jumaat dari pukul 10 pagi-6 petang).

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DINOSAURSALIVEINKUALALUMPUR #MATIC #EXHIBITION 




2 Comments