REVIEW RAWATAN PLATELET RICH PLASMA (PRP) DI PREMIER CLINIC TTDI – DISEBALIK JARUM DAN KECANTIKAN


Cantik. Perkataan yang cukup sinonim dengan obsesi manusia. Siapa yang tidak mahu cantik bukan? Tipu lah kalau ada yang tidak mahu menjadi cantik. Sebenarnya kecantikan bukan hanya dinilai dari luaran semata, rohani yang cantik dan bersih juga penting dalam diri. Namun bila kita merujuk kepada kecantikan luaran, bagi sesetengah pihak ia amat penting untuk meningkatkan keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai. Ini saya setuju. Benar tidak semua dilahirkan secantik Cinderella, tidak semua dilahirkan setampan Fattah Amin (sebelum jadi artis, FA tiada siapa nak pandang kan). Jadi apa yang penting adalah bagaimana kita menjaga kulit wajah kita agar sentiasa sihat dan bersih. Bagi yang menganjak ke usia 30-an, pastinya ia menjadi petanda kepada mimpi ngeri sekiranya penjagaan wajah tidak diambil serius. Pada usia ini lah kolagen pada wajah mulai kurang produksi dan mulai timbul garisan halus dan kedutan pada mata dan dahi. Antara penyebab kepada kedutan ini juga adalah faktor tekanan hidup. Kehidupan di ibukota pastinya memberi impak kepada kesihatan kulit wajah. Tekanan di tempat kerja, pencemaran udara menjadi pemangkin kepada penghasilan kedutan.

Saya tidak mahu nampak tua sebelum usia. Jadi baru-baru ini saya berkesempatan mencuba rawatan yang dipanggil PLATELET RICH PLASMA atau singkatannya PRP TREATMENT di salah satu klinik estetik terkemuka di Malaysia, KLINIK PREMIER cawangan TTDI. Kenapa saya melakukan rawatan ini? Pada usia 35 tahun dengan kehidupan yang stressful, selalu terdedah kepada cahaya matahari, kurang menggunakan sunblock cream menyebabkan kulit wajah saya menjadi kusam, timbul kedutan halus pada dahi dan tepi mata. Malah bahagian bawah mata saya juga nampak teruk sebab kurang tidur. Saya perlu lakukan sesuatu. Jadi KLINIK PREMIER menjadi solusi kepada masalah saya.

Bertemu dengan doktor estetik, Dr. Jaswine Chew satu momen yang menarik. Beliau cukup santai dan bersahaja. Sedikit sense of humor pun ada. Saya cukup selesa dengan beliau. Setelah berbincang tentang masalah kulit wajah saya, beliau menyarankan agar saya melakukan rawatan Platelet Rich Plasma (PRP). Bila diberitahu ia melibatkan jarum suntikan dan darah, saya terus panik dan seriau! Masakan tidak! Saya cukup ngilu bila melihat darah dan jarum suntikan (sebab itu saya tidak pernah menderma darah). Saya acapkali meminta Dr. Jaswine agar mencadangkan rawatan alternatif. Namun Dr. Jaswine menyakinkan saya bahawa rawatan PRP ini tidak sakit malah ia antara rawatan yang sangat efektif untuk menangani masalah kulit wajah saya.

SESI KONSULTASI BERSAMA DR. JASWINE CHEW





“Awak tak percaya kepada saya as a doctor?” gurau Dr. Jaswine kepada saya. Bukan tak percaya doktor. Saya takut jarum dan darah. Itu sahaja. Bila beliau menerangkan tentang rawatan PRP ini secara mendalam, saya akur dan bersetuju. Bak kata pepatah Inggeris, BEAUTY IS PAIN. Setakat picit whiteheads dekat hidung boleh tahan inikan pula suntikan yang sekadar mengambil masa kurang dari 10 minit.

Apa itu rawatan PLATELET RICH PLASMA (PRP)? Sesetengah orang menggelarkan ia sebagai rawatan Vampire atau Drakula. Nama pun dan seram. Hahaha. Adakah rawatan ini seseram namanya? Teruskan membaca artikel ini. Rawatan PLATELET RICH PLASMA ini dicipta untuk memperbaiki kulit wajah dengan memberikan kulit wajah lebih lembut dan tegang serta ia dapat mengekalkan kesihatan pada kulit wajah (sesuai untuk merawat masalah penuaan). Rawatan ini selamat dan efektif dan menjanjikan tempoh penyembuhan yang singkat. Sesuai bagi mereka yang ingin mencari rawatan alternatif menggantikan pembedahan.

Sebenarnya tubuh badan kita mempunyai keupayaan untuk penyembuhan sendiri. Apabila berlaku sebarang kecederaan, proses penyembuhan semulajadi akan berlaku untuk memperbaiki tisu yang rosak. Tapi ada sesetengah bahagian badan lambat untuk sembuh disebabkan kekurangan peredaran darah pada bahagian tersebut. Jadi rawatan PRP ini mampu mengekstrak larutan plasma tinggi platelet dan terus disuntik ke bahagian yang ingin dirawat. Ini akan menggandakan keupayaan bahagian yang dirawat untuk sembuh.

Rawatan PRP ini sebenarnya tidak seseram seperti nama Drakula. Ia adalah rawatan yang melibatkan pengambilan darah dari badan pesakit. Boleh saya katakan prosedur ini seperti melakukan pendermaan darah cuma kuantiti darah yang diambil adalah sedikit sahaja. Darah yang telah diambil tadi kemudiannya akan dimasukkan ke dalam mesin sentrifus dimana plasma yang kaya platelet akan terasing dari komponen darah yang lain. Proses ini mengambil masa antara 20-30 minit. Sementara itu, wajah pesakit akan disapukan dengan krim kebas supaya semasa proses suntikan platelet pada wajah tidak sakit. Proses ini juga mengambil masa dalam 30 minit. Jika anda masih panik, boleh saja minta pembantu doktor sapukan dua tiga lapisan krim kebas.

DARAH SAYA DIAMBIL

MESIN YANG MENGASINGKAN PLATELET RICH PLASMA

CECAIR KUNING ITULAH YANG AKAN DIGUNAKAN

WAJAH SEBELUM RAWATAN

SAPUAN KRIM KEBAS

Selesai pengasingan darah tadi, plasma yang kaya platelet yang berjaya diasingkan diambil untuk disuntik ke bahagian wajah yang bermasalah. Proses ini tidak lama. Dalam 10-15 minit sahaja. Suprisingly, rawatan Platelet Rich Plasma ini tidak sakit langsung. Saya sahaja yang berperasaan begitu. Serius tak sakit langsung. Saya tidak sedar pun bila masa Dr. Jaswine suntik pada wajah saya.

SEDIA UNTUK RAWATAN

BAHAGIAN WAJAH YANG DISUNTIK

CUCUK LAGI

SIKIT LAGI

SEBELAH KIRI PULA

Plasma kaya platelet yang disuntik pada wajah sebenarnya berfungsi membebaskan protein penyembuhan yang dipanggil “Growth Factor”. Ia akan mempercepatkan penyembuhan tisu yang rosak pada kulit. Ia mampu merawat kedutan dan kesan parut pada kulit. Sebab itu hasilnya kulit wajah kembali tegang, halus dan kesan parut akan beransur cerah.

SELESAI RAWATAN

NAMPAK TAK PERBEZAAN BAHAGIAN YANG DISUNTIK

Hasil ketara dapat dilihat dalam beberapa minggu bergantung kepada individu. Seperti saya, seawal satu minggu kulit wajah saya menampakkan perubahan ketara. Lebih lembut, segar, sihat malah pori-pori pada wajah saya juga nampak kurang kelihatan. Jika anda ingin terus tampak sihat, rawatan ini boleh dilakukan sebulan atau dua bulan sekali. Ingat, setiap kesan adalah berbeza bagi setiap individu. Adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor dahulu sebelum melakukan rawatan.

WAJAH SAYA SELEPAS 3 HARI MENJALANI RAWATAN PRP


Kini saya bebas dari kerisauan kerana rawatan PRP ini benar-benar berkesan. Hakikatnya saya nampak immediate result pada wajah saya. Bawah mata yang sembam dan kering kini telah naik sedikit dan kedutan pada dahi saya berkurangan kerana rawatan ini telah berjaya menegangkan wajah saya. Malah selang beberapa hari selepas rawatan, ramai mulai tegur tentang perubahan pada wajah saya. Mereka nampak saya cukup berbeza. Wajah lebih segar, muda, bersinar. Terima kasih kepada KLINIK PREMIER terutama sekali kepada Dr. Jaswine Chew and the team. Layanan dan servis anda terbaik. Saya pasti kembali untuk rawatan PRP lagi soon. Very soon!

TERIMA KASIH DR. JASWINE


Kunjungi KLINIK PREMIER yang terdapat di:



CAWANGAN TTDI: 31, JALAN WAN KADIR 2, TAMAN TUN DR ISMAIL, 
60000 KUALA LUMPUR.
TEL: 012-6625453

CAWANGAN BANGSAR: 40, JALAN TELAWI, BANGSAR BARU, 
59100 KUALA LUMPUR.
TEL: 012-6624278

CAWANGAN PUCHONG: G-15, IOI BOULEVARD, JALAN KENARI 5, BANDAR PUCHONG JAYA, 47100 PUCHONG, SELANGOR.
TEL: 016-7060101






#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PREMIERCLINIC #PRPTREATMENT #PLATELETRICHPLASMA #BEAUTY #ESTETIK #RAWATANWAJAH




4 Comments

  1. Pernah buat jugak masa tahun lepas bulan 2.. rawatan laser.. dah la time tu pregnant tp tak tahu nasib baby takder apa2.. tp kan cocok gini erkkkk mcm serem jer.. heheheh.. patut la semalam nampak wajah tu gojes lain macam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...rawatan prp ni tak sakit pun..dah result nya mmg menakjubkan!

      Delete
  2. dari hari tu nak buat treatment ni..tp smpai krg dok baca2 je sampai jumpa blog reef ni...jehehe..menambah kekuatan nak buat juga..sebelum ni wat laser not really success lah

    ReplyDelete
  3. boleh sy tau brapa RM utk sekali rawatan? atas RM700?

    ReplyDelete