KAMBING GOLEK DAN CHAR KOAY TEOW DI AROMA CAFÉ BY EDEN ANTARA MENU TERBAIK PERNAH SAYA CUBA SEPANJANG JELAJAH BUFET RAMADHAN 2017

RAMADHAN BUFFET, BUFET RAMADHAN, BUFET RAMADHAN KL,

Saban tahun sepanjang bulan Ramadhan memang banyak restoran dan hotel berlumba-lumba mempromosikan bufet Ramadhan mereka. Pelbagai bentuk promosi yang biasa kita baca di media sosial seperti lebih 100 juadah dan ada yang sampai 200 juadah disediakan sempena berbuka puasa. Namun persoalannya adakah kita mampu nak merasa kesemuanya? Adakah kualiti rasa pada masakan dijaga? Akhirnya kita pulang hampa dan kecewa.

Tapi tidak bagi kafe yang satu ini. Saya agak terkejut kerana kafe yang agak terperosok ini mampu menyediakan juadah berbuka puasa yang cukup enak dan menyelerakan namun tidak berlebihan. Malah boleh saya katakan ia menyediakan bufet Ramadhan terbaik sepanjang eksplorasi saya dan teman-teman mencuba juadah Bufet Ramadhan pada tahun ini.

AROMA CAFÉ BY EDEN. Namanya sahaja sudah menggambarkan akan bau masakan yang terbit pada setiap menu di sini. Kafe ini diusahakan oleh EDEN CATERING, sebuah syarikat katerer yang cukup terkenal di Malaysia. Kafe ini menyediakan pelbagai juadah dari masakan melayu hingga masakan barat. Lokasi Aroma Café by Eden ini sebenarnya agak tricky bagi anda yang tidak biasa dengan area Bukit Bandaraya, Damansara. Ia beroperasi di dalam bangunan PAUM CLUB HOUSE (PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI MALAYA) yang terletak just outside the Universiti Malaya’s Damansara entrance. Bagi memudahkan pencarian, gunakan saja navigasi GPS dengan menaip PAUM CLUB HOUSE. Mudah!











Apa yang istimewa dengan bufet Ramadhan di Aroma Café by Eden ini? Anda akan disajikan dengan macam-macam jenis juadah dari appetizer sampailah ke dessert. Tapi takda lah sampai 200 juadah. Hihi. Dekorasi di sini menampilkan elemen kampung dengan menyediakan beberapa gerai berbentuk warung di bahagian luar bangunan. Di dalam kafe ini pula terdapat dekorasi berbentuk sampan melengkapkan suasana di perkampungan Melayu.












BUBUR LAMBUK

Antara highlight menu disini adalah Roasted Whole Lamb, Char Koay Teow, Nasi Briyani Kuzi Kambing, Mee Rebus dan Masak Lemak Perut & Nangka. Ini adalah my personal favourite sebenar nya walaupun menu lain pun enak-enak. Saya diberitahu bahawa main dishes disini ditukar setiap minggu. Ini bagi memastikan pengunjung tidak bosan dengan seleksi menu yang sama sepanjang minggu. Char Koay Teow di sini memang terbaik. Chef yang memasak adalah berasal dari Pulau Pinang. Jadi semestinya keaslian rasa Char Koay Teow yang cukup popular di Pulau Mutiara ini dijaga.






Roasted Lamb disini memang sedap. Malah teman-teman saya juga bersetuju dengan saya. Isi daging nya cukup masak, di golek sempurna diatas dapur arang. Pelengkap daging kambing ini semestinya sos black pepper sebagai pencicah. Sempurna!





Selain itu anda kena cuba Gulai Daging Kawah,Udang Sambal Petai, Masak Lemak Labu dengan Pucuk Manis, Kung Pao Chicken, Sweet & Sour Fish Fillet, Bubur Lambuk dan Spaghetti Milanese. Tidak cukup dengan itu, ada banyak lagi pilihan juadah seperti Daging Salai Masak Lemak & Belimbing Kawah, Udang Butter,Daging Masak Dendeng Kawah, Ikan Pari Asam Pedas dan banyak lagi.


KUNG PAO CHICKEN

GULAI DAGING KAWAH

MASAK LEMAK PERUT DAN NANGKA

SAMBAL UDANG
  
MASAK LEMAK LABU DENGAN PUCUK MANIS

SAYUR KOBIS DAN LOBAK

IKAN BAKAR

Pilihan dessert selain kuih muih melayu dan kek, anda boleh mencuba ABC Special dan Bubur Kacang Hijau/Merah, Sago Gula Melaka, Bread & Butter Pudding with Vanilla Sauce.














Kunjungi Aroma Café by Eden sepanjang bulan Ramadhan ini kerana harga yang ditawarkan cukup mampu milik dengan pelbagai juadah terbaik untuk santapan berbuka puasa anda seisi keluarga. Kemudahan parkir PERCUMA (ruang parkir cukup luas), kemudahan Solat Tarawih dan persembahan muzik tradisional turut disediakan kepada pengunjung. Malah terdapat laman yang luas diluar kafe untuk anak-anak anda bermain.

Harga yang ditawarkan hanyalah RM89 bagi dewasa, RM33 bagi kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun manakala bagi Ahli Kelab PAUM cuma RM69 sahaja. Kanak-kanak bawah 4 tahun makan PERCUMA!






AROMA CAFÉ BY EDEN
PAUM CLUB HOUSE, JALAN SUSUR DAMANSARA, 59100 KUALA LUMPUR.

TELEFON: 

03-20931235
011-23025904
03-78038504

LAMAN WEB:


LAMAN INSTAGRAM: 


EMAIL: 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AROMABYEDEN #PAUMCLUBHOUSE #EDENCATERING #EDEN #RAMADANBUFFET2017 #BUFETRAMADHAN2017




0 Comments