Saya berkesempatan menghadiri tayangan perdana telefilem KEMBALIKAN SYAWALKU baru-baru ini bertempat di GSC Signature, The Gardens Mall. Telefilem ini cukup istimewa kerana ia merupakan gandingan pertama kali diantara pelakon veteran tersohor, Fatimah Abu Bakar dan Fauziah Nawi. Umum mengetahui akan kehebatan kedua-dua figura ini dalam dunia lakonan. Telefilem khas sempena Aidilfitri 2017 ini ternyata memberi impak kepada penonton yang hadir. Ia berjaya menyentuh emosi saya dengan lakonan mantap para pelakon yang terlibat dalam menjayakan naskah ini. Telefilem ini juga ditunjang oleh beberapa pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti Sabri Yunus, Sharifah Amani, Syafie Naswip, Lisdawati dan ramai lagi.
Menurut penerbit bersama telefilem ini iaitu saudara Arie Zaharie, beliau sangat bersyukur dan berbesar hati kerana Fatimah, Fauziah dan Sabri sudi berkerjasama bagi menjayakan telefilem khas Syawal ini. Malah komitmen yang diberikan oleh seluruh pelakon dan tenaga produksi telefilem berjaya menghidupkan Kembalikan Syawalku. Beliau optimis dengan kekuatan jalan cerita dan lakonan mantap mampu menyentap hati penonton. Penggambaran telefilem ini telah dijalankan di sekitar daerah Batu Gajah, Perak.
Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran anak-anak dari Karimiyah Integrated Islamic School, Rawang melalui satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan bersama. Turut diadakan sesi penyerahan sumbangan raya yang disempurnakan oleh Encik Bahrun Iswara, Pengurus Besar Eryabysuria Hot Spring, Bentong diiringi oleh Encik Amal Ziaq Nawawi, Pengurus Saluran Astro Citra bersama Encik Arie Zaharie dari Arie Zaharie Production.
Anda semua jangan lepaskan peluang menyaksikan telefilem hebat arahan Pitt Hanif ini yang akan ditayangkan pada malam raya, 24 Jun, jam 9 malam di saluran Astro Citra dan Mustika HD. Saya menjanjikan drama, aksi lucu dan airmata kepada anda yang menontonnya. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
SINOPSIS
Aishah atau Mak Chah (Fauziah Nawi) mempunyai seorang anak lelaki bernama Akil (Syafie Naswip). Mak Chah begitu teruja untuk menyambut hari raya tahun ini kerana bakal berjumpa dengan bakal menantunya.
Latifah atau Mak Pah (Fatimah Abu Bakar) pula tidak sabar untuk menyambut raya kerana inilah kali pertama beliau akan beraya bersama anak bongsu nya yang sudah 4 tahun berada di perantauan.
Satu hari Akil telah menuduh ibunya menghilangkan thumbdrive yang mengandungi kerja penting. Akil telah meninggikan suara kepada emaknya. Ma Chah merajuk. Bila Akil tiba di pejabat beliau mendapati thumbdrive itu berada di pejabatnya. Beliau kesal dengan perbuatan nya namun beliau mengejar masa untuk menghantar dokumen penting kepada majikannya. Dalam perjalanan, Akil ditimpa kemalangan.
Sementara itu dirumah, Pak Jamil (Sabri Yunus) terjatuh ketika sedang menebang dahan pokok. Beliau dikejarkan ke hospital kerana kakinya patah. Isterinya Mak Pah telah memberitahu kepada anak-anaknya akan insiden ini namun mereka tidak mempercayainya kerana Pak Jamil sering berbohong konon nya masuk hospital semata-mata ingin berjumpa dengan anak-anaknya.
Mak Pah dan Mak Chah dipertemukan di hospital atas dua insiden ini. Pelbagai situasi telah terjadi antara kedua-dua keluarga ini. Akil disahkan menjadi lumpuh dan Pak Jamil pula mengalami kesan sampingan serius akibat faktor usianya. Adakah Akil berjaya melawan musibah yang menimpanya? Adakah Pak Jamil akan sihat seperti sediakala? Bagaimana pula keadaan Mak Chah dan Mak Pah? Adakah mereka akan dapat meraikan Syawal tahun ini seperti yang diidamkan? Sama-sama kita saksikan kesudahannya di Astro Citra dan Mustika HD pada malam raya 24 Jun, pukul 9 malam.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KEMBALIKANSYAWALKU #ASTRO #SYAWAL2017
2 Comments
hehhe dtg jln2 omg terlepas tp serius mamat ni mmg one of my fav actor, syafie msti sadis habes cte ni huhu
ReplyDeletetak sempat untuk saya menonton drama ini...
ReplyDelete