Saya antara yang cukup prihatin terhadap penjagaan wajah. Ini kerana saya percaya bahawa wajah adalah aset terpenting pada tubuh badan kita. Selain faktor pemakanan yang betul dan gaya hidup sihat, rutin penjagaan yang betul amat penting bagi memastikan kulit wajah kita tidak mudah dimamah usia. Anda semua sedia maklum apabila usia menganjak 30 tahun ke atas kulit wajah kita sudah mulai kurang menghasilkan kolagen. Kolagen merupakan sejenis protein yang penting dalam memastikan keanjalan kulit wajah. Itu belum lagi dengan masalah jerawat dan jeragat yang pastinya memerlukan produk penjagaan wajah yang betul dan diyakini selamat.
Lambakan produk penjagaan wajah di pasaran adalah satu petanda bahawa permintaan terhadap produk kecantikan semakin tinggi. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa masyarakat kini sedar akan kepentingan menjaga kecantikan. Namun apa yang merisaukan adalah sebilangan produk-produk ini mengandungi bahan kimia terlarang yang mampu merosakkan struktur kulit wajah. Ia secara tidak langsung memberi stigma negatif bahawa produk kecantikan keluaran tempatan tidak berkualiti dan hanya secara mencari keuntungan semata.
Pertemuan sulung saya bersama pengasas produk Sweedskin™ iaitu Datin Sri Siti Noor Asikin Muhammad selaku Timbalan Pengerusi Eksekutif SNA Wellness International Sdn Bhd berjaya merubah persepsi saya. Rangkaian penjagaan wajah Sweedskin™ sebenarnya telah berada di pasaran sejak 2014 namun ketika itu ia hanya tertumpu kepada klinik-klinik estetik sahaja. Tujuan asal nya adalah bagi mendapatkan respon dari pihak doktor bertauliah dalam bidang kecantikan samada produk ini benar-benar berkesan. Kerna itu produk Sweedskin™ dikelaskan sebagai produk kosmeseutikal (produk kosmetik yang mengandungi bahan yang mampu merawat kulit). Selepas mendapat respon positif kini mereka mengorak langkah untuk memasarkan produk Sweedskin™ ke pasaran umum. Produk Sweedskin™ juga telah mendapat sijil daripada KKM.
Pengasas Sweedskin, Datin Sri Siti Noor Asikin Muhammad |
SYARIKAT YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMPERKENALKAN PRODUK SWEEDSKIN |
Dengan slogan KESEMPURNAAN DISEBALIK SAINS, pihak SNA Wellness telah bekerjasama dengan dengan Solabia Group France dan Mibelle Group Biochemistry Switzerland, dua institusi terkemuka dunia dalam penghasilan produk kosmetik dan farmaseutikal menghasilkan produk Sweedskin™. Hasil penyelidikan dan pembangunan bersama, 7 jenis produk dibawah jenama Sweedskin™ kini dipasaran.
Daun keladi (Colocasia esculenta) |
Selain itu, produk Sweedskin™ ini adalah yang PERTAMA di Asia Tenggara yang menggunakan serbuk rumpai salji algae (SNOW ALGAE POWDER). Serbuk ini diekstrak daripada spesies ALGAE EXTREMOPHILE yang terdapat di Pegunungan Alps, kawasan glasier serta salji kekal. Ia diakui mempunyai khasiat dimana tindakbalas terhadap tekanan molekul yang dihasilkan dalam persekitaran melampau mampu melindungi keremajaan kulit.
Snow algae |
Hasil penyelidikan dan pembangunan yang cukup teliti berjaya menghasilkan produk Sweedskin™ yang selamat dan berkesan. Ia bebas bahan pengawet, silikon, bahan lanoline, bahan MIT/Paraben, bahan komedogenik, sumber haiwan, minyak mineral, bahan pewarna dan alkohol.
Saya pada awalnya menjangkakan kehebatan produk Sweedskin™ ini hanyalah sekadar gimik pemasaran semata. Namun apabila saya berjaya mencungkil rahsia umur Datin Sri Noor Asikin yang telah menggunakan produk ini sebelum ia dipasarkan lagi, saya terkejut dan kagum! Pada usia 50 tahun dan telah mempunyai beberapa orang cucu, beliau kelihatan seperti wanita berusia 30-an. Kulit wajah beliau cukup bersih dan masih anjal. Saya sendiri telah mencuba salah satu produk Sweedskin™ iaitu Age Reversing Serum dan hasilnya cukup mengagumkan! Ia pantas menyerap ke dalam kulit dan tidak melekit. Malah kulit wajah saya menjadi anjal.
sempat berselfie kerana saya cukup kagum dengan kecantikan Datin Sri |
pelbagai pilihan serum |
Produk Sweedskin™ terbukti bukan hanya mencantikkan kulit wajah malah ia juga mampu merawat sebarang cela dan hasilnya dapat dilihat seawal 2 minggu dengan penggunaan konsisten. IANYA SESUAI DIGUNAKAN UNTUK SEMUA JENIS KULIT (kecuali kulit yang bermasalah dengan alergi).
Bagaimana ingin mendapatkan produk Sweedskin™ ini? Kunjungi rangkaian farmasi Healthlane sekitar Lembah Klang dan jika anda berada di Kota Bharu, produk Sweedskin™ boleh didapati terus di cawangan Sweedskin™ yang terletak di AEON Mall Kota Bharu. Pembelian secara online boleh dilakukan menerusi portal jualan LAZADA dan 11 STREET atau boleh menelefon terus di talian 03-41444900. SWEEDSKIN™, SCIENCE BEHIND BEAUTY!
Anda boleh mendapatkan informasi lanjut menerusi:
LAMAN SESAWANG SWEEDSKIN™
FACEBOOK RASMI SWEEDSKIN™
INSTAGRAM RASMI SWEEDSKIN™
TWITTER RASMI SWEEDSKIN™
LUMINOUS PURIFYING CLEANSER BioEcolia®
Gel pencuci yang membersihkan kulit secara lembut tetapi menyeluruh. Ia membantu mempertahankan kehalusan kulit daripada cela persekitaran. |
SKIN ACTIVATOR MIST Celtonyl®
Diformulasi dari bahan bebas minyak dan mudah menyerap yang sangat sesuai untuk kegunaan harian. |
HYDRATING MOISTURIZER SERUM Fucocert®
Serum mesra kulit memberikan segala khasiat. Penyerapan drastic memberikan hidrasi optimum dan mengekalkan keremajaan dan kehalusan kulit. |
SEBUM REDUCER SERUM Sebustop® Up
Serum jerawat yang ideal untuk kegunaan harian bagi mengekalkan dan membersihkan pori-pori. |
BRIGHTENING SERUM Omegalight®
Serum pencerahan yang menceriakan kulit kusam dan menyerlahkan seri wajah. Kulit lebih tegang, muda dan sihat |
AGE REVERSING SERUM Snow Algae Powder
Serum Anti Penuaan eksklusif yang berkuasa menghidrat dan menyubur kulit secara pantas namun bertindak lembut dan selesa untuk mengembalikan keaslian kulit. |
DD CREAM DAILY DEFENCE CREAM Saniskin®
Krim ringan, mudah serap dengan SPF30 khas untuk membantu melindungi kulit daripada bahaya sinaran UV. |
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SWEEDSKIN #KOSMESEUTIKAL
0 Comments