RAIKAN AIDILFITRI 2017 BERSAMA KOLEKSI HOUSE OF COSRY - PRIMADONA RAYA BY GLAMORA


Anda masih ingat gaun pengantin yang dipakai oleh pelakon terkenal, Anzalna Nasir? Gaun berwarna-warni bercorakkan kelopak daun bunga dan bunga rekaan Pengarah Kreatif HOUSE OF COSRY, Putra Aziz adalah di inspirasikan daripada patung Barbie Mariposa menggunakan tiga lapisan fabrik sutera organza berwarna ‘off white’ dan ‘dusty pink, taburan batu permata Swarovski mendapat pujian hebat. Malah selepas setahun majlis perkahwinan telah berlangsung, gaun tersebut masih diperkatakan. Itulah sentuhan majlis oleh Putra Aziz yang menjadi fenomena kepada industri fesyen tanahair. Sebagai informasi, mariposa berasal dari perkataan Sepanyol yang bermaksud rama-rama.

Berlangsung di Blackbox Publika pada 13 Mei 2017, Putra Aziz dibawah label House of Cosry mempamerkan 27 koleksi ‘Ready to Wear’ sempena Aidilfitri, PRIMADONA RAYA BY GLAMORA. Koleksi busana raya bermotifkan “Majestic Mariposa Print” ini adalah hadiah kepada wanita diluar sana yang ingin kan sentuhan ekslusif dari Putra Aziz sempena lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi. Bagi beliau, Aidilfitri adalah momen amat indah dan menggembirakan bagi mereka yang ingin menggayakan fesyen idaman. Inilah masanya untuk memasang badan dengan koleksi indah dari Putra Aziz.










“Diinspirasikan daripada gaun pengantin Anzalna Nasir, saya terus mengekalkan elemen elegen, sofistikated dan ekslusif namun dan rekaan yang simple agar sesuai digayakan pada musim perayaan serta acara lain. Wanita hari ini tidak mahu rekaan yang terlalu sarat tetapi dengan material yang eksklusif, rekaan ringkas sahaja sudah cukup menyerlahkan penampilan si pemakai”, kata Putra Aziz.

Bagi koleksi PRIMADONA RAYA BY GLAMORA ini, setiap potongan Mariposa lebih kepada ‘cape concept’ menggunakan material georgette dan sifon. Ia menampilkan rekaan tropikal dalam 3 jenis ‘print’ dan 3 jenis rona warna iaitu hijau, biru dan ‘dusty pink’. Pastinya koleksi ini selesa digayakan dalam keadaan cuaca negara ini yang agak panas. Ini kerana Putra Aziz memilih material yang lembut, ‘sejuk’ dan selesa digayakan sepanjang hari. Malah material yang digunakan diimport dari luar negara kerana bagi beliau kualiti adalah keutamaan.












Menariknya, bahagian atas busana koleksi ini boleh disuai padan dengan long pants, palazzo dan skirt mengikut kreativiti masing-masing.

Pada majlis ini juga Putra Aziz turut memperkenalkan protégé beliau, Shera Lee bersama 11 koleksi raya berkonsepkan kimono dan peplum menggunakan material yang direka khusus. Pemilik nama NURSHAHIRA ROMLI ini telah memulakan karier beliau dalam bidang fesyen 4 tahun yang lalu dan mempunyai butik di Bagi Sentral. Namun pertemuannya dengan Putra Aziz dan Pengarah Urusan Cosry Wise (M) Sdn Bhd, Ariff Quasri lebih setengah tahun lalu memberi Shera Lee persepsi berbeza terhadap dunia fesyen dan membuka minda beliau tentang persaingan dalam bidang ini. Beliau cukup senang dapat bekerjasama dengan Putra Aziz yang beliau anggap sebagai sifu. Bagi Shera sendiri, kesudian Putra Aziz mempelawa nya untuk mempamerkan koleksi rekaannya pada majlis ini adalah ibarat bulan jatuh ke riba. Putra Aziz dan Ariff Quasri benar-benar nampak akan potensi pada Shera Lee yang mampu menggegar dunia fesyen tanahair jika diberi tunjuk ajar yang betul.










bersama Shera Lee

me, dayah bakar, shera lee and luqman

Raikan lebaran tahun 2017 dengan koleksi raya oleh House Of Cosry, PRIMADONA RAYA BY GLAMORA. Layari www.cosry.com untuk maklumat lanjut. Jangan lupa juga untuk mengikuti perkembangan terkini House of Cosry dan Shera Lee di lama Facebook dan Instagram!



HOUSE OF COSRY
LAMAN WEB: www.cosry.com


SHERA LEE
LAMAN WEB: www.sheralee.my






#REEFISM #REEFISMTERRITORY #GAYAKOLEKSIRAYA2017 #PRIMADONARAYABYGLAMORA #HOUSEOFCOSRY 

0 Comments