Pizza Hut Malaysia, peneraju rangkaian pizza di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa pizza istimewanya iaitu Loaded Pockets akan ditampilkan semula bersempena dengan bulan Ramadhan dan Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Padat dengan limpahan kelazatan untuk memenuhi citarasa semua, pizza ini merupakan ciptaan rasa yang harmoni bagi menjanjikan kepuasan sehingga gigitan terakhir. Pizza edisi terhad ini boleh didapati di seluruh negara bermula pada 11 Mei sehingga 21 Julai 2017. Turut hadir sempena majlis ini adalah duta rasmi Pizza Hut, Fathia Latiff.
Dengan slogan, “Juadah Beraneka Memikat Selera di Bulan Mulia”, pizza Loaded Pockets menampilkan 12 kerak poket yang padat berinti dan menyelerakan. Setiap satunya berisi ayam serta cendawan serta di tabur keju cheddar bagi menghasilkan lebih kerangupan.
(From left to right) Eric Leong, Pizza Hut Malaysia General Manager; Fathia Latiff, Pizza Hut Malaysia Brand Ambassador, and Jean Ler, Pizza Hut Malaysia Chief Marketing Officer |
set kombo Loaded Pockets |
saya, blogger CICI dan teman, Luqman dan AJ |
Fathia Latiff Fan Club turut memeriahkan majlis |
sesi menjawab soalan kuiz |
jangan lupa join contest ini! |
Dengan kombinasi bahan-bahan segar yang pastinya menggamit selera seperti; lada benggala, cebisan nanas, bawang yang di karamel dan ayam berempah manis, pizza baru ini pasti akan membangkitkan selera.
Merrill Pererya, CEO QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata: “Pada bulan Ramadhan ini, setiap orang mencari hidangan yang lazat yang dapat memenuhi keinginan mereka dan inilah sebabnya kami memperkenalkan semula pizza Loaded Pockets kepada para pelanggan bersama seleksi pembuka selera, hidangan tambahan dan juga pelbagai pilihan pencuci mulut untuk dinikmati.”
“Bagi pihak Pizza Hut Malaysia, kami juga ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada para pelanggan kami yang beragama Islam dan semoga mereka dapat menikmati masa yang bermakna bersama keluarga dan rakan-rakan,” tambah beliau.
Pizza Loaded Pockets baru kini boleh didapati menerusi pesanan ala carte pada hanya RM32.50 manakala kombo pula hanya ditawarkan untuk makan di restoran. Pizza Hut turut menawarkan pilihan kombo menarik untuk dua orang dan empat orang bagi mereka yang inginkan penjimatan hebat.
Setiap kombo mengandungi satu pizza Loaded Pockets bersaiz sederhana (kombo untuk empat orang termasuk satu lagi pizza kegemaran bersaiz sederhana), sup cendawan, pelbagai pilihan minuman seperti Shaken Iced Lemon Tea dan Wildberry Smash Tea, seleksi pembuka selera untuk dipilih seperti chips & dips, Caesar Salad, garlic bread, crispy fries dan pencuci mulut puding ros. Kombo ini ditawarkan pada harga yang amat berpatutan iaitu RM39.90 untuk dua orang, dan RM79.90 untuk empat orang.
me and Fathia Latiff |
me with Nabihah, emcee for the event! |
Mengenai QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands)
Pemegang francais kepada lebih 750 buah restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja, ia juga merupakan operator kepada Pizza Hut Malaysia dan Singapura, dengan lebih 350 restoran di Malaysia dan 60 restoran di Singapura. QSR juga terlibat secara meluas dalam pengeluaran baka dan ladang kontrak ayam daging, pusat penetasan dan ayam dan pemprosesan, serta pelbagai perniagaan sampingan termasuk baking, commissary dan pengeluaran sos. Ini menjadikan QSR sebagai pengendali makanan Malaysia pertama dan bersepadu sepenuhnya. QSR dan anak syarikatnya menjamin pematuhan halal penuh kepada pelanggan dalam semua pasaran kumpulan. Setiap aspek proses pembuatan makanan mengikut kawalan ketat dan menerima sijil hanya diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dengan tegas mematuhi MS1500: 2009.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #LOADEDPOCKETS #BUKAWITHASMILE #PIZZAHUTMALAYSIA
1 Comments
hai.. memohon untuk mengambil gamba di atas yer.. saya dari HQ QSR. tq :)
ReplyDelete