NIKMATI JUADAH BERBUKA PUASA 2017 DI KAFE LEMONGRASS WP HOTEL JALAN TAR


Buat kali kedua sejak pembukaan rasmi WP HOTEL pada September 2017, Kafe Lemongrass bakal mengajikan kepada anda lebih 80 seleksi terbaik juadah berbuka berbuka puasa dengan pilihan selera dari negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Antara menu yang dinantikan adalah dari air tangan Chef Badrul iaitu Nasi Briyani dengan Ayam Percik. Istimewanya ayam percik ini adalah ia dipanggang dan dimasak menggunakan resepi rahsia bagi mendapatkan kesempurnaan rasa. Tidak dilupakan juga Nasi Briyani dengan Ayam Panggang, Sate dan Laksa yang menjadi kegemaran ramai pada edisi berbuka puasa pada tahun lepas.





Selain itu, nikmati juga menu seperti Kari Kepala Ikan, Ikan Patin Masak Tempoyak, Pasembur, Sup Kambing, Sotong Sumbat Kelantan, Rebung Masak Lemak, Sambal Udang, Ayam Percik Kelantan, Bubur Lambuk serta banyak lagi pilihan citarasa pada bufet Ramadhan WP HOTEL pada tahun ini.

Akhiri juadah anda dengan menikmati seleksi pencuci mulut citarasa kampung seperti Bubur Cha Cha, Bubur Jagung, Bubur Kacang, Kuih Muih Melayu, ABC dan banyak lagi.






















Buka Puasa in the Heart of Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) pastinya meninggalkan memori Ramadhan anda bersama WP HOTEL. Bufet Ramadhan ini bermula dari pukul 6.30pm sehingga 10.00 pm, 27 Mei – 24 Jun 2017. Harga yang ditawarkan cukup mampu milik iaitu RM 68 nett bagi seorang dewasa dan RM 30 nett bagi seorang kanak-kanak (4-12 tahun) dan warga emas (55 tahun ke atas). Jika anda menempah sebelum 21 Mei 2017, harga yang ditawarkan cukup istimewa untuk seorang dewasa iaitu RM 50 sahaja.




Pihak WP Hotel juga turut menyediakan ruang solat yang terletak di Tingkat 2 hotel untuk anda menyempurnakan solat Maghrib dan Solat Isyak. Sekiranya anda ingin melakukan solat Terawih, jarak dari hotel ke Masjid Kampung Baru cuma kurang 5 minit dengan kereta. Anda juga boleh ke Tingkat 13 sekiranya ingin menikmati panorama indah bandaraya Kuala Lumpur.



Jika anda yang ingin mengadakan jamuan Berbuka Puasa di WP Hotel, pihak hotel turut memberikan harga istimewa bermula RM 88 nett seorang (minimum 100 orang).

Ayuh! Nikmati juadah sempena Ramadhan bersama WP HOTEL!








LOKASI:
WP HOTEL, 362 Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur

TEL:
03-6181188 ext 3 (Lemongrass Café)
03-6181188 ext 606 (Sales Department)

Harga:
RM 60 net (dewasa)
RM 30 nett (kanakk-kanak 4-12 tahun dan warga emas berumur 55 tahun ke atas)

EARLY BIRD: RM50 nett (dewasa) – tempahan sebelum 21 Mei 2017

Layari Facebook Rasmi WP Hotel







TENTANG WP HOTEL
WP Hotel di miliki oleh Wealthy Peninsular Sdn Bhd adalah sebuah hotel bertaraf 3 bintang dengan kemudahan dan servis 4 bintang. Ia telah beroperasi secara rasmi pada 14 September 2017. Terletak di tengah-tengah pusat Jalan Tuanku Abdul Rahman, WP Hotel adalah mercu tanda terbaru kepada panorama Kuala Lumpur. Berpegang kepada falsafah “YOU ARE FIRST AND FOREMOST”, pihak WP HOTEL menjanjikan pengalaman terbaik kepada setiap pelanggan yang menginap di sini.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #WPHOTELKL #BUFETRAMADHAN2017

0 Comments