MEDIA PRIMA DIGITAL PERKENAL APLIKASI ‘WANITA’ KHUSUS UNTUK WANITA


Gaya hidup rakyat Malaysia kini yang semakin beralih kepada gaya hidup sihat memberitahu bahawa rakyat semakin sedar akan penjagaan kesihatan tubuh badan. Gaya hidup yang sihat amat penting dalam melestarikan kehidupan yang lebih produktif. Faktor kos perubatan yang semakin melambung tinggi adalah antara penyebab kepada kesedaran mempunyai kualiti gaya hidup sihat. Bagi kaum hawa khususnya, mereka cukup menitikberatkan akan penampilan diri. Golongan ini amat serius dalam penjagaan diri agar tampil menawan dan menyakinkan. Selain obses dengan busana yang cantik, produk kosmetik, senaman juga menjadi rutin bagi golongan ini agar penampilan terpelihara. 

Namun kekangan masa serta pusat gimnasium selalu didominasi oleh kaum adam menjadi halangan kepada mereka untuk melakukan senaman. Media Prima Digital mendengar keluhan dan masalah anda kerana kini wanita boleh melakukan senaman dimana-mana sahaja. Terima kasih kepada aplikasi kecergasan khusus untuk wanita yang pertama di Malaysia, WANITA yang menawarkan pelbagai kandungan kecergasan dalam format video serta informasi gaya hidup menarik.


Dayah Bakar mengemudi acara perasmian aplikasi Wanita

persembahan Zumba oleh team Hanif Shawn

Aplikasi WANITA dilihat releven sebagai satu bentuk medium rujukan dan panduan khususnya bagi wanita-wanita diluar sana yang tidak mempunyai masa untuk ke gimnasium. Kandungan video tutorialnya yang mudah membuatkan ia cukup mesra pengguna.

“Media Prima Digital sentiasa mencari kelainan dan formula baru bagaimana kami dapat menghasilkan aplikasi yang memudahkan urusan seharian rakyat Malaysia. Aplikasi Wanita merupakan one-stop centre bagi wanita yang ingin melakukan aktiviti kecergasan tetapi dibataskan oleh waktu. Ia menawarkan pelbagai video tutorial untuk mereka melakukan rutin kecergasan pada bila-bila masa terutama bagi wanita berkerjaya yang mempunyai keluarga”, jelas Nicholas Sagau selaku Pengurus Besar Kanan Media Prima Labs & Operasi.




Nicholas Sagau, Pengurus Besar Kanan Media Prima Labs & Operasi



Aplikasi WANITA turut bekerjasama dengan beberapa selebriti terkenal tanahair dan pakar kecergasan dari rutin berbeza dalam membawakan kandungan senaman atas talian. Antara yang terlibat sebagai jurulatih dalam aplikasi WANITA adalah Atilia Haron, Nana Al Haleq, Murad Zaidi, Ruzaiyati Ahmad, Ais Rashid, Hanif Shawn dan juga Dhiya Aizat. Ada pelbagai video rutin kecergasan yang boleh dipilih seperti yoga, lean body, Zumba dan senaman HIIT (High Intensity Interval Training) sebagai panduan senaman anda.

barisan coach yang terbabit dalam aplikasi Wanita


Selain itu, aplikasi WANITA turut membawakan tips dan artikel berkaitan gaya hidup sebagai bacaan santai. Informasi serta perkongsian ber ilmiah berkenaan fesyen, kecantikan, kesihatan serta pemakanan sihat boleh didapati menerusi aplikasi ini. Jangan lupa! Tutorial solekan bakal dimuatkan juga dalam aplikasi ini.

Walaupun aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma, bagi anda yang ingin kan lebih kepuasan boleh melanggan kandungan premium merangkumi video tutorial eksklusif menerusi pembelian dalam aplikasi. Antara kandungan premium yang ditawarkan adalah rutin Yoga Sticks, Back Roller Therapy & Fat Blaster (terapi untuk pesakit slipped disc). Kandungan pada aplikasi ini akan sentiasa ditambah dan dikemaskini dari masa ke semasa bagi memastikan pengguna mendapat manfaat sewajarnya menerusinya. 

antara format aplikasi Wanita

aplikasi Wanita

sesi Q&A

Aplikasi WANITA boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store dan Apps Store. Bagi kandungan premium WANITA, langganan bulanan dikenakan pada harga RM7.90 sahaja. Aplikasi ini juga sesuai digunapakai oleh kaum lelaki sebenarnya kerana kandungan maklumat di dalamnya bersifat umum. Ayuh! Nikmati gaya hidup sihat bersama aplikasi WANITA dimana-mana sahaja. Aplikasi WANITA boleh digunakan di rumah, di pejabat malah di taman. Kini tiada alasan untuk tidak sihat!

finally dapat juga bergambar dengan idola aku yang satu ini!







MENGENAI MEDIA PRIMA LABS
Ditubuhkan oleh Kumpulan Media Prima, MP Labs telah melaksanakan dan berjaya membangunkan produk-produk berasaskan harta intelek unik platform Kumpulan seperti Jalan-Jalan Cari Makan, Harian Metro Mountain Bike Grand Prix, Ejen Ali dan lain-lain. MP Labs berjaya membangunkan 13 aplikasi mudah alih dan permainan pada akhir tahun 2016.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #APLIKASIWANITA #MEDIAPRIMADIGITAL




0 Comments