Jika anda inginkan makanan laut/seafood yang segar, sedap dan harga yang berpatutan saya ingin mensyorkan anda untuk singgah ke KUNGFU STEAM SEAFOOD PUCHONG. Bukan itu sahaja! Kaedah penyediaan makanan laut disini juga berbeza. KAEDAH STIM. Menarik bukan? Saya tidak pernah dengar lagi kedai makanan laut yang menggunakan cara stim dalam penyediaan menu.
Saya berkesempatan berkunjung ke restoran KUNGFU STEAM SEAFOOD PUCHONG yang terletak di Bandar Puteri baru-baru ini. Tidak sukar mencari lokasi restoran ini. Cuma perlu menggunakan navigasi GPS sahaja jika anda tidak biasa dengan kawasan Puchong. Apa yang membuatkan saya tertarik dengan restoran ini? Pertama, mereka menggunakan kaedah stim dalam penyediaan makanan laut. Jarang sekali saya mendengar konsep sebegini digunakan. Sebenarnya kaedah stim adalah cukup bagus demi menjaga keaslian rasa pada makanan laut tersebut. Malah kesihatan anda juga turut terpelihara kerana tiada minyak, garam atau sebarang perasa tambahan digunakan dalam penyediaan makanan laut di sini. Hanya rasa asli pada isi makanan laut sahaja.
Selain itu, stok makanan laut disini adalah segar. Saya diberitahu setiap minggu mereka akan restock hidupan laut disini. Anda cuma pilih jenis makanan laut yang terdapat pada akuarium di luar restoran ini. Bagi anda yang prihatin tentang status HALAL, jangan khuatir walaupun restoran ini hanya berstatus NO PORK NO LARD, anda boleh menikmati makanan laut disini tanpa was-was. Ramuan dan bahan mentah yang diperolehi adalah halal. Cuma restoran ini ada menyediakan minuman beralkohol kerana itu sukar untuk mendapat sijil HALAL.
Pihak Kungfu Steam Seafood juga menggunakan tempoh masa yang berbeza untuk stim setiap jenis makanan laut disini. Contohnya udang distim pada tempoh 7 minit, ikan 8 minit, lala 3 minit. Masa stim yang berbeza ini penting bagi menjaga kualiti rasa pada setiap makanan laut.
alat untuk mengawal suhu dan masa memasak seafood |
Setiap meja disediakan dengan dapur stim. Waktu saya makan disini, bahagian bawah berupa seperti mangkuk/pot besar diletakkan beras bersama ketam bunga dengan sedikit hirisan halia untuk menghasilkan SIGNATURE FLOWER CRAB PORRIDGE. Kemudian ia ditutup dengan penutup supaya air dari keluar setiap seafood yang distim akan masuk ke dalam porridge itu. Menarik kan! Memang sedap sebab semua air seafood yang distim tadi akan bercampur bersama. Tidak perlu menggunakan perasa tambahan kerana bubur ini cukup sempurna rasa.
SIGNATURE FLOWER CRAB PORRIDGE |
KUNGFU HANDMADE FISH BALL |
LIVE CLAM (KEPAH) |
MIX VEGETABLES |
GARLIC SCALLOP WITH GLASS NOODLE |
Scallop yang telah distim |
GARLIC VEGGIE RAMEN |
LIVE KING TIGER GROUPER |
tiger grouper atau ikan kerapu distim bersama handmade fishball |
isi ikannya sangat kenyal dan segar |
LIVE TIGER PRAWN |
tiger prwan siap distim |
HASIL BUBUR YANG MENGGUNAKAN PERISA ASLI DARI SEAFOOD YANG DISTIM |
BUBUR YANG TELAH SIAP |
AIR LEMONGRASS INI SEDAP! |
Satu lagi yang menarik perhatian saya adalah restoran KUNGFU STEAM SEAFOOD PUCHONG menyediakan lebih 10 jenis sos sebagai pencicah. Ada yang manis, pedas, bergantung kepada selera masing-masing.
Ruang kedai yang luas dengan pilihan outdoor and indoor seating area. Malah jika anda inginkan privasi terutama bagi kumpulan kecil, pihak restoran turut menyediakan 4 bilik VIP dengan 2 bilik memiliki sistem Karaoke di tingkat atas. Malah turut disediakan kemudahan Nursing Room untuk anak-anak kecil bermain. WIFI percuma turut disediakan.
bilik untuk anak-anak bermain |
Saya memang highly recommended kepada anda semua untuk datang dan menikmati makanan laut cara stim di KUNGFU STEAM SEAFOOD PUCHONG. Berbaloi-baloi. Kepuasan berganda! Mereka juga memiliki cawangan yang terletak di Bandar Sunway.
staff mereka pun friendly |
KUNGFU STEAM SEAFOOD PUCHONG
ALAMAT: NO. G-13A, JALAN PUTERI 7/13A, THE CUBE, BANDAR PUTERI, 47100 PUCHONG, SELANGOR.
WAKTU OPERASI:
ISNIN- JUMAAT: 11.30AM-2.30PM, 6PM-11PM
SABTU-AHAD: 11.30AM-2.30PM, 5PM-11PM
TEL:
016-2132828
03-80527999
KUNGFU STEAM SEAFOOD SUNWAY MENTARI
ALAMAT: 28, JALAN PJS 8/1, DATARAN MENTARI, BANDAR SUNWAY, 46150 PETALING JAYA, SELANGOR.
WAKTU OPERASI:
ISNIN-AHAD: 5PM-11PM
TEL: 010-2502828
LAMAN FACEBOOK RASMI: www.facebook.com/Kungfusteam
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KUNGFUSTEAM #KUNGFUSTEAMPUCHONG #KUNGFUSTEAMSUNWAYMENTARI #STEAMPOT #SEAFOOD
0 Comments